PU Azman

Pendakwah dan pengacara Malaysia

Azman Shah Alias (lahir 3 Januari 1981) atau lebih dikenali sebagai PU Azman ialah penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki Malaysia. Bakatnya dicungkil menerusi rancangan TV realiti terbitan ASTRO, Pencetus Ummah musim kedua.

PU Azman
Kelahiran
Azman Shah bin Alias

(1981-01-03) 3 Januari 1981 (umur 43)
Nama lainCik Man
PekerjaanPendakwah bebas, pengacara, pakar motivasi, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2014–kini
Terkenal keranaJuara Pencetus Ummah 2
Ibu bapaFatimah Taat (ibu)

Kehidupan peribadi

Ibunya, Fatimah Taat meninggal dunia pada 2017. Beliau pernah belajar di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.[1][2][3][4]

PU Azman menjadikan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang dikaguminya.[5]

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pendakwah bebas.[1]

PU Azman terpilih sebagai salah seorang daripada 10 peserta Pencetus Ummah musim kedua di Astro Oasis, dan beliau dinobatkan sebagai juara. Beliau paling dikenali menerusi watak Cik Muiz dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah,[6] seterusnya muncul dalam rancangan Jozan kendalian Johan dan Zizan Razak.

PU Azman muncul sebagai Tuan Fadhil dalam drama Sweet Dreams lakonan Mira dan Ben Amir. Sejak 2019, beliau merupakan pengacara rancangan Belaian Kasih di TV AlHijrah.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2021PetakaHaziqFilem pertama
Hantu Ke LimaIskandar Shah

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2015Tanah Kubur: Ummah JahiliahUstaz LokmanAstro Oasis
2016Ustaz Baru Nak StartUstaz ZamriAstro Ria
Batu Nisan IbuTV3
2019Ustaz Evo The MovieCik ManAstro Warna
2020Iman HakikiBilal KamalAstro Oasis

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2015Bila Hati Telah HitamAstro Oasis
2018Geng TadarusTV2
Lelaki Kiriman TuhanCik MuizAstro Oasis
2019Sweet DreamsTuan FadhilAstro Ria
Cerita Dalam KainAstro Oasis
2020Salam Squad 2.0Ustaz HalimAstro Ceria
2021Ismi SolehahAbi
Bila Syaitan BerbisikAstro Ria
B.T.S. – Bujang, Tampan ,SelambaUstazTV9
Man TransformDirinya sendiriAwesome TV
Balai KampungMan RembauTV1
20224 Abdul 1 MohdSalamAstro Ria
7 Hari Mencintaiku 3TaufikTV3

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2017–2019Ustaz EVOCik ManAstro Oasis
2018Jozan LiveCik ManAstro WarnaPengacara bersama Johan dan Zizan Razak
2019–2020Tanya Cik ManCik ManAstro Oasis
2019Belaian KasihDirinya sendiriTV AlHijrah
2020Jawapan PanasCik ManAwesome TV
Salam BaitullahDirinya sendiriTV1
2021Jawapan Panas RamadanDirinya sendiriAwesome TV
Chit Chat Ustaz RamadanDirinya sendiri
Jabatan NetizenCik ManAstro Oasis
TrendingPengacaraTV AlHijrah

Rujukan

Pautan luar