Savage Garden
Savage Garden ialah duo pop Australia yang terdiri daripada Darren Hayes selaku vokalis dan Daniel Jones sebagai pemain instrumen. Ditubuhkan di Logan City, Queensland, pada tahun 1994, kedua-duanya mencapai kejayaan antarabangsa pada akhir 1990-an dan awal tahun 2000 dengan single hits No. 1 "I Want You", "To the Moon and Back", "Truly Madly Deeply", "The Animal Song" dan "I Knew I Loved You".[3]
Savage Garden | |
---|---|
Berasal dari | Brisbane, Queensland, Australia |
Genre | |
Tahun aktif | 1994–2001 |
Syarikat rakaman | |
Laman sesawang | savagegarden |
Bekas ahli |
|
Dua album studio kumpulan, Savage Garden dan Affirmation, mencapai No. 1 di Australia dan menaiki carta dalam sepuluh teratas di United Kingdom dan Amerika Syarikat.[4][5]
Dua album studio mereka telah menjual 23 juta unit di seluruh dunia.[6] Kumpulan ini memenangi rekod sepuluh ARIA Music Awards pada tahun 1997 untuk album pertama mereka dan single yang berkaitan.[7] Mereka dibubarkan pada akhir tahun 2001, dan Hayes terus aktif sebagai artis solo.[8]
Diskografi
- Savage Garden (1997)
- Affirmation (1999)
Anugerah dan pencalonan
Pada tahun 2009, sebagai sebahagian daripada perayaan Q150, Savage Garden diumumkan sebagai salah satu Ikon Q150 Queensland untuk peranannya sebagai "Artis Berpengaruh".[9]
Rujukan
- Umum
- Khusus