Sein Qudsi

Penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit Malaysia
(Dilencongkan dari Syed Hussein Bin Syed Mustafa)

Syed Hussein bin Syed Mustafa Al-Qudsy (lahir 29 Jun 1983), lebih dikenali sebagai Sein atau Sein Qudsi, Sein MOB, Sein Ruffedge merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia berketurunan Melayu-Arab. Beliau memulakan kerjaya seninya sejak 1998 menerusi kumpulan M.O.B yang turut dianggotai oleh Shaheizy Sam, seterusnya bersama kumpulan Ruffedge. Syed Hussein atau lebih dikenali sebagai Sein turut menceburi bidang lakonan dengan membintangi sitkom Spanar Jaya sebagai Razlan di ntv7.

Syed Hussein
Kelahiran
Syed Hussein bin Syed Mustafa

(1983-06-29) 29 Jun 1983 (umur 40)
Nama lainSein Qudsi
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, penulis
Tahun aktif1998–kini
PasanganNoor Diyana Muhammad (k. 2006)
Anak-anak4
Kerjaya muzik
GenreHip hop, R&B
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
M.O.B, Too Phat, Ruffedge, Syafinaz Selamat

Pada 2013, beliau mengarahkan filem pertamanya, Langgar.[1]

Kehidupan awal

Syed Hussein dilahirkan pada 29 Jun 1983 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Kehidupan peribadi

Syed Hussein telah mendirikan rumahtangga dengan Noor Diyana "Nana" Muhammad pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata (lahir pada tahun 2007 dan 2009).

Nana pernah menyertai program realiti TV3, Mentor musim pertama pada tahun 2005 dan berjaya ke peringkat separuh akhir.

Pasangan tersebut pernah menyertai program realiti tarian terbitan Astro iaitu Sehati Berdansa bagi musim ketiga dan telah muncul sebagai juara.

Pasangan tersebut telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 8 Disember 2010 tetapi telah rujuk semula sebelum tamat tempoh edah.

Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata ketiga pada Februari 2014 dan keempat pada bulan Disember 2019.

Diskografi

Pada tahun 1998 hingga 2004 beliau merupakan anggota kumpulan hip hop tempatan, M.O.B. Kemudian pada tahun 2005 beliau menyertai kumpulan Ruffedge menggantikan tempat Mode sehingga tahun 2007, sebelum membuat kemunculan semula pada tahun 2018.

Album bersama M.O.B
  • Members of Blood (1999)
Album bersama Ruffedge

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2003–2005Spanar JayaRazlanNTV7pelakon utama
2010Adam Maya[2]AdamTV3
2012Ariana Mikhail[3]MikhailTV9
2021Black (Musim 2)ViuSebagai pengarah bersama
2022Hilang
2024FramedAstro PremierSebagai pengarah

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2011Tongkah Arus DosaUstaz FarisTV9
2012Semadikan AkuSaniTV3
LelakiKu EmranTV2
Salahkah AkuAdamTV3
2013Strawberi & KaripapFareezAstro Ceria

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2006Tipah Tertipu The MovieSeinFilem pertama
2008Sepi
2013LanggarJuga sebagai pengarah dan penulis skrip
PSIKO : Pencuri HatiDr. Khai
Balada PencintaBoy
2014Penculikan Amar AffendiSebagai pengarah dan penulis skrip
2015BangunanSebagai pengarah bersama
2019Till Death: Azalea's WrathSebagai pengarah dan penulis
2020Bulan dan Pria TerhebatRickySebagai penerbit
2024Padang KertasSebagai pengarah bersama

Rujukan

Pautan luar