Kesan pandemik COVID-19 terhadap ibadah haji

Pandemik COVID-19 memberi kesan pada ibadah haji, rukun kelima dalam Rukun Islam.[1] Ketika musim haji setiap tahun, jutaan umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi Kota Makkah dan Madinah selama seminggu. Pada tahun 2019, lebih dari 2.400.000 umat Islam menunaikan ibadah haji.[2]

Akibat sifat COVID-19 yang mudah menular, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyarankan umat Islam untuk menunda ibadah hajinya sehingga pandemik berjaya dikawal.[3] Meskipun demikian, pada Jun 2020, Menteri Haji dan Umrah membenarkan warga negara asing yang berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji. Meskipun demikian, warga asing yang tidak berada di Arab Saudi masih tidak dibenarkan untuk menunaikan haji atas sebab dan pencegahan penularan COVID-19.[4][5]

Latar belakang

Pandemik COVID-19 diakibatkan oleh penyakit koronavirus 2019.[6] Kemunculan virus pertama kali dikesan di Wuhan, China pada awal Disember 2019.[7] Pada 30 Januari 2020, COVID-19 diiktiraf sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Pada 11 Mac 2020, penyakit ini diisytihar sebagai pandemik.[8] Penularan COVID-19 terjadi melalui kontak seseorang dengan pembawa virus, menjadikannya lebih mudah menular di kawasan sempit.[9][10][11] Selain itu, COVID-19 juga dapat disebarkan melalui benda yang disentuh atau terdedah dengan titisan kecil dari orang yang dijangkiti.[12][13][14]

Respons antarabangsa

Pada 15 Mei 2020, Majlis Ulama Islam Singapura (MUIS) menyarankan untuk tidak mengikuti haji tahun 2020 kerana pandemik COVID-19.

Pada 2 Jun 2020, Kementerian Agama Republik Indonesia membatalkan haji 2020 sebelum semua jemaah berangkat ke Makkah.[15][16]

Pada 6 Jun 2020, Jawatankuasa Haji India mengumumkan bahawa mereka akan mengembalikan wang haji bagi para jemaah yang tidak dapat menunaikan ibadah haji pada 2020.[17][18]

Pada 11 Jun 2020, Malaysia mengumumkan bahawa mereka tidak membenarkan jemaah untuk menunaikan ibadah akibat bahaya COVID-19 dan kemungkinan penularan yang tinggi di tempat ramai.[19][20]

Rujukan