Sazzy Falak

Pengacara dan pelakon wanita Malaysia

Sazlini binti Shamsul Falak, atau lebih dikenali sebagai Sazzy Falak (lahir 10 Mac 1980) ialah seorang pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana mengacara Beat TV dan juga berlakon sebagai watak Shasha dalam filem dan siri drama televisyen Gol & Gincu.[1][2][3]

Sazzy Falak
سززي فلک
Kelahiran
Sazlini binti Shamsul Falak

(1980-03-10) 10 Mac 1980 (umur 44)
PendidikanDiploma Kewartawanan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2000–kini
Ketinggian152 sm
PasanganNazril Idrus (k. 2006)
Anak-anak2 (kembar)
Ibu bapaDatin Lilly Rahim (ibu)
Datuk Shamsul Falak Kadir (bapa)
Laman web rasmisazzyfalak.com.my

Kehidupan awal

Sazzy Falak dilahirkan pada 10 Mac 1981 di Kuala Lumpur dan beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada ibu bapanya, Datin Lilly Rahim dan Datuk Shamsul Falak Kadir.[4] Ibu bapanya bercerai ketika Sazzy berusia 8 tahun dan kemudiannya berkahwin semula. Beliau yang mempunyai darah kacukan Melayu dan Arab, merupakan pemegang Diploma dalam bidang kewartawanan di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.[4]

Kerjaya

Sazzy pernah menimba pengalaman sebagai seorang pelakon teater sejak berusia 11 tahun; ketika itu beliau menerima latihan dari Joe Hasham yang ketika itu masih remaja.[4] Beliau mula menceburi persada hiburan televisyen pada tahun 2000 sebagai pengacara Muzik-Muzik pada usia 18 tahun. Pada tahun 2002, beliau berlakon dalam televisyen buat julung kali melalui penampilan dalam filem pendek Piala Untuk Mama arahan Osman Ali di ntv7. Selepas itu beliau juga pernah menjadi penyampai radio dan beralih ke Beat TV di Astro Ria dari 2002 sehingga 2005.

Sazzy turut memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat IT, sehingga 2003 apabila beliau melepaskan jawatan itu untuk menjadi bintang televisyen sepenuh masa.[4] Sazzy juga pernah mengacarakan MTV Jus di Singapura sebelum menyerahkan tugas itu kepada Nur Fazura pada tahun 2006.[5]

Sazzy mula berlakon dalam filem dengan menjayakan watak Shasha dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun 2005 dan Gol & Gincu The Series selama dua musim berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2007. Sempena Aidilfitri pada tahun 2006, Sazzy menyumbangkan suara kepada Cappy dalam versi alih suara Bahasa Malaysia bagi filem animasi Robots untuk ditayangkan di Star Movies (kini Fox Movies).[6] Pada akhir 2006 hingga awal 2007, Sazzy mengacarakan rancangan Blast Off! di hitz.tv.

Pada tahun 2007, selain Gol & Gincu, Sazzy juga memgang watak sampingan dalam KAMI - The Series sebagai Alisha, kakak kepada Ali (lakonan Syarul Ezani). Sazzy juga menyertai barisan lakonan siri drama Internet Kerana Karina yang dibintangi Marsha Londoh. Beliau juga turut berlakon dalam Tipu Kanan Tipu Kiri yang ditayangkan pada September 2008. Sazzy kembali menjayakan watak Shasha lakonannya dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 arahan sulung Umi Salwana Omar yang ditayangkan pada 25 Oktober 2018.[7][8]

Kehidupan peribadi

Sazzy berkahwin dengan perunding kewangan, Nazril Idrus, juga seorang personaliti televisyen, dalam satu majlis penuh istiadat pada 8 November 2006. Nazril merupakan pengasas LVG Consultants dan Explosive Minds Asia. Hasil perkongsian hidup Sazzy dan Nazril, pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan yang bernama Lily Imaan dan Tiara Rose yang dilahirkan pada 28 April 2011.[9] Kini, pasangan ini menetap di Damansara, Kuala Lumpur.

Sazzy dan Nazril mengambil bahagian dalam program realiti tarian Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria dan mara ke peringkat akhir untuk naib juara, walaupun yang banyak dipilih oleh penonton sebagai pilihan untuk merangkul gelaran juara. Beliau merupakan pemilik butik pakaian Street Fashion KL yang beroperasi di Taman Tun.[10][11]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2005Gol & GincuShashaFilem pertama
2006RobotsCappyalih suara Bahasa Malaysia
2008Tipu Kanan Tipu KiriRina
SepiIda
2009Jin NottiZulu
20104 MaduJane
2011Tolong Awek Aku PontianakMaya
2017Kamar SeksaKathy
2018Gol & Gincu Vol. 2Shasha
TBABaranPos-produksi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2003–2005Spanar JayaHani,Alinntv7
2006–2007Gol & Gincu The SeriesShasha8TV
2007KAMI - The SeriesAlisya
Kerana KarinaSherinaTontonSiri Internet
2008GodaSanya Salleh8TV
Warkah Terakhir: Rosly DhobyAstro Citra
2013Sopi SekuritiAstro Warna
2023Projek: High CouncilPuan FanizaAstro Ria
Alice Kampung BaruMayTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2002Piala Untuk Mama
2004Surat Untuk BulanSerojaVCD
2008Doa KamaliaKamaliaTV2
2011Dan SebenarnyaMairaAstro Citra
2014Warkah SyurgaAidaAstro Prima
Saloma: Mencuri Guruh (Bahagian 1)Mariani IsmailAstro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kaseh (Bahagian 2)
2016Dari Kerana MataUnifi TV
2018Mimpi SumiDaniellantv7
2023Satu Hari Di Bulan FebruariMama LizTV1

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2000Muzik-MuzikPengacaraTV3
2002–2004Beat TVAstro Ria
2004Anugerah Era 2004Era FM
2007Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-20TV3
2008The Ultimate Prom Nite8TV
2009Oo LalaTV9
Anugerah Industri Muzik ke-16NTV7
Anugerah Shout! 20098TV
Sehati Berdansa Musim 3PesertaAstro Ria
2012OMG! SherbetPengacaraDIVA
2015How Do I Look? (Musim 1)
GalaksiTV9
2016Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29TV3
2022–kiniWomen TalkPengacara bersama

Muzik video

TahunTajuk laguPenyanyiRuj.
2005"Tak Tahu"Adam AF2
2008"Wicked Queen"Dragon Red
"Dem Girls"Caprice

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerimaKeputusan
2005FHM's 100 Sexiest Women In The World 2005Sazzy FalakMenang
2006FHM's 100 Sexiest Women In The World 2006Menang
2006Festival Filem Malaysia ke-19Pelakon Pembantu Wanita TerbaikMenang
Pelakon Harapan WanitaTercalon
2008Most Beautiful Eyes - OK! Celeb Fest 2008Menang
2008Top 40 Under 40 2008 - Le PrestigeMenang

Rujukan

Pautan luar