Jasmine Ashraff

Jasmine Mohamed Ashraff ialah seorang model, pelakon dan usahawan wanita Malaysia.[3] Jasmine mula dikenali apabila memegang watak utama sebagai Suria dalam drama bersiri Mr. Mama pada 2008.[4]

Jasmine Ashraff
Kelahiran
Jasmine binti Mohamed Ashraff

1978 (umur 45–46)
Pekerjaan
  • Model
  • Pelakon
  • Usahawan
Tahun aktif2004–kini
Ketinggian1.67 m (5 ka 6 in)[1]
PasanganMuhammad Darren Jibran (k. 2009; c. 2011)[2]
Anak-anakDaniel Jibran

Jasmine pernah bekerja dengan syarikat penyiaran antarabangsa Fox sebagai penyelia bahagian alih suara.[5]

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Muhd Darren Jibran pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Daniel Jibran. Pasangan ini memfailkan perceraian mereka pada 2011.[2]

Perniagaan

Jasmine mengusahakan perniagaan busana muslimah di bawah jenama Juzash.[6]

Filemografi

Filem

Drama

Telefilem

  • Orang Gaji 2 (2004)
  • Daun Ketupat Kering (2005)
  • KB Sentral (2006)

Televisyen

  • Sukan Dot Com (2007)
  • Rentak Bollywood (2008)

Rujukan

Pautan luar