SSN (simbol pengelasan badan)

SSN merujuk kepada sebuah kapal selam penyerang berkuasa nuklear untuk kegunaan am. SSN merupakan simbol pengelasan badan kapal yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di mana; SS merujuk kepada sebuah kapal selam[1] manakala N pula merujuk pada kuasa nuklear. Designasi SSN juga diguanakan dalam operasi NATO di bawah STANAG 1166.[2] meskipun tentera laut menggunakan istilah-istilah lain.

USS New Hampshire (SSN-778), sebuah kapal selam kelas-Virginia.

Sejarah

Kapal selam penyerang berkuasa nuklear pertama adalah USS Nautilus milik Tentera Laut AS, yang beroperasi pada tahun 1954. Ia kemudian diikuti oleh empat buah kapal selam dari kelas Skate yang memasuki perkhidmatan pada tahun 1957. Armada kapal selam berkuasa nuklear Tentera Laut Diraja pula adalah HMS Dreadnought yang mana menggunakan sebuah reaktor buatan Amerika yang mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1963. Kapal selam berkuasa nuklear buatan Britain sepenuhnya adalah dua buah kapal selam kelas-Valiant.

Kesemua kapal selam Tentera Laut AS menggunakan kuasa nuklear lebih daripada dua dekad. Sebahagian besar armada kapal selam Tentera Laut AS adalah kapal selam penyerang kelas Los Angeles. Ia telah direka semasa Perang Dingin, kelas Los Angeles raison d'etre bertujuan untuk melindungi kumpulan tempur pengangkut pesawat Tentera Laut AS dan untuk memburu SSBN milik Tentera Laut Soviet sebelum ia melancarkan serangan pertama ke atas Amerika Syarikat.

Aksi pertama pertempuran penting yang melibatkan sebuah SSN adalah semasa Perang Falklands pada tahun 1982. Sebuah kruiser Argentinia, ARA General Belgrano telah dikaramkan oleh torpedo-torpedo yang ditembak oleh armada kapal selam HMS Conqueror milik Tentera Laut Diraja. Selepas peristiwa ini, Tentera Laut Argentinia hanya berlabuh di pelabuhan.

Sejak berakhirnya Perang Dingin, SSN diubah dan berevolusi menjadi kapal selam dengan misi pelbagai. Antara peranan mereka adalah sebagai pelantar peluru berpandu krus lancaran kapal selam, mengumpul perisikan, menyusup masuk dan keluar pasukan khas selain peranan asalnya sebagai pemburu-pembunuh.

Kelebihan sebuah SSN berbanding kapal selam berkuasa SSK adalah ketahanan diri yang lebih panjang (dihadkan oleh anak kapal berbanding kapal selam, sebuah kapal selam berkuasa nuklear mampu menyelam berbulan-bulan dan tidak perlu diisi bahan api selama 25 tahun), serta lebih laju. Tidak seperti kebanyakan kapal selam SSK, SSN tidak perlu kerap timbul ke permukaan untuk mendapatkan udara, yang mana akan menjejaskan sifat halimunnya. Beberapa jenis kapal selam konvensional baharu ini memiliki ciri dan kelebihan ini: kapal selam yang dikuasai oleh enjin Stirling boleh berlayar di bawah laut sehingga dua minggu dan, seperti kapal berkuasa diesel/elektrik (dan dari segi teori kapal berkuasa LOX), adalah lebih senyap berbanding kapal selam nuklear, oleh kerana ia tidak perlu menjalankan pam-pam berkuasa (dan bising) yang berkaitan dengan litar penyejukan reaktor tekanan air.

Keburukan utama sebuah SSN adalah cabaran teknologi dan dana yang diperlukan untuk membina dan menyelenggara sebuah loji kuasa nuklear. Kapal selam nuklear memiliki keburukan politik, di sebabkan sesetengah negara enggan menerima kapal berkuasa nuklear ekoran bertentangan dengan polisi. Selain itu, kapal selam nuklear yang ditamatkan perkhidmatan memerlukan kos yang tinggi untuk menceraikan dan penyimpanan jangka panjang sisa radioaktif.

Berikut adalah senarai tentera laut yang kini menggunakan SSN:

Kelas SSN aktif dan masa depan

Tentera Laut Brazil
Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat Republik Rakyat China
  • Kapal selam kelas Han (Type 091) - 3 buah dalam perkhidmatan
  • Kapal selam Type 093 - 5 buah dalam perkhidmatan, sejumlah 6 buah dirancang
  • Kapal selam Type 095 - 2 buah siap daripada 5 buah yang dirancang[4][5]
Tentera Laut Perancis
Tentera Laut India
Tentera Laut Rusia
Tentera Laut Diraja

Dikenali sebagai "armada kapal selam" dalam Tentera Laut Diraja

HMS Astute, sebuah Kapal selam kelas-Astute.
Tentera Laut Amerika Syarikat

Kelas SSN yang telah dibersarakan

Tentera Laut Diraja United Kingdom
  • HMS Dreadnought - armada kapal selam berkuasa nuklear pertama dalam Tentera Laut Diraja 1963 - 1980
  • Kapal selam kelas-Valiant - 2 buah dalam perkhidmatan 1966 - 1994
  • Kapal selam kelas-Churchill - 3 buah dalam perkhidmatan 1970 - 1992
  • Kapal selam kelas-Swiftsure - 6 buah dalam perkhidmatan 1973-2010
Tentera Laut Soviet / Rusia
  • kelas November 1958-1991
  • K-278 Komsomolets - satu-satunya kapal dalam kelas "Mike", 1984 - 1989 (karam selepas terbakar)
  • Kapal selam kelas-Alfa
Tentera Laut Amerika Syarikat
  • USS Nautilus (SSN-571) (unik)
  • USS Seawolf (SSN-575) (unik)
  • Kapal selam kelas-Skate - 4 buah dalam perkhidmatan 1957 - 1989
  • Kapal selam kelas-Skipjack - 6 buah dalam perkhidmatan 1959 - 1990 (sebuah hilang, 1968)
  • USS Triton (SSN-586) (unik)
  • USS Halibut (SSN-587)
  • Kapal selam kelas-Permit - 14 buah dalam perkhidmatan 1961 - 1996 (sebuah hilang, 1963)
  • USS Tullibee (SSN-597) (unik)
  • Kapal selam kelas-Sturgeon - 37 buah dalam perkhidmatan 1967 - 2004
  • USS Narwhal (SSN-671) (unik)
  • USS Glenard P. Lipscomb (SSN-685) (unik)

Lihat juga

Rujukan