Katherine McNamara

Katherine Grace McNamara (lahir 22 November 1995) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat.[1][2] Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Clary Fray dalam siri fantasi Shadowhunters (2016-2019).[3][4] Pada tahun 2018, McNamara menjadi salah seorang pelakon Arrow untuk musim ketujuh, dimana beliau memegang watak sebagai Mia Smoak, anak perempuan Oliver Queen dan Felicity Smoak.[5][6]

Katherine McNamara
McNamara pada November 2014
Kelahiran
Katherine Grace McNamara

(1995-11-22) 22 November 1995 (umur 28)
Kansas City, Missouri, Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Drexel
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–kini

Kehidupan peribadi

McNamara dilahirkan pada 22 November 1995 di Kansas City, Missouri. Beliau ialah anak tunggal Ursula dan Evan McNamara, yang bertugas di Tentera Amerika Syarikat.[7] Beliau dibesarkan di Lee's Summit, Missouri, dan berpindah ke Los Angeles, California pada 2011.[8][9]

Beliau mendapat pendidikan melalui pembelajaran di rumah untuk sekolah menengahnya. McNamara ialah pelajar yang mahir dalam mata pelajaran tertentu, yang menjadikannya sebahagian daripada sekolah rumah; beliau menerima diploma sekolah menengahnya pada usia 14 tahun.[10] Pada usia 17 tahun, McNamara lulus summa cum laude dengan ijazah Sarjana Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Drexel. Pada Julai 2017, beliau tersenarai dalam program sastera peringkat ijazah dalam talian di Universiti Johns Hopkins.

Kerjaya

McNamara memulakan kerjaya lakonannya di teater di Kansas City.[11] Beliau kemudian mengambil bahagian dalam satu penerbitan filem yang difilemkan di wilayah Kansas City, seperti Matchmaker Mary (2008), dan filem pendek Get Off My Porch.[12] Pada tahun 2010, beliau muncul dalam karya terbitan Broadway A Little Night Music bersama Catherine Zeta-Jones dan Angela Lansbury.[13][14]

Beliau memulai kerjayanya dalam siri televisyen, termasuk Law & Order: SVU, 30 Rock, dan Drop Dead Diva. McNamara juga muncul dalam filem New Year's Eve dan filem Disney Channel berjudul Girl vs. Monster, dimana beliau memegang watak Myra Santelli.[15][16] Beliau kemudian membintangi filem Tom Sawyer & Huckleberry Finn, sebagai kekasih Tom, Becky Thatcher.[17] McNamara juga muncul dalam filem bebas bertajuk Contest dan A Sort of Homecoming.[18][19]

Pada 6 Mei 2015, ABC Family (kini Freeform) mengumumkan bahawa McNamara akan menjayakan watak utama Clary Fray dalam Shadowhunters. Siri TV yang diadaptasi dari buku oleh Cassandra Clare berjudul The Mortal Instruments.[20][21] McNamara muncul dalam filem The Maze Runner: Scorch Trials dan Maze Runner: The Death Cure.[22][23]

Pada September 2018, McNamara muncul dalam musim ketujuh Arrow sebagai Mia Smoak, anak perempuan Oliver Queen dan Felicity Smoak. Beliau kemudian menjadi pelakon tetap pada musim berikutnya.[24][25][26]

Pada Oktober 2019, McNamara memegang watak sebagai Julie Lawry dalam filem adaptasi CBS All Access berjudul The Stand.[27][28][29] Sepanjang Mei dan Jun 2020, McNamara terlibat dalam filem The Untitled Horror Movie, sebuah filem arahan Nick Simon melalui persidangan video jarak jauh. Ini diakibatkan oleh pembatasan yang dibenarkan oleh protokol COVID-19.[30]

Rujukan

Pautan luar