Semusim Rindu

Semusim Rindu ialah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Ben Amir dan Intan Ladyana. Diadaptasi dari novel 2005 bertajuk sama karya Aleya Aneesa, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara Astro Prima dari 30 Mei 2017 hingga 24 Julai 2017[1] menggantikan Arluna.

Semusim Rindu
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Aleya Aneesa
Ditulis olehPouvin & Tommy Loh
PengarahFeroz Kader
Ejump Mohd (bersama)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Warkah Untukku" oleh Ara Johari
Lagu penutup"Warkah Untukku" oleh Ara Johari
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Lim (MIG)
Sharifah Fatimahtuzzaharaa' (ASTRO)
PenerbitMejar (K) David Deo
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal30 Mei 2017 – 24 Julai 2017
Kronologi
MengikutiArluna
Diikuti olehDendam Aurora

Sinopsis

Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin. Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Rujukan