Luqman Hafidz

Pelakon lelaki Malaysia

Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi (lahir 14 April 1991) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Ola Bola menerusi watak Ali. Sejak itu beliau muncul pelbagai drama mahupun telefilem dan juga dikenali sebagai pengacara menerusi beberapa rancangan TV iaitu Hadis, Rentak Juara, dan Selera Bajet.[2]

Luqman Hafidz
Kelahiran
Muhd Luqman Hafidz bin Mohd Fauzi[1]

(1991-04-14) 14 April 1991 (umur 33)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2016–kini
Ketinggian1.79 m (5 ka 10 in)
PasanganNurul Atiqah Mad Apandi (k. 2020; c. 2022)
Anak-anak1

Kerjaya

Luqman Hafidz memulakan kerjaya lakonan profesional[3] menerusi filem drama sukan 2016 arahan Chiu Keng Guan, Ola Bola yang ditayangkan pada 28 Januari 2016.[4][5] Beliau membintangi bersama Johan As'ari dan Hanna Aqeela dalam drama Mr. Tanda Soal yang bersiaran di Slot Dahlia TV3, ia menjadi drama pertama lakonannya.

Kerjaya televisyen beliau bermula dengan mengacarakan rancangan Hadis di TV9. Luqman membuat penampilan teater sulungnya menerusi teater muzikal Ola Bola yang menyaksikan beliau kembali menjayakan watak Ali.[6][7]

Beliau merupakan salah seorang dari barisan pelakon drama Selafaz Cinta yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin dan Puteri Aishah. Selain itu, Luqman turut berlakon dalam drama hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia, Sembil9n yang mana beliau memegang watak sebagai Saduri.[8]

Kehidupan peribadi

Luqman merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau juga seorang aktif dalam sukan bola sepak dan meminati pelakon Bollywood, Datuk Shahrukh Khan sebagai Idola dalam dunia lakonan serta pernah bergambar dengan ahli politik, Khairy Jamaluddin selepas beliau menyandang gelaran Pemain Terbaik di Kejohanan YB Khairy Jamaluddin.[9]

Beliau berkahwin dengan Nurul Atiqah Mad Apandi pada 20 Mac 2020. Majlis perkahwinan berlangsung secara ringkas dan mengikut garis panduan oleh pihak berkuasa sebagai langkah keselamatan terhadap pandemik COVID-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020.[10][11][12][13] Beliau mempunyai seorang anak perempuan dengan isterinya. Pada bulan Jun 2022, beliau telah bercerai dengan isterinya.[14]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2016Ola BolaAliFilem pertama
2018BuskerMeorPenampilan khas
2019Rise to Power: KLGUBad
2021J2: J RetribusiSani
2022Air Force The Movie: Selagi BernyawaLaskar Udara Kanan Azran Ahmad / Gaban
JuangPesakit Positif
2024Rain Town
NgesotAcap
TBAPerisikPra-produksi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2016Mr Tanda SoalZamirTV3
Tika Langit Terbuka: Jodoh Pasti BertemuAzmanAstro Oasis
2017Sayang Papa Saya TakYusriAstro Ria
Megat ExtendIwanAstro Warna
Chor & ChahAzharYouTube
Perempuan Paling BahagiaRafiAstro Oasis
Saka SistersTaqrizAstro Warna
2018Chor & Chah 2AzharYouTube
Jangan Benci CintakuFarisTV3
Selafaz CintaHarisAstro Prima
2019Ajari Playboy ItuZackTV3
Tuan DanialRizalTV3
Sembil9nSaduriAstro Citra
Sepenggal PuisiBilly
Dia Yang Ku CintaHafidz AndrewTV3
2019–2021BlackIlya HamidViu
2020Cinta Untuk RafRafTV1
Cinta Sekali LagiDr IzamelTV3
2021Alif Ba TaTaAwesome TV
Ahli Bapak Bapak ClubBobAstro Ria
2022Antara Ikhlas & KacaWazirAwesome TV
Ku Punya HatiRezzaTV3
Reen Putus CintaAwesome TV
2023Cinta Yang TertangguhAdrish HaqieyTV1
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling SulitAstro Ria
Beautiful Love RevengeFarid

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2016SabotajFadlanTV1
Alien Janda BaikKadirAstro Citra
2017Hisyam Dan 3 HantutiyersHisyam
Koma RayaGhaniTV1
Nurseri SadoSadatTV2
2018Roni World CupRoniAstro Warna
ArafahSuami ArafahTV3
BayangYanzTV1
30 Hari Membunuh CintaWafieAstro Citra
2019Lelaki Kelas SebelahBawanTV3
14 HariAdam
2021Cinta 24 JamTV2
2022Cinta KomaZamri
Walimatul Tak UrusIrwanshahAwesome TV
2023Seindah Kasih The MovieKhairultonton
Hari-Hari Terakhir Seorang PendosaNasirTV3
Hantu Musang KingHilmanTV2
DalangZaintonton
The Patriot Games MalaysiaRahman

Teater

TahunTajukWatakPengarah
2018Ola Bola The MusicalAliTiara Jacquelina

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2017HadisPengacaraTV9
Rentak JuaraTV2
Selera BajetHyppTV

Rujukan

Pautan luar