Leandro Trossard

Leandro Trossard (lahir 4 Disember 1994) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan pasukan kebangsaan Belgium.

Leandro Trossard
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1994-12-04) 4 Disember 1994 (umur 29)
Tempat lahirMaasmechelen, Belgium
Ketinggian1.72 m (5 ka 8 in)
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Arsenal
Nombor19
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2012–2019Genk83(27)
2013→ Lommel United (pinjam)12(7)
2013–2014→ Westerlo (pinjam)17(3)
2014–2015→ Lommel United (pinjam)30(16)
2015–2016→ OH Leuven (pinjam)30(8)
2019–2023Brighton & Hove Albion116(25)
2023–Arsenal23(2)
Pasukan kebangsaan
2010Belgium U165(0)
2010–2011Belgium B1711(0)
2011–2012Belgium U183(0)
2012–2013Belgium B198(0)
2016Belgium B211(0)
2020–Belgium28(6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:27, 17 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:45, 12 September 2023 (UTC)

Kerjaya kelab

Genk

Trossard menyertai akademi K.R.C. Genk dari akademi Bocholt pada tahun 2010. Beliau ditawarkan menyertai skuad senior Genk pada tahun 2012. Beliau telah melakukan penampilan sulungnya pada 13 Mei 2012 dalam aksi liga menentang K.A.A. Gent yang berakhir dengan kekalahan 3-1. Trossard mula beraksi pada minit ke-87 permainan selepas menggantikan Stef Peeters.[1] Penampilan tersebut merupakan satu-satunya kemunculan beliau bersama Genk pada musim itu. Buat beberapa musim, beliau telah dipinjamkan ke kelab luar. Hasilnya, beliau tidak berjaya menjaringkan gol sulungnya untuk Genk sehinggalah empat tahun kemudian dalam aksi menentang K.V. Kortrijk pada 25 September 2016. Beliau telah dibawa masuk menggantikan Leon Bailey sebelum berjaya menjaringkan gol pada minit ke-63 perlawanan.[2]

Pada Januari 2013, Trossard telah dipinjamkan ke Lommel United. Dalam 12 penampilan liga, beliau berjaya menjaringkan 12 gol. Beliau melakukan kemunculan pertamanya untuk Lommel pada 3 Februari 2013 ketika pasukannya tewas tipis 1-0 kepada Sint-Truiden. Beliau mula beraksi sebagai pemain gantian pada minit ke-63 permainan menggantikan Thomas Jutten.[3] Perlawanan yang dikenang sebagai prestasi terbaiknya adalah ketika beliau menyumbat jaringan hatrik sewaktu menewaskan K.F.C. Dessel Sport 3-2.[4]

Pada Julai 2013, Trossard telah dipinjamkan ke K.V.C. Westerlo. Dalam 17 penampilan liga, beliau telah menjaringkan tiga gol. Jaringan sulungnya hadir pada 9 Ogos 2013 ketika menentang kelab lamanya, Lommel United pada 9 Ogos 2013.[5] Sementara itu, penampilan sulungnya pula muncul pada 3 Ogos 2013 ketika menentang A.F.C. Tubize.[6] Trossard helped Westerlo to promotion to

Pada Julai 2014, Trossard sekali lagi dipinjamkan ke Lommel United. Beliau meneruskan rentak jaringannya di mana beliau menyumbat 16 gol dalam 33 perlawanan liga. Beliau mencatatkan jaringan hatrik kedua kariernya pada 22 Mac 2015 semasa pasukannya membelasah Racing Mechelen..[7]

Pada Julai 2015, Trossard dipinjamkan lagi namun kali ini ke kelab OH Leuven. Sepanjang 30 perlawanan liga, beliau menghasilkan lapan gol. Beliau melakukan kemunculan sulungnya pada 25 Julai 2015 dalam aksi menentang Genk. Genk tidak melaksanakan peraturan pemain yang dihantarkan pinjam ke kelab lain boleh beraksi menentang kelab induk. Jadi, Trossard dibenarkan beraksi menentang Genk selepas beliau dibawa masuk pada minit ke-61 menggantikan pemain Yohan Croizet.[8] Beliau menjaringkan gol liga sulungnya pada 16 Ogos 2015 ketika menundukkan Charleroi 2-0.[9]

Brighton & Hove Albion

Pada 26 Jun 2019, Brighton bersetuju untuk mengikat Trossard melalui rundingan kontrak selama empat tahun sekali gus menjadi pemain kedua yang dibawa masuk Brighton selepas Matt Clarke dibawa masuk dari Portsmouth.[10] Trossard melakukan penampilan sulungnya untuk The Seagulls pada 17 Ogos, di mana beliau menjaringkan gol penyamaan ketika menentang West Ham United yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Pada awal permainan, jaringan beliau dibatalkan oleh video pembantu pengadil (VAR) berikutan ofsaid.[11] Trossard telah menjaringkan dua gol sewaktu menentang Norwich pada musim 2019-20 iaitu pada 2 November 2019. Beliau sekali lagi mengulangi prestasinya yang cemerlang dengan menjaringkan gol kemenangan pada 4 Julai 2020 ketika membantu Brighton melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas lawan yang sama. Dengan kemenangan ini, Brighton dapat melonjak naik daripada tiga tangga tercorot liga.[12][13] Pada 31 Januari 2021, Trossard menjaringkan gol tunggal permainan sekali gus membantu pasukannya dapat mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham Hotspur serta memastikan kemenangan pertama 'the Seagulls' dalam persada liga buat musim 2020–21.[14] Pada 14 Mac 2021, Trossard menjaringkan gol kemenangan pasukannya untuk mengatasi Southampton 2-1, bagi membantu Brighton meraih kemenangan pertama ke atas skuad Saints dalam sejarah Liga Perdana.[15] Trossard turut menghasilkan jaringan pertama Brighton bagi menghidupkan kebangkitan Brighton dari ketinggalan 2-0 kepada juara liga, Manchester City sebelum pasukannya meraih kemenangan dramatik 3–2 pada 18 Mei.[16]

Kerjaya antarabangsa

Trossard telah dipanggil beberapa kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Belgium. Jurulatih Roberto Martinez mula memanggil Trossard bagi mewakili Belgium pada September 2018[17] dan dipanggil lagi sebulan kemudian apabila Trossard terpaksa untuk berehat akibat kecederaan.[18] Trossard hanya dilihat memanaskan bangku simpanan lagi pada Mac 2019. Akhirnya, beliau melakukan penampilan sulungnya pada 5 September 2020 dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Denmark selepas beliau menggantikan Dries Mertens pada minit ke-80 permainan yang berakhir dengan kemenangan Belgium 2-0.[19] Dalam perlawanan pertamanya sebagai kesebelasan utama pasukan, Trossard menjaringkan gol pertama dan keduanya untuk Belgium ketika membelasah Belarus 8-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 pada 30 Mac 2021.[20]

Trossard telah disenaraikan ke dalam skuad Belgium yang bertanding ke kejohanan UEFA Euro 2020 pada 17 Mei 2021.[21][22]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga penghujung musim 2020-21.[23]
KelabMusimLigaPialaPiala Liga[a]EropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Genk2011–121000000010
2012–130010000010
Lommel United2012–131270000127
Westerlo2013–141734200215
Lommel United2014–153016306[b]13917
Leuven2015–163081000318
Genk2016–173165016[c]300529
2017–181772100198
2018–1934142011[c]8004722
Jumlah di Genk832710127110012039
Brighton & Hove Albion2019–203150000315
2020–213552010385
Jumlah661020106910
Jumlah kerjaya236712031027116029086

Antarabangsa

Sehingga 21 Jun 2021
Pasukan kebangsaan Belgium
TahunKmnclnGol
202030
202152
Jumlah82

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1
30 Mac 2021Leuven, Belgium  Belarus
3–0
8–0
Kelayakan Piala Dunia 2022
2
7–0

Pencapaian

Genk
  • Divisyen A Pertama Belgium: 2018–19
  • Piala Belgium: 2012–13
Westerlo
  • Divisyen Kedua Belgium: 2013–14

Catatan

Pautan luar