Hillman Wales
Hillman Wales (bahasa Inggeris: Welsh hillman ) ialah satu baka atau jenis anjing gembala Wales purba, digunakan untuk penggembalaan dan penggiringan. Baka ini disangkakan telah pupus pada sekitar 1990.
Negara asal | Wales | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Hillman disangkakan telah diturunkan daripada anjing gembala Wales purba.[1] Ia mungkin merupakan anjing gembala Wales paling lama,[2] dan mungkin merupakan keturunan gellgi lama atau "anjing pemburu serigala Wales" yang digunakan pada sekitar seribu tahun lalu.[3] Sesetengah sumber, tanpa sebarang bukti jelas, mencadangkan bahawa ia dibiakbakakan bersilang dengan anjing serupa yang terlihat di Afrika Utara.[4]
Ia merupaka anjing besar tetapi renceng, ssehingga kira-kira 25 in (64 cm) ketinggiannya, dan diperihalkan "pantas dan tidak takut", dengan penampilan seperti anjing gembala Jerman yang berbinaan lebih ringan.[2] Telinganya mencucuk. Bulunya biasanya berwarna perang kekuning-kuningan pucat, perang muda atau merah-emas[5][2] dengan pelana hitam, dada putih, putih pada kaki dan hujung ekor dan takik pada muka.[1] Anjing merle biru juga terlihat kadang-kadang.
Baka ini adalah tidak kerap pada zaman moden. C L B Hubbard, mengarang pada 1948, memerihalkannya "hampir pupus" dan "hampir tidak terlihat langsung bekerja kini."[3] Hillman Wales terakhir yang dikenali, Jess, dibeli pada 1974 dari sebuah ladang bukit dekat dengan Hay-on-Wye oleh pengarang dan penyiar Jeanine McMullen, dan malangnya dikembiri sebelum pemiliknya menyedari kejarangannya.[1][5]