Makanan kucing

Makanan kucing ialah makanan dirumus khas untuk pemakanan kucing yang mempunyai keperluan khusus untuk nutrien diet mereka.[1] Nutrien tertentu, termasuk banyak vitamin dan asid amino, dihancurkan oleh suhu, tekanan dan rawatan kimia yang digunakan semasa pembuatan, dan oleh itu mesti ditambah selepas mengeluarkan untuk mengelakkan kekurangan nutrisi.[2][3]

Kucing dengan semangkuk makanan kucing.
Anak kucing makan bangkai arnab.

Keperluan khusus

Asid amino

Kucing kekurangan enzim penting dalam penghasilan ornitina dan sitrullina pada usus kecil[4] yang boleh diuraikan menjadi asid amino arginina, arginina amat penting dalam pembuangan nitrogen berlebihan dari badan melalui kitaran urea yang mengelakkan pengumpulan ammonia dalam tahap berbahaya. Arginina juga membantu dalam pengekalan berat badan sihat kucing.

Kucing kekurangan enzim sulfinoalanina dekarboksilase yang diperlukan untuk menghasilkan taurina dari sisteina;[5]taurina amat penting mengelakkan kerosakan retina dam kehilangan penglihatan serta serangan jantung. Maka, taurina sintetik biasanya ditambah dalam bahan mentah yang barangkali terlupus kandungan taurina semulajadi semasa pemprosesan.

Rujukan

Maklumat lanjut