NeonPunch

NeonPunch (Hangul네온펀치) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh A100 Entertainment pada tahun 2018. Kumpulan ini terdiri dari lima orang ahli iaitu: Dayeon, Baekah, May, Iaan dan Dohee. Kumpulan ini debut pada 27 Jun 2018 dengan album mini pertama mereka "Moonlight". Terry meninggalkan kumpulan ini pada bulan Januari berikutnya dan digantikan oleh Dohee. NeonPunch mengeluarkan album mini kedua dan terakhir mereka Watch Out pada 30 Januari 2019 dan dibubarkan pada 11 Ogos 2020.

Neon Punch
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2018 (2018)–2020 (2020)
Syarikat rakaman
A100 Entertainment
Laman sesawang
neon-punch.com
Bekas ahli
  • Dayeon
  • Terry
  • Baekah
  • May
  • Iaan
  • Dohee

Sejarah

2017–2018: Pembentukan dan debut

Pada 7 Februari 2017, A100 Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melakukan projek kumpulan wanita pertama mereka melalui saluran YouTube mereka dan mula memuat naik cover kumpulan ini. Terdapat pelbagai bilangan ahli sepanjang projek itu yang sentiasa bertopeng dan merahsiakan identiti mereka semasa mereka membuat cover lagu. Bilangan ahli berubah sehingga hanya tinggal lima orang ahli dan mereka membentuk barisan terakhir. Pada 2 Oktober, A100 mengumumkan bahawa kumpulan wanita mereka akan dinamakan NeonPunch dan memperkenalkan ahli melalui teaser untuk rancangan realiti pra-debut mereka. Ahlinya ialah Dayeon, Hajeong, Baekah, Arang dan Iaan.[1] NeonPunch mengikuti uji bakat untuk rancangan realiti JTBC Mix Nine[2] tetapi hanya Baekah lulus peringkat uji bakat untuk memasuki rancangan tersebut.[3]

Pada 13 April 2018, A100 mengumumkan bahawa NeonPunch akan menjadi model baharu untuk jenama Beauty DPC. Ahli kumpulan itu ialah Baekah, Dayeon dan Iaan dengan ahli baharu May dan Terry. Kumpulan ini dinyatakan akan debut pada akhir Mei.[4] Pada 8 Mei, A100 memberitahu bahwa debut ditangguhkan ke bulan Jun, dan lima ahli Baekah, Dayeon, Iaan, May dan Terry telah disahkan sebagai ahli terakhir NeonPunch.[5]

Pada 27 Julai 2018, NeonPunch mengeluarkan album single pertama mereka bertajuk 'MoonLight' dan single utama dengan nama yang sama.[6][7] Pada 30 Jun, mereka membuat debut pentas rasmi mereka di program muzik MBC Show! Music Core.[8] Pada 4 Oktober, A100 mengumumkan bahawa Terry mengambil rehat atas sebab peribadi dan tidak menjelaskan apa-apa lagi.[perlu rujukan]

2019-2020: Terry meninggalkan kumpulan, Watch Out dan dibubarkan

Pada 16 Januari 2019, A100 telah mendedahkan bahawa Terry akan meninggalkan kumpulan itu secara kekal atas sebab kesihatan. Sebagai gantinya, ahli baharu Dohee menyertai kumpulan ini sebelum comeback kumpulan ini pada bulan Januari.[9] Pada 30 Januari, NeonPunch telah mengeluarkan album mini kedua mereka "Watch Out" dengan single utama "TicToc".[10]

Pada 11 Ogos 2020, A100 Entertainment mengumumkan bahawa NeonPunch telah dibubarkan, sebahagiannya disebabkan oleh kesukaran kewangan label yang diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19 yang berterusan.[11] Tidak lama selepas itu, ia diumumkan oleh label bahawa Dayeon, Baekah dan Iaan akan debut sebagai trio bernama XUM pada 25 Ogos. Debut telah ditangguhkan kepada 24 September, selepas salah seorang kakitangan mereka mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang mempunyai COVID-19.[12][13], kumpulan XUM kemudiannya dibubarkan pada akhir bulan Jun.

Ahli

Bekas ahli

  • Dayeon (다연) – Ketua (2018–2020)
  • Terry (테리) (2018–2019)
  • Baekah (백아 (2018–2020)
  • May (메이 (2018–2020)
  • Iaan (이안 (2018–2020)
  • Dohee (도희 (2018–2020)

Diskografi

Album mini

TajukButiran albumKedudukan tertinggi cartaJualan
KOR
[14]
MoonLight
Daftar lagu
  1. "MoonLight"
  2. "MoonLight" (CHN Ver.)
  3. "Moon Light" (Inst.)
37
Watch Out
  • Dikeluarkan: 30 Januari 2019
  • Label: A100 Entertainment., Genie Music
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Watch Out" (Intro)
  2. "Tic Toc"
  3. "Like it"
  4. "Goodbye"
  5. "My Friends"
45

Single

TajukTahunAlbum
"MoonLight"2018MoonLight
"Tic Toc"2019Watch Out

Anugerah dan percalonan

AnugerahTahunKategoriCalon/karyaKeputusanRuj.
25th Korean Entertainment Arts Awards2019Female Rookie of the Year AwardNeonPunchMenang[16]

Rujukan

Pautan luar