Shin-Etsu Chemical

syarikat Jepun

Shin-Etsu Chemical Co., Ltd. (信越化学工業株式会社, Shin'etsu Kagaku Kōgyō kabushiki gaisha) ialah syarikat kimia terbesar di Jepun, dan menduduki peringkat kesembilan dalam senarai Forbes Global 2000 untuk sektor kimia. Shin-Etsu memegang bahagian pasaran terbesar untuk substrat fotomask, polivinil klorida, dan silikon semikonduktor global.[4]

Shin-Etsu Chemical Co., Ltd.
Nama asli信越化学工業株式会社
Nama rumiShin'etsu Kagaku Kōgyō kabushiki gaisha
Jenis/bentuk sahAwam KK
Didagangkan sebagai
ISINJP3371200001 Sunting ini di Wikidata
IndustriKimia
Ditubuhkan(16 September 1926; 97 tahun yang lalu (1926-09-16))
(dengan nama Shin-Etsu Nitrogen Fertilizer)
Ibu pejabat6-1, Ōtemachi 2-chome, Chiyoda-ku, Tokyo 100-0004, Jepun
Tokoh pentingChihiro Kanagawa
(Pengerusi)
Shunzo Mori
(Presiden)
Keluaran
Hasil $13 bilion (TK 2017) (JPY 1.441,4 bilion) (TK 2017)
Pendapatan bersih $2,4 bilion (FY 2017) (JPY 266,2 bilion) (TK 2017)
Bilangan kakitangan17.892 (sehingga 28 April 2014)
Tapak webTapak web rasmi
Youtube: UCvVhHShcyjqqax2f8A-6Xog Sunting ini di Wikidata
Catatan kaki/rujukan
[1][2][3]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Syarikat ini juga tersenarai dalam Top 100 Global Innovators yang disusun oleh Thomson Reuters pada tahun 2011, 2012, 2013, dan 2014.[4]

Nama “Shin-Etsu” berasal dari wilayah Shin'etsu, di mana syarikat ini menubuhkan kilang kimia pertamanya dengan nama Shin-Etsu Nitrogen Fertilizer pada tahun 1926, walaupun kini syarikat ini beribu pejabat di Tokyo dan kilangnya beroperasi di 14 negara di seluruh dunia.

Segmen

Shin-Etsu membahagikan perniagaannya menjadi tiga kumpulan berbeza, iaitu:

Kimia organik dan anorganik
Produk utama: polivinil klorida, silikon, metanol, klorometana, turunan selulosa, poval, soda kaustik, dan logam silikon
Bahan elektronik
Produk utama: silikon semikonduktor, bahan organik, magnet tanah jarang untuk industri elektronik, dan produk fotoresis
Bahan fungsian
Produk utama: kuarsa sintetik, tanah jarang dan magnet tanah jarang untuk keperluan umum[perlu rujukan]

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar