Sangeeta Krishnasamy

Pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia

Sangeeta a/p Krishnasamy (lahir 12 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau menjadi pelakon Malaysia pertama yang berlakon dalam filem Kollywood selepas membuat penampilan dalam filem Goa arahan Venkat Prabhu dan sebagai pelakon dalam filem ZHA di kalangan pelakon filem India Selatan yang terkenal.

Sangeeta Krishnasamy
Sangeeta di majlis pelancaran audio filem Vedigundu Pasangge pada Julai 2018.
Kelahiran
Sangeeta a/p Krishnasamy

(1985-10-12) 12 Oktober 1985 (umur 38)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti London
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penerbit
Tahun aktif2009–kini
Terkenal keranaLakonan sebagai Cikgu Cheryl dalam filem Adiwiraku
Ketinggian1.52 m (4 ka ​11 1316 in)

Kehidupan awal

Sangeeta dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan lulusan undang-undang di Universiti London, dan memulakan kerjayanya sebagai model semasa belajar ketika ditawarkan untuk model untuk kempen dalam talian Nikon, beliau fasih berbahasa Tamil, Melayu, Inggeris dengan lancar.

Kerjaya

Sangeeta telah membintangi beberapa filem dan drama,[3] serta telah mengacarakan beberapa rancangan TV.[4]

Pada tahun 2015, beliau menjadi pelakon utama untuk dua filem iaitu Vetti Pasanga dan Vennira Iravugal. Vennira Iravugal menjadi filem Tamil Malaysia yang terkenal selepas ditayangkan di beberapa festival filem di seluruh Eropah, dan selepas memenangi anugerah juri khas di Festival Filem Tamil Norway pada tahun 2014 dan seterusnya membawa pulang 5 anugerah dalam semua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia pada tahun 2015. Beliau merupakan seorang pelakon terbaik di Sinema Tamil Malaysia selepas memenangi kedua-dua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia 2015 untuk kategori pelakon terbaik dalam kategori filem dan telefilem.[5]

Beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Cikgu Cheryl dalam filem drama biografi 2017, Adiwiraku arahan Eric Ong yang dikeluarkan pada 19 Mac 2017.[6] Semasa penggambaran, beliau dijangkiti denggi namun tidak mahu memberitahu produksi kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Filem ini melayakkan Sangeeta memenangi pelakon wanita terbaik sekaligus mencipta sejarah sebagai pelakon Malaysia petama bukan berbangsa Melayu memenangi anugerah tersebut.[7]

Beliau bersama Remy Ishak dan Mira Filzah berlakon bersama dalam filem drama politik 2018, Rise: Ini Kalilah arahan bersama Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan MS Prem Nath. Filem ini ditayangkan pada 13 September 2018.[8]

Sangeeta menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada 2 Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Douglas Lim dan Uqasha Senrose.[9]

Sangeeta buat pertama kali menjadi penerbit filem iaitu penerbit filem Gemencheh Boys bersama Khairul Anuar Latip.[10]

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

TahunTajukWatakBahasaCatatan
2009GoaKawan JessicaTamilFilem Kollywood
2010I Know What You Did Last Deepavali
2012Zha The Movie
2014Vennira IravuggalMegalaAnugerah Khas Juri Norway Film Fest & Semua 5 kategori di MKU 2015
3 Genius
Aaram Seiya Virumbu
Vetti Passangga
2015Maravan
2017AdiwirakuCikgu CherylMelayu, Inggeris, Tamil
Kambathe KannemmaTamil
Identity
2018Rise: Ini KalilahShantiMelayu
Vedigundu PasanggeVithyaTamil
2019Ennaval
2020DaulatMelissaMelayu
JebatJasminePenampilan khas
2021Hantu Bonceng 2.0Sally
ProksiElle
2022Air Force The Movie: Selagi BernyawaLeftenan Layla Saravana
JuangSanthia
2023Duan Nago BoghoSalmi
Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys-Melayu, InggerisSebagai penerbit
2024Baik Punya Ah Long MelayuPos-produksi
Don Dukun MelayuPos-produksi

Drama

TahunTajukWatakBahasaCatatan
2009ManippuTamil
Satyam Sivam Sundram
Deepa KondattamIstimewa Deepavali
2010Bangsar Villa's
Narmadha
A Night Before ChristmasTamil dan InggerisIstimewa Krismas
2011Natpu NatpuTamil
Netru Illatha Matram[11]
Natpugal Pirivathillai[12]
2012Last Chance
2014Unarvu
2015Mounam
2017Oh My English Level Up!Cikgu LakshmiMelayu dan Inggeris
2018JibrilJackieMelayu
2019Detak Cinta StetoskopDr Kumari
Spanar Jaya XVickySitkom
2022–2023KudetaSunita
2024FramedRita

Telefilem

TahunTajukWatakBahasaSaluran TVCatatan
2020BerduaMelayuTV1
2021Muruku Ikan MasinTamil, MelayuTV2
Kari Ayam MamaMelayuTV9
2022Bini-Bini LockdownRaniTV3
Am'maDevikaMelayu, Tamil, MandarinTV Okey

Televisyen

TajukBahasaSaluran TVCatatan
ATTAM 100 VAGAITamilAstro Vaanavil
Sukaneka 1 MalaysiaMelayuTV2
Yellaithandi VaruveraTamilAstro VaanavilRancangan khas Pongal
Kaadhal Oviyam
Anugerah Industri Muzik Malaysia-IndiaInggerisPersembahan Anugerah

Iklan

  • L'Oréal Hair Asia Pacific Malaysia
  • ntv7 Stars of Diwali
  • Nikon ambassador web
  • Tourism Malaysia 2010-2012
  • Swami Sivananda Hair Oil.
  • Hari Pahlawan 'Kerinduan'
  • Duta SPS Jewelries Nilai

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKarya tercalonPenerimaKeputusan
2015Anugerah Kalai Ulagam Malaysia 2015Pelakon Wanita Terbaik dalam kategori FilemVennira IravuggalDirinya sendiriMenang
Pelakon Wanita Terbaik dalam kategori DVD dan TelefilemUnarvuMenang
2017Festival Filem Malaysia ke-29Pelakon Wanita TerbaikAdiwirakuMenang[13]
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017Menang[14]
Anugerah Skrin 2017Pelakon Wanita Terbaik (Filem)Menang[15]
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Artis Baru Wanita PopularTercalon
Pelakon Filem Wanita PopularTercalon
2019Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019Pelakon Wanita TerbaikAdiwirakuDirinya sendiriTercalon

Rujukan

Pautan luar