Medjed

Dalam agama Mesir Purba, Medjed (Mesirologi: mḏd) ialah dewa kecil[a] yang disebut dalam beberapa salinan Kitab Orang Mati. Walaupun tidak banyak yang diketahui tentang dewa ini, gambarannya seperti hantu dalam papirus Greenfield telah menjadikannya popular dalam budaya Jepun moden, dan dia telah muncul sebagai watak dalam permainan video dan anime.

Medjed
Gambaran Medjed berdasarkan papirus Greenfield. Ilustrasi papirus asal hanya mempunyai garis dan tidak berwarna.

Dalam Kitab Orang Mati

Kitab Orang Mati mengandungi beberapa teks pengebumian Mesir Purba dengan ilustrasi. Ia ditulis pada papirus dan digunakan dari zaman terawal Kerajaan Baru (s. 1550 SM) hingga sekitar 50 SM. Teks-teks ini terdiri daripada mantera sihir, beberapa daripadanya untuk memberikan si mati pengetahuan mistik di akhirat, atau untuk mereka dapat mengawal persekitaran mereka dalam perjalanan mereka di Duat, atau alam ghaib.[4]

Antara semua salinan Kitab Orang Mati yang telah ditemui, terhadap segelintir rujukan kepada makhluk yang tidak jelas dalam mantera 17b bernama "Medjed", [5] yang bermaksud "Sang Pelutu" atau "Penyerang Hebat".[1][6] Berdasarkan terjemahan Bahasa Inggeris Papirus Ani, Raymond O. Faulkner menerjemahkan bahagian mantera yang menyebut Medjed seperti berikut:

Saya tahu nama penyerang dahsyat itu [iaitu, Medjed] antara mereka yang tergolong dalam Rumah Osiris, yang menembak dengan matanya, namun tidak kelihatan. Langit dikelilingi dengan letupan api dari mulutnya dan Hāpi membuat laporan, namun dia tidak kelihatan.[7]

Selain petikan pendek ini, tiada apa yang diketahui tentang Medjed.[8] Hermann Grapow mencadangkan Medjed mungkin merujuk kepada satu bintang (memandangkan Medjed dikatakan memancarkan cahaya dan mempunyai kaitan dengan banjir Sungai Nil yang datang seperti kitaran), tetapi seperti yang dinyatakan oleh Ilaria Cariddi, namanya tidak pernah ditulis dengan penentu bintang.[9]

Gambaran visual

Menurut Illaria Cariddi, gambaran visual Medjed hanya boleh didapati pada sembilan helai papirus, yang kesemuanya berasal dari zaman Dinasti Kedua Puluh Satu Mesir (1077  – 943 SM).[10] Lembaran-lembaran ini (yang mana papirus Greenfield paling terkenal)[8][11][12] adalah seperti berikut:

PapirusTarikhLokasiPetikan
Papirus Bodmer 101Dinasti Kedua puluh satuYayasan Bodmer[13] [14]
Papirus Bodmer 102Dinasti Kedua puluh satuYayasan Bodmer[13] [14]
Papirus Turin 1818Dinasti Kedua puluh satuMuseo Egizio[13] [14]
Papirus Bodmer 100Pertengahan Dinasti Kedua puluh satuYayasan Bodmer[13] [14]
Papirus London BMEA 9948Pertengahan Dinasti Kedua puluh satuMuzium British[13] [14]
Papirus Kaherah SR VII 10222Pertengahan atau akhir Dinasti Kedua puluh satuMuzium Mesir[13] [14]
Papirus Kaherah JE 95658Dinasti Kedua Puluh Satu AkhirMuzium Mesir[13] [14]
Papirus Kaherah JE 95637Dinasti Kedua Puluh Satu AkhirMuzium Mesir[14] [15]
Papirus GreenfieldDinasti Kedua Puluh Satu Akhir/

Awal Dinasti Dua Puluh Dua

Muzium British[14] [16]

Dalam semua lembaran ini, Medjed digambarkan berbentuk kubah dengan mata, disokong dua kaki manusia. Beberapa lembaran juga menggambarkan Medjed dengan tali pinggang bersimpul merah di atas atau di bawah matanya.[17] Para sarjana EA Wallis Budge, H. Milde, dan Mykola Tarasenko berhujah bahawa tubuh Medjed seperti kubah adalah kain kapan atau "tubuh yang tidak berbentuk" yang melambangkan sifat dewa yang tidak dapat dilihat,[18][19][20] dan Cariddi mencadangkan bahawa mata dan kaki Medjed yang menonjol mungkin menandakan dia boleh "melihat, bergerak dan bertindak walaupun manusia tidak dapat melihatnya".[21] Sebaliknya, Bernard Bruyère dan Terence DuQuesne menegaskan bahawa Medjed sebenarnya personifikasi balang minyak, dan "tali pinggang" merahnya sebenarnya pengikat tudung yang cantik.[21][22]

Dalam budaya popular

Selepas ilustrasi papirus Greenfield dipamerkan pada 2012 di Muzium Seni Mori di Tokyo dan Muzium Seni Fukuoka, Medjed menjadi meme internet di media sosial Jepun kerana penampilannya yang seperti "hantu kartun".[23][24][25][26] Dia telah memasuki budaya popular Jepun dan telah muncul dalam permainan video (cth, Fate/Grand Order)[24][27] dan anime (cth, Kamigami no Ki dan Oh, Suddenly Egyptian God).[27][28][29]

Dalam permainan video Jepun 2016 Persona 5, namanya digunakan untuk kumpulan penggodam antagonis fiksyen yang menamakan diri mereka "pelaksana keadilan sebenar".[30]

Galeri

Lihat juga

  • Kategori berkenaan Medjed di Wikimedia Commons
  • Medjed (ikan), juga dipuja dalam agama Mesir purba

Nota

Rujukan

Petikan

Bibliografi