Selam profesional
Selam profesional ialah selam di mana penyelam dibayar untuk kerja mereka. Tatacara biasanya dikawal oleh perundangan dan tataamalan kerana ia merupakan pekerjaan yang memang berbahaya dan penyelam bekerja sebagai ahli satu pasukan. Disebabkan sifat berbahaya beberapa pengendalian selam profesional, peralatan khusus seperti kebuk hiperbarik di tapak dan sistem komunikasi penyelam ke permukaan biasanya dikehendaki oleh undang-undang, dan cara selam untuk beberapa penggunaan boleh dikawal.
Terdapat beberapa cabang selam profesional, yang paling diketahui mungkin selam perdagangan dan penggunanaan khususnya, selam pesisir, selam kejuruteraan awam dalam pantai, selam salvaj marin, selam hazmat, dan selam penternakan kapal. Terdapat juga penggunaan dalam penyelidikan saintifik, arkeologi laut, menangkap ikan dan akuakultur, perkhidmatan awam, penguatkuasaan undang-undang, perkhidmatan tentera dan latihan penyelam.
Mana-mana orang yang berhajat untuk menjadi penyelam profesional biasanya memerlukan latihan khusus yang memenuhi sebarang agensi kawal atur yang mempunyai kuasa wilayah atau kebangsaan, seperti Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan A.S., Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan United Kingdom atau Jabatan Buruh Afrika Selatan.[1][2] Pengiktirafan antarabangsa kelayakan dan pendaftaran penyelam profesional wujud antara beberapa negara.
Lihat juga
- Iktiologi
- Ekologi laut
- Fikologi
Rujukan
Pautan luar
- USA Government Regulations for Commercial Diving (federal code)
- UK Health and Safety Executive Website (UK Government)
- Australia Diver Accreditation Scheme Website (Australian Government)
- OSHA. "Commercial Diving Regulations (Standards - 29 CFR) - Mixed-gas diving. - 1910.426". U.S. Department of Labor, Occupational Safety & Health Administration. Dicapai pada 2008-08-29.
- Diving Diseases Research Centre
- Sea Research Society
- History of Commercial Diving
- Diving Heritage Life of a nuclear diver
- History of Diving Museum Home of the Association of Diving Contractors, International (ADCI) Commercial Diving Hall of Fame Monument
Rencana selam nuklear
Rencana selam saintifik
- Research and Discoveries: The Revolution of Science through Scuba, over 50 archived webcasts of symposium, May 24–25, 2010, Smithsonian Institution, National Research Council of the National Academies, National Science Foundation.
- Lang, Michael A.; Marinelli, Roberta L.; Roberts, Susan J.; dll., penyunting (2013). Research and Discoveries: The Revolution of Science through Scuba (PDF). Washington, DC: Smithsonian Institution Scholarly Press.
Templat:Underwater diving