Sternotherus

Sternotherus ialah genus kura-kura akuatik yang dikenali sebagai Kura-kura Kesturi. Haiwan ini berasal (endemik) dari Amerika Utara. Genus ini hampir sama dengan genus Kinosternon.[2] Spesies Sternotherus yang sering dijumpai di Amerika Utara ialah Sternotherus odoratus, iaitu Kura-kura Kesturi Biasa.

Sternotherus
Sternotherus odoratus
Anak Kura-kura Kesturi Biasa
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Klad:Americhelydia
Keluarga:Kinosternidae
Subkeluarga:Kinosterninae
Genus:Sternotherus
Bell in Gray, 1825[1]

Taburan

Selatan Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico.

Ciri-ciri

Hampir serupa dengan Kura-kura Lumpur, tetapi memiliki cangkerang belakang (karapas) yang lebih melengkung, dengan jungkir ditengahnya. Sternotherus odoratus hanya bersaiz 8–14 cm (3.1–5.5 in) apabila matang, dengan betina lebih besar berbanding jantan.

Diet

Kesemua Kura-kura Kesturi bersifat maging, makan pelbagai haiwan invertebrata seperti ikan dan bangkai.

Perlakuan

Bersifat akuatik. Kura-kura Kesturi Biasa, diketahui sering berjemur di atas kayu dan batu.[2]

Spesies

  • Sternotherus carinatus (Gray, 1855) - razorback musk turtle
  • Sternotherus depressus (Tinkle & Webb, 1955) - flattened musk turtle
  • Sternotherus minor (Agassiz, 1857) - loggerhead musk turtle
  • Sternotherus odoratus (Latreille, 1801) - Kura-kura Kesturi Biasa
  • Sternotherus intermedius

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Bell T. 1821. In: Gray JE. 1821. "A Synopsis of the Genera of Reptiles and Amphibia, with a Description of some new Species". Annals of Philosophy, New Series [Second Series] 10: 193-217. (Sternotherus, new genus, p. 211).
  • Goin CJ, Goin OB, Zug GR. 1978. Introduction to Herpetology, Third Edition. San Francisco: W.H. Freeman and Company. xi + 378 pp. ISBN 0-7167-0020-4. (Genus Sternotherus, pp. 136, 263-264).
  • Smith HM, Brodie ED Jr. 1982. Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. New York: Golden Press. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3. (Genus Sternotherus, p.28).

Pautan luar

Templat:Kinosternidae


🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahPedofiliaLaman UtamaRacun RihannaErysha EmyraKhas:CariTakdir Itu Milik AkuMetilena biruPeribahasa MelayuRuhainiesNoniswaraMuhamad Akmal SalehUndang Luak RembauMK K-CliqueKhas:Perubahan terkiniSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMalang Si PuteriUndang (Negeri Sembilan)Puaka Cuti SemesterInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHari WesakYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarEkosistemFitopemulihanMandi wajibBumiputeraPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaShaza BaeMalaysiaSheriff: Narko IntegritiQistina KhaledPeristiwa 13 MeiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDarurat Tanah MelayuNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimUniversiti Teknologi MARA