Raja Farah

Pelakon dan model wanita Malaysia

Yang Mulia Raja Farah binti Raja Aziz (lahir 5 Julai 1988) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia.


Raja Farah
Fail:-
-
Kelahiran
YM Raja Farah binti YM Raja Aziz

(1988-07-05) 5 Julai 1988 (umur 35)
WarganegaraMalaysia
Nama lainRaja Farah Aziz, Raja Farah Raja Aziz, Raja Farah, Farah Raja Aziz, Farah Aziz
Pendidikan-
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2001–kini
Terkenal kerana-
Ketinggian-
Pasangan
  • Megat Bashirun Qhuyum Zakaria (k. 2010; c. 2015)
  • Iskandar Ismail (k. 2015)
Anak-anak3
Anugerah-
Laman web rasmi-

Di kenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi. Komersial TV pertamanya Beras Floral. Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.

Mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskander dan Afdlin Shauki. Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

Pada tahun 2010 beliau telah menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan mantapnya sebagai gadis sosialis dalam filem "Haq" di Festival Filem Malaysia ke-23.

Kehidupan awal

Beliau di lahirkan pada 5 Julai 1988 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak ketiga dari empat beradik. Beliau berasal dari susur galur kerabat Raja Jembal dari Kelantan.

Farah mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

Kehidupan peribadi

Farah telah bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada Mei 2015, Farah sah bercerai talak satu dengan suami beliau. Mereka tidak mempunyai zuriat sepanjang hasil perkahwinan mereka. [1]

Pada 6 September 2015, Farah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail dengan sekali lafaz. Beliau turut menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Ampuan Jemaah, di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal. Mereka sebelum ini telah bertunang pada 9 Ogos 2015. [2] [3]

Raja Farah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 3.55 pagi, Rabu 10 Ogos 2016. Berita gembira ini diberitahu menerusi Instagram miliknya memaklumkan bayi seberat 3.16 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Imran Iskandar. [4] [5]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2005Senario XXTetamu JemputanFilem pertama, pelakon tambahan
SalonLuna
2007Anak HalalMilya
2008Apa Kata HatiElly
2009MautBaby
2010Lagenda Budak SetanSuzana
Aku Masih DaraSofea
2011HaqAina
2023Syaitan Munafik

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2005–2007Impian IllyanaAnitaTV3Drama pertama
2006Misi XX-RayMarini
2007DurraniDurraniAstro Ria
Cinta MedikNadiaTV9
2008–2009Mertua Vs MenantuAstro Prima
2010Na O MeiArinaTV3
ManjalaraKiki
Tipah VavavoomMaya
2008Gadis Dari BintangNurAstro Ria
2009Kau & AkuFarah
Segalanya Ku TerimaAmiraTV3
2010Kau & Aku 2FarahAstro Ria
2013Firdausi CintaRosTV1
2014Kifarah (Musim 2)EffaTV3Episod: "Al-Amin"

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2007Sangga SaadahFarhaniTV3
2011Orang Minyak - 3 Cerita 3 SutradaraAstro Citra
Pelamin Di PusaraSurayaTV1
2014Seindah MaharkuTV AlHijrah
2015Sesejuk Coconut ShakeTV1
2016Hati Yang MusafirSafinah

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2003Ah-HaTV3Sitkom, pelakon undangan
2007MangoTVPengacara
Game Time
VoiceOut
Suara Emas Bintang RTMTV2
2013Rasa Halal Antarabangsa (Musim 2)Astro Oasisbersama Akhtar Sahari
2017–2021AssalammualaikumTV AlHijrah
2024Karpet Merah Malam Anugerah KNKV Viral Award 2024TV2mengacara bersama Ryan Deedat

Iklan

Tajuk
Vanilla Coke
Eveready
Johnson & Johnson
Celcom
F&N Orange

Rujukan

Pautan luar