Senarai keluarga Testudines

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan dari Senarai Keluarga Testudines)

Terdapat empat belas keluarga dari order Testudines, iaitu salah satu order dari kelas reptilia yang umumnya digelar sebagai kura-kura, baning, tuntung, penyu dan labi-labi. Order Testudines terdiri daripada reptilia purba yang masih hidup, di mana tuatara adalah moyangnya yang lebih primitif. Terdapat hampir 300 spesies dan 97 genus Testudines, yang dipisahkan oleh dua kumpulan suborder: iaitu Kriptodira dan Pleurodira. Pemisahan dua kumpulan ini disebabkan cara mereka memasukkan kepala ke dalam cangkerang masing-masing. Pleurodira, mempunyai leher lebih panjang, dan melipatkan kepalanya ke sisi. Manakala Kriptodira pula memasukkan kepalanya ke dalam cangkerang dengan menggerakkan kepalanya ke hadapan atau ke belakang. Parakriptodira, satu lagi suborder Testudines yang telah pupus.[1][tiada dalam ayat yang diberikan][meragukan ]

Reptilia dikelaskan mengikut bentuk bukaan temporal fenestrasi (temporal fenestrae) pada bahagian tengkoraknya. Testudines diletakkan sebagai subkelas Anapsida kerana tiada bukaan lubang temporal fenestrasi.[2] Ada pendapat menyatakan ini hanyalah ciri-ciri sekunder dan patut diletakkan sebagai Diapsida.[3]Walaupun terdapat bukti, namun konflik pembahagian ini masih lagi diragui.[4][5][6] Testudines mempunyai cangkerang yang menjadikan ia berbeza daripada vertebrata lain. Cangkerangnya bukanlah rangka luar (exoskeleton), tetapi adalah tulang rusuk yang diubahsuai dan sebahagian daripada tulang belakang. Disebabkan oleh cangkerang, tulang pektoral dan girdel pelvis terletak di dalam sangkar rusuk. Tulang kakinya juga berubah bersesuaian dengan cangkerang.[1]

Kura-kura terawal diketahui dari fosil zaman Triasik awal. Fosil-fosil ini hampir sama dengan anatomi Testudines moden. Pada fosil terawal (kebanyakan dari genus Proganochelys), gigi tidak wujud, dan yang wujud adalah tulang mandibel berbentuk seperti paruh berkeratin. Perbezaan penting antara Proganochelys dan Testudines moden adalah kewujudan gigi palatal (tiada pada spesies moden), tidak boleh memasukkan kepala ke dalam cangkerang, dan kekurangan puli troklea pada anatomi rahang.[1]

Keluarga

Senarai keluarga berikut—berdasarkan nama Latin, tarikh setiap spesies dikelaskan secara rasmi, dan autoriti binomial setiap spesies; bilangan genus keluarga; nama biasa yang digunakan; contoh spesies dan contoh gambar.


Kriptodira – 11 keluarga, 74 genus, lebih 200 spesies
Keluarga[7]Genus[8]Nama biasaContoh spesiesContoh gambar
Carettochelyidae
Boulenger, 1887
1Labi-labi Hidung BabiLabi-labi Hidung Babi (Carettochelys insculpta)
Cheloniidae
Oppel, 1811
6PenyuPenyu Hijau (Chelonia mydas)
Chelydridae
Gray, 1831
2Kura-kura SnapperKura-kura Buaya (Macrochelys temminckii)
Dermatemydidae
Gray, 1870
1Kura-kura Sungai Amerika TengahKura-kura Sungai Amerika Tengah (Dermatemys mawii)
Dermochelyidae
Fitzinger, 1843
1Penyu BelimbingPenyu Belimbing (Dermochelys coriacea)
Emydidae
Rafinesque, 1815
12Kura-kura paya, tasik dan kolamKura-kura Telinga Merah (Trachemys scripta elegans)
Geoemydidae
Theobald, 1868
24Kura-kura Asia, Kura-kura Daun, Atap, Tuntung dan Kura-kura Katup AsiaKura-kura Padi (Cuora amboinensis)
Kinosternidae
Agassiz, 1857
4Kura-kura Lumpur dan Kura-kura KesturiKura-kura Kesturi Biasa (Sternotherus odoratus)
Platysternidae
Gray, 1869
1Kura-kura Kepala BesarKura-kura Kepala Besar (Platysternon megacephalum)
Testudinidae
Batsch, 1788
12Kura-kura dan BaningKura-kura Gergasi Aldabra (Aldabrachelys gigantea)
Trionychidae
Fitzinger, 1826
14Labi-labiLabi-labi Berduri (Apalone spinifera)
Pleurodira – 3 keluarga, 16 genus, lebih 60 spesies
KeluargaGenusNama biasaContoh spesiesContoh gambar
Chelidae
Gray, 1831
15Kura-kura Leher Panjang Austro-AmerikaKura-kura Leher Ular (Chelodina longicollis)
Pelomedusidae
Cope, 1868
2Kura-kura Leher Sisi Afro-AmerikaKura-kura Helmet Afrika (Pelomedusa subrufa)
Podocnemididae
Gray, 1869
3Kura-kura Kepala Besar Madagascar, Kura-kura Kepala Besar Sungai Amazon dan Kura-kura Leher Sisi Amerika SelatanKura-kura Kepala Besar Madagascar (Erymnochelys madagascariensis)

Rujukan

Bacaan lanjut

  • David T. Kirkpatrick (November–December 1995). "Platysternon megacephalum". Reptile & Amphibian Magazine. m/s. 40–47. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 May 2011. Dicapai pada 26 June 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Cogger, H.G.; R.G. Zweifel; D. Kirschner (2004). Encyclopedia of Reptiles & Amphibians Second Edition. Fog City Press. ISBN 1-877019-69-0.

Pautan luar

  • John B. Iverson; A. Jon Kimerling; A. Ross Kiester. "EMYSystems". Terra Cognita Laboratory, Geosciences Department of Oregon State University. Dicapai pada 26 June 2010.