Gopherus

Gopherus ialah genus kura-kura dari keluarga Testudinidae yang juga dipanggil Kura-kura Gofer. Kura-kura ini wujud lebih 60 juta tahun dahulu di Utara Amerika. Kajian genetik menunjukkan ia mempunyai hubungan dengan genus Manouria, iaitu kura-kura dari Asia.[1]

Gopherus
Gopherus polyphemus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Genus:
Gopherus

Rafinesque, 1832
Spesies
  • G. agassizii (Cooper, 1863)
  • G. berlandieri (Agassiz, 1857)
  • G. flavomarginatus (Legler, 1959)
  • G. morafkai (Murphy et al., 2011)
  • G. polyphemus (Daudin, 1802)
  • G. evgoodei (Edwards et al., 2016)

Kura-kura ini mendiami Selatan Amerika Syarikat daripada Padang pasir Mojave di California hinggalah Florida, dan sebahagian utara Mexico. Haiwan ini mempunyai kebolehan menggali lubang, sehingga 40 kaki (12 m) panjang dan 10 kaki (3.0 m) dalam.[2] Lubang-lubang ini sering digunakan haiwan lain, termasuklah mamalia, reptilia, amfibia, dan burung.[3] Panjang kura-kura ini biasanya 20–50 cm (7.9–19.7 in), bergantung kepada spesies.[4] Kesemua spesies ini boleh dijumpai di habitat gersang.

Pemakanan

Haiwan ini bersifat maun. Dietnya merangkumi tumbuh-tumbuhan seperti rumput dan legum. Kadang-kadang ia juga mencari beri dan buah-buahan, sebagai makanan. Mereka jarang minum air dan kebanyakan sumber air diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan yang dimakan.

Pembiakan

Kura-kura ini biasanya mengawan dalam bulan April dan Mei. Betina akan memilih kawasan panas, atau timbunan tanah berhampiran habitat lubang yang digali dan menghasilkan 3 hingga 15 telur. Telur-telur ini akan menetas dari 70 hingga 100 hari kemudian. Tatkala menetas, anak kura-kura akan menghabiskan masa di dalam lubang yang digali induknya sehingga ia mampu menggali lubang sendiri. Ia mencapai kematangan sekitar 10 hingga 15 tahun. Musim mengawan kura-kura ini biasanya bermula awal musim bunga, apabila kura-kura jantan mendatangi betina.[5]

Spesies

Pada bulan Julai 2011, Pengkaji kura-kura mencadangkan pengasingan dua spesies dari Sonoran dan Mojave berdasarakan kajian DNA.[6] Sehingga kini, enam spesies telah disahkan dalam genus Gopherus:

Susunan berdasarkan nama binomial.[7]

  • Gopherus agassizii (Cooper, 1863)Mojave desert tortoise atau Agassiz's desert tortoise
  • Gopherus berlandieri (Agassiz, 1857)Texas tortoise
  • Gopherus evgoodei (Edwards et al., 2016)[8]Sinaloan desert tortoise atau Goode's desert tortoise
  • Gopherus flavomarginatus (Legler, 1959)Bolson tortoise
  • Gopherus morafkai (Murphy et al., 2011)[6]Sonoran desert tortoise atau Morafka’s desert tortoise
  • Gopherus polyphemus (Daudin, 1802)Gopher tortoise

Spesies Gopherus yang pupus pada era akhir Pleistocene:

  • Gopherus donlaloi (Reynoso and Montellano-Ballesteros, 2004)[9][10][11]

Galeri

Pemuliharaan

Populasi kesemua enam spesies Gopherus menunjukkan penurunan. Dahulunya haiwan ini diburu kerana dagingnya, yang digunakan untuk dibuat sup atau stews sebagai makanan.[12] Kini ancaman utamanya adalah kemusnahan habitat, perdagangan haiwan dan kemalangan dengan kenderaan.[4] Sebagai langkah pencegahan, Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat di Mississippi meletakkan penghadang, bagi menghalang kura-kura ini melintas jalan raya berhampiran habitat mereka.[13] Pada 9 November 2009, Jabatan Hidupan Liar Amerika Syarikat mencadangkan agar spesies Gopherus polyphemus diletakkan dalam senarai haiwan terancam.[14]

Rujukan

Pautan luar