Opisthocomus hoazin

Opisthocomus hoazin ialah spesies burung tropika yang ditemukan di kawasan paya, hutan tebing sungai dan hutan bakau lembangan-lembangan sungai Amazon dan Orinoco di Amerika Selatan. Ia satu-satunya spesies yang masih wujud dalam genus Opisthocomus keluarga Opisthocomidae.[2][3]

Hoatzin
Julat zaman: Miosen-Holosen
Seekor hoatzin di Tasik Sandoval, Peru
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Opisthocomiformes
Keluarga:
Opisthocomidae
Genus:
Opisthocomus

Illiger, 1811
Spesies:
O. hoazin
Nama binomial
Opisthocomus hoazin
(Müller, 1776)
Taburan
Sinonim

Phasianus hoazin Müller, 1776

Taksonomi

Nama genus Opisthocomus dijejak daripada perkataan bahasa Yunani Purba ὄπισθοκομος ópisthokomos daripada kata-kata ὄπισθεν ópisthen "belakang" dan κόμη kómē "rambut" mengikut gambaran jambulnya yang besar di kepalanya.[2][4]

Ciri-ciri

Badan burung ini sebesar burung kuang dengan ukuran 24–26 inci (61–66 cm) panjang. Kepalanya kecil dengan jambul berwarna merah kemerahan dan leher yang panjang. Mukanya bogel dan berwarna biru dengan sepasang mata berwarna merah tua. Ekornya berwarna perang tua dengan jalur kuning pucat atau keputihan di hujungnya.[5]

Tabiat

Pemakanan

Ia memakan daun-daun pokok yang tumbuh di habitatnya. Sebuah kajian yang dijalankan di Venezuela mendapati bahawa makanannya 82% daun, 10% bunga, dan 8% buah.[2] Bahagian hadapan perutnya mengandungi bakteria khas yang mencernakan makanannya seperti seekor lembu.[6][7]

Rujukan