Kurniawan Dwi Yulianto

Kurniawan Dwi Yulianto (lahir di Magelang, Jawa Tengah, 13 Julai 1976) adalah mantan pemain bola sepak Indonesia yang juga dianggap sebagai salah seorang yang terbaik dimiliki Indonesia. Beliau ketika ini menjadi asisten jurulatih untuk Como 1907 di Serie B. Beliau mempunyai berketinggian 173 cm.

Kurniawan
Maklumat peribadi
Nama penuhKurniawan Dwi Yulianto
Tarikh lahir (1976-07-13) 13 Julai 1976 (umur 47)
Tempat lahirMagelang, Indonesia
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Como 1907
Kerjaya remaja
1993-94Sampdoria Primavera
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1994–1995FC Luzern12(3)
1995–1999Pelita Bakrie36(18)
1999–2001PSM Makassar58(37)
2001–2003PSPS Pekanbaru50(28)
2003–2004Persebaya Surabaya28(14)
2004–2005Persija Jakarta18(10)
2005–2006Sarawak FA31(29)
2006–2007PSS Sleman16(11)
2007–2008Persitara Jakarta Utara32(14)
2008–2009Persisam Putra Samarinda22(10)
2009–2010Persela Lamongan24(7)
2010–2011Tangerang Wolves16(6)
2011–2012Pro Duta27(9)
2012–2013Persipon Pontianak18(9)
Jumlah406(200)
Pasukan kebangsaan
1995–2005Indonesia59(33)
Pasukan diurus
2018Indonesia (asisten)
2019Indonesia U-23 (asisten)
2020Sabah FA
2020Kuching FA(asisten)
2021Sabah FC
2022– Como 1907 (asisten)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Biasa bermain sebagai penyerang, Kurniawan adalah salah satu dari sedikit pemain Indonesia yang pernah bermain di Eropah. Pada awal kerjayanya dia sempat bermain di pasukan remaja Sampdoria sebelum kemudian pindah ke FC Lucerne di Switzerland akibat masalah dengan PSSI.

Pemain yang akrab digelari "Ade" dan "Kurus" kerana posturnya yang kecil ini lalu kembali ke Indonesia dan bermain di Liga Indonesia dan bermain dengan beberapa kelab: PSM Makassar, PSPS Pekanbaru, PS Pelita Bakrie, Persebaya Surabaya, Persija Jakarta dan terakhir di Persitara Jakarta Utara. Antara Disember 2005 hingga Mei 2006, Kurniawan memperkuat Sarawak FC di Malaysia, namun ia dianggap gagal kerana jarang menyumbat gol dan ditamatkan kontrak.

Pautan luar