Henrique Adriano Buss

Henrique Adriano Buss (lahir 14 Oktober 1986), ataupun dikenali sebagai Henrique (sebutan dalam bahasa Portugis: [ẽˈʁiki]), merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk Napoli. Beliau bermain di posisi pertahanan. Beliau mula bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil pada 2008.

Henrique
Maklumat peribadi
Nama penuhHenrique Adriano Buss[1]
Tarikh lahir (1986-10-14) 14 Oktober 1986 (umur 37)
Tempat lahirMarechal Cândido Rondon, Brazil
Ketinggian1.86 m (6 ka ​1 316 in)[2]
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor4
Kerjaya remaja
1998–2005Coritiba
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2006–2007Coritiba58(6)
2008Palmeiras5(1)
2008–2012Barcelona0(0)
2008–2009Bayer Leverkusen (pinjaman)27(0)
2009–2011Racing Santander (pinjaman)57(3)
2011–2012→ Palmeiras (pinjaman)21(3)
2012–2014Palmeiras77(5)
2014–Napoli11(1)
Pasukan kebangsaan
2008–Brazil6(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 April 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 Julai 2014

Kerjaya kelab

Henrique memulakan kerjayanya di Coritiba. Kemudian, beliau dibeli ke Palmeiras.

Barcelona

Barcelona bersetuju untuk menandatangani Henrique dari Palmeiras sebanyak €8 juta dengan kontrak lima tahun, tidak lama selepas itu, beliau dipinjam ke Bayer 04 Leverkusen.[3] Pemindahan itu kemudian dilengkapkan sehari kemudian.[4] Henrique membuat 27 penampilan liga bersama Leverkusen dan melangkah ke perlawanan akhir DFB-Pokal. Beliau kemudian kembali ke Barcelona pada Jun 2009 dan diberi jersi 23 untuk menyambut kepulangannya. Pada 31 Ogos 2009, Henrique telah dipinjam ke Racing Santander.[5] Pinjaman itu diperbaharui pada 26 Julai 2010.[6]

Palmeiras

Pada 15 Julai 2011, Henrique kembali ke Brazil.[7] Pada 2 June 2012 Barcelona membatalkan kontrak Henrique. Henrique kemudian ke Palmeiras dengan pemindahan percuma pada musim 2011–12.[8] Ketika kempen Copa do Brasil 2012, jurulatih Luiz Felipe Scolari bermula menyuruh Henrique bermain di posisi pemain tengah untuk memantapkan lagi jentera serangan. Henrique juga menjadi naib kapten skuad, di belakang Marcos Assunção.

Napoli

Pada 30 Januari 2014, Henrique menandatangani kontrak tiga tahun setengah bersama kelab Serie A, Napoli. Bayaran pemindahan itu sebanyak €4 juta.[9]

Kerjaya antarabangsa

Pada 21 Mac 2008, Henrique menerima panggilan pertama untuk menyertai pasukan kebangsaan Brazil selepas pemain bek, Juan telah dikeluarkan akibat kecederaan pada lutut.

Pada 16 April 2013, Henrique telah dipanggil oleh Luiz Felipe Scolari, bekas jurulatihnya di Palmeiras, untuk perlawanan persahabatan menentang Chile pada 24 April di Mineirão. Tetapi pada 19 April, Palmeiras mempunyai perlawanan menentang Tijuana pada hari berikutnya, Henrique dikeluarkan dari senarai skuad dan Rodrigo Moledo dari Internacional dipanggil untuk menggantikan tempatnya. Pada hari yang sama, CONMEBOL menukarkan jadual Palmeiras dan Henrique dipanggil semula tetapi Moledo tetap dalam senarai skuad.

Pada 7 Mei 2014, beliau telah dipilih ke skuad Brazil yang bertanding di Piala Dunia FIFA 2014 di tanah air sendiri.[10] Beliau menggantikan penyerang Neymar yang tercedera dalam perlawanan suku akhir menentang Colombia.[11]

International statistics
PasukanTahunKmnclnGol
Pasukan kebangsaan Brazil200810
201330
201420
Jumlah60

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 18 Mei 2014.
KelabMusimLigaPialaBenuaJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Coritiba2006283----283
2007303----303
Jumlah586----586
Palmeiras200851----51
Jumlah51----51
Bayer Leverkusen2008–0927030--300
Jumlah27030--300
Racing Santander2009–1022141--262
2010–1135220--372
Jumlah57361--634
Palmeiras20112130020233
20124539230575
20134342061515
201430000030
Jumlah1171111211113914
S.S.C. Napoli20141112040171
Jumlah1112040171
Jumlah kerjaya2702123315130825

Penghargaan

Coritiba
  • Campeonato Brasileiro Série B: 2007
Palmeiras
  • Kejohanan São Paulo: 2008
  • Copa do Brasil: 2012
  • Campeonato Brasileiro Série B: 2013
Napoli

Rujukan