Songlap

Songlap ialah sebuah filem drama Malaysia tahun 2011 yang ditayangkan di pawagam pada 15 Disember 2011. Filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini menampilkan dua pelakon yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Shaheizy Sam (FFM 23), Syafie Naswip (FFM 22), dan muka baru, Sara Ali sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini meraih pencalonan terbanyak dalam sejarah Festival Filem Malaysia(FFM) dengan menerima 15 nominasi daripada 23 kategori yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia ke-25

Songlap
Poster promosi
Pengarah
  • Effendee Mazlan
  • Fariza Azlina Isahak
Dihasilkan olehLina Tan
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 15 Disember 2011 (2011-12-15) (Malaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.17 juta
Pecah panggungRM 2.13 juta

Sinopsis

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Pelakon

Keluaran

Kutipan

Kutipan bagi filem ini mencecah RM 2.13 juta.

Ulasan

Filem ini dilihat menunjukan gambaran yang sebenar tentang sindiket penjualan bayi dan lain-lain. Kehidupan yang serba kelam ditambah dengan teknik visual memberikan gambaran penonton akan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat tanpa disedari oleh semua. Dari segi lakonan, Shaheizy Sam berjaya membuktikan dirinya pelakon yang penuh warna. Sebagai Am, beliau berjaya menunjukan lakonan seorang yang bergantung hidup dengan menjual bayi dan berjudi dengan baik. Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 22, Syafie Naswip, dilihat belum hilang taringnya. Lakonannya sebagai Ad, adik yang ingin membantu abangnya dari jenayah penjualan bayi, memberi kesan kepada penonton sehingga tercalon sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM ke-25. Begitu juga, Sara Ali yang tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM ke-25, walaupun dialognya kurang dipertuturkan dalam filem, riak wajahnya sudah cukup menunjukan kesengsaraan yang dialami sebagai mangsa rogol bapa sendiri. Keseluruhan, cerita ini berjaya menyampaikan mesej yang tertanam dalam filem ini[1].

Anugerah dan pencalonan

Majlis AnugerahKategoriPenerimaHasil
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013[2]Filem Terbaik (Aksi)[3]Lina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Menang
Pengarah TerbaikEffende Mazlan / Fariza Azlina IshakTercalon
Pelakon Lelaki TerbaikShaheizy SamMenang
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikNormah DamanhuriTercalon
Lakon Layar TerbaikFariza Azlina IshakTercalon
Suntingan TerbaikWong Hui LynnTercalon
Fotografi Filem TerbaikTercalon
Festival Filem Malaysia ke-25 [4][5]Filem TerbaikLina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Tercalon
Pengarah TerbaikEffende Mazlan / Fariza Azlina IshakTercalon
Pelakon Lelaki TerbaikShaheizy SamTercalon
Pelakon Wanita TerbaikSara AliTercalon
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikSyafie NaswipMenang
Omar AbdullahTercalon
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikNormah DamanhuriMenang
Sinematografi TerbaikHaris Hue AbdullahMenang
Lakon Layar TerbaikFariza Azlina IshakTercalon
Cerita Asal TerbaikFariza Azlina IshakTercalon
Suntingan TerbaikWong Hui LynnMenang
Skor Muzik Asal TerbaikKhairil Ridzuan Annuar (Loque)Tercalon
Penataan Seni TerbaikAngie ChooTercalon
Penataan Bunyi TerbaikZolkefli Mat TahirTercalon
Pereka Kostum / BusanaMohd Sharelzahadi KohTercalon
Anugerah Skrin 2012[6] [7]Filem TerbaikPrimeworks Studios Sdn BhdTercalon
Pengarah TerbaikFariza Azlina / Effendee MazlanMenang
Pelakon Lelaki TerbaikShaheizy SamMenang
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikShafie NaswipMenang
Lakon Layar Terbaik-Tercalon
Anugerah Kritik Perfileman Kuala Lumpur 2012 [8] [9]Filem TerbaikLina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Menang
Pengarah TerbaikEffendee Mazlan
Fariza Azlina Isahak
Tercalon
Pelakon Lelaki TerbaikSyafie NaswipTercalon
Shaheizy SamTercalon
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikAbdullah OmarTercalon
Hasnul RahmatTercalon
Fauzi NawawiTercalon
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikNormah DamanhuriMenang
Sinematografi TerbaikHaris Hue AbdullahMenang
Lakon Layar TerbaikFariza Azlina IsahakMenang
Anugerah Blockbuster 2012[10] [11]Anugerah Filem Aksi TerhebatLina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Tercalon
Anugerah Watak Penyangak TerhebatHasnol RahmatTercalon

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar