Pilihan raya umum Kenya 2022

Sebuah pilihan raya umum telah diadakan di Kenya pada 9 Ogos 2022. Pengundi memilih Presiden, ahli Perhimpunan Kebangsaan dan Senat, gabenor kaunti Kenya dan ahli bagi 47 dewan perundangan kaunti Kenya.

Pilihan raya umum Kenya 2022

← 20179 Ogos 2022[a]2027 →
Terdaftar22,120,458[2]
Pilihan raya presiden
Pengundi hadir64.77% (25.74pp)
 
CalonWilliam RutoRaila Odinga
PartiPakatan Demokratik BersatuAzimio[b]
GabunganKenya KwanzaAzimio La Umoja
Calon pasanganRigathi GachaguaMartha Karua
Undian popular7,176,1416,942,930
Peratusan50.49%48.85%

     Odinga      Ruto
Keputusan rasmi per kaunti

Presiden sebelum pilihan raya

Uhuru Kenyatta
Jubilee Party

Terpilih

William Ruto
Pakatan Demokratik Bersatu

Piliha raya parlimen


Semua 67 kerusi dalam Senat
Semua 349 kerusi dalam Perhimpunan Kebangsaan
34 dan 175 kerusi diperlukan untuk majoriti
PartiPemimpinKerusi terkini
Senat
Pakatan Demokratik Bersatu (Kenya)William Ruto
Gerakan Demokratik OrenRaila Odinga
Parti JubliUhuru Kenyatta
Gerakan Demokratik Wiper – KenyaKalonzo Musyoka
Kongres Kebangsaan AmaniMusalia Mudavadi
Forum Pemulihan Demokrasi – KenyaMoses Wetangula
Kesatuan Kebangsaan Afrika KenyaGideon Moi
Bebas
Parti-parti lain
Perhimpunan Kebangsaan
Pakatan Demokratik Bersatu (Kenya)William Ruto 73
Orange Democratic MovementRaila Odinga baharu
Parti JubliUhuru Kenyatta 165
Gerakan Demokratik Wiper – KenyaKalonzo Musyoka
Kongres Kebangsaan AmaniMusalia Mudavadi
Forum Pemulihan Demokrasi – KenyaMoses Wetangula
Kesatuan Kebangsaan Afrika KenyaGideon Moi
Bebas
Parti-parti lain

Pilihan raya umum di Kenya diadakan setiap lima tahun. Ini merupakan pilihan raya umum ketiga dan pilihan raya presiden keempat sejak pengisytiharan perlembagaan 2010. Presiden penyandang Uhuru Kenyatta tidak layak bagi penggal ketiga, begitu juga gabenor daerah dua penggal seperti yang dinyatakan oleh undang-undang negara. Pilihan raya umum 2022 menyaksikan bilangan calon presiden yang paling rendah sejak sistem parti berbilang dilaksanakan pada 1992. Semua ahli parlimen yang dipilih akan duduk dalam Parlimen Kenya ke-13.

William Ruto telah dipilih sebagai Presiden Kenya, mengalahkan Raila Odinga.[5] Pada 22 Ogos, Odinga memfailkan untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.[6]

Latar belakang

Perlembagaan Kenya menyebut bahawa pilihan raya umum ahli parlimen diadakan pada hari Selasa kedua bulan Ogos pada setiap tahun kelima, yang bermaksud, bahawa pilihan raya umum dijadualkan pada 9 Ogos 2022. Jika Kenya sedang berperang, pilihan raya boleh ditangguhkan jika resolusi diluluskan di setiap dewan Parlimen oleh sekurang-kurangnya dua pertiga semua ahli dewan. Resolusi sedemikian boleh menangguhkan pilihan raya sehingga enam bulan, dan boleh diluluskan beberapa kali dengan syarat kelewatan itu tidak secara kumulatif melebihi 12 bulan.[7]

Selain itu, Perlembagaan juga menghendaki pilihan raya presiden diadakan pada masa yang sama dengan pilihan raya umum. Sekiranya berlaku kemungkinan sebelum pilihan raya umum akan datang bahawa jawatan presiden atau timbalan menjadi kosong (yang sebaliknya akan menyandang jawatan presiden), pilihan raya presiden boleh diadakan pada tarikh yang lebih awal. Mengikut Perlembagaan, dalam keadaan sedemikian, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh enam puluh hari selepas kekosongan itu timbul dalam jawatan Presiden.

Presiden semasa Uhuru Kenyatta tidak layak lagi menjawat jatawan Presiden oleh kerana had jawatan selama dua penggal berdasarkan Perlembagaan.[8] Selain itu, gabenor kaunti yang berkhidmat selama dua penggal juga tidak lagi boleh menjawat bagi penggal seterusnya.[9]

Nota

Rujukan