Hujan-hujan

(Dilencongkan dari Pokok Hujan-hujan)

Hujan-hujan, kayu trembesi, munggur, pukul lima atau sulbin (nama botani: Samanea saman)[3][4] ialah sejenis pokok dalam genus Samanea keluarga Fabaceae.[1] Ia tumbuh asli di utara Amerika Selatan dan disebarkan luas ke kawasan-kawasan tropika.[5]

Hujan-hujan
Pokok hujan-hujan di Guanacaste, Costa Rica.

Terlindung  (NatureServe)
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. saman
Nama binomial
Samanea saman
(Jacq.) Merr.[1]
Sinonim[1]
Senarai
    • Acacia propinqua A.Rich.
    • Albizia saman (Jacq.) F.Muell.
    • Albizzia saman (Jacq.) Merr.
    • Calliandra saman (Jacq.) Griseb.
    • Enterolobium saman (Jacq.) Prain[2][3]
    • Feuilleea saman (Jacq.) Kuntze
    • Inga cinerea Willd.
    • Inga salutaris Kunth
    • Inga saman (Jacq.) Willd.
    • Mimosa pubifera Poir.
    • Mimosa saman Jacq.
    • Pithecellobium cinereum Benth.
    • Pithecellobium saman (Jacq.) Benth.
    • Pithecolobium saman (Jacq.) Benth. [Spelling variant]
    • Samanea saman (Jacq.) Merr.
    • Zygia saman (Jacq.) A.Lyons

Penamaan

Nama hujan-hujan dan pukul lima diberikan kerana daun-daun pokoknya kuncup pada waktu senja atau apabila hujan turun.[4] Nama pukul lima dipakai di Singapura dan Malaysia kerana matahari terbenam satu setengah jam selepas pukul lima petang di dua-dua tempat sebelum waktu piawai diubah pada 1 Januari 1982.[6]

Botani

Pokok

Pojok hujan-hujan tumbuh tinggi sehingga 15–25 meter dengan garis pusat batang 30 meter.[5] Dahan-dahannya mempunyai permukaan berbulu halus.[7]

Daun-daunnya kuncup pada waktu malam supaya air embun dan hujan menembusi silara pokok de dalam tanah.[8]

Bunga dan buah

Bunga-bunganya muncul pada musim kering selepas banyak daun pokok gugur. Satu jambak bunganya mempunyai 12 hingga 25 kuntum berwarna putih, merah jambu atau lembayung dengan ukuran 4 sentimeter panjang; kuntum-kuntum ini mengeluarkan bau agak harum.[5][4]

Buahnya jenis lenggai yang melengkung dengan ukuran 15-20 sm dan berkulit kasar. Isinya melekit dan manis. Biji benihnya leper dan berkilat.[7][9]

Kegunaan

Buahnya yang manis dapat dijadikan makanan binatang. Pokoknya sebagai pokok teduhan serta sebagai tadahan hujan.

Penyerap CO2

Menurut penyelidikan yang dilakukan di Sekolah Perhutanan Institusi Pertanian Bogor, Indonesia, pokok hujan-hujan yang matang dengan garis rentas rimbun daun 15 meter mampu menyerap 28.5 tan CO2 setahun. Pokok ini telah ditanam di bandar Kudus dan Demak dan akan juga ditanam sepanjang bahu jalan dari Semarang ke Losari.[10] Pokok biasa cuma menyerap 48 lb (22 kg) karbon dioksida setahun.[11]

Nota kaki

Rujukan

Pautan luar