Terung bulu

Terung bulu (Jawi: تروڠ بولو), terung asam atau terung Iban ialah sayuran yang sering dijadikan perisa dalam masakan.

Terung bulu
Terung asam
Sebuah lukisan ringkas terung asam.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asterids
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. ferox
Nama binomial
Solanum ferox
(L.)
Sinonim

Solanum lasiocarpum[1]

Pokok Terung Bulu ini menarik minat pakar botani kerana ia memiliki persamaan yang ketara dengan, dan kelihatannya kaitan rapat dengan speseis Amerika Selatan, terutamanya cocona (S. sessiliflorum), naranjilla (S. quitoense), dan pseudolulo (S. pseudolulo). Apabila ditanam di luar julat asal mereka, kesemua empat tumbuhan mudah dikacuk menghasilkan keturunan yang mandul. Ini memiliki potensi bagi meningkatkan keuntungan perdagangan bagi setiap spesies ditempat lain dunia.[2] Tanaman genetik yang terhasil tidak mampu dibiakkan lebih lanjut oleh para petani, dengan itu memaksa petani terus membeli biji benih daripada syarikat pengeluar secara berterusan. Selain itu, pencemaran genetik melalui pendebungaan spesies asal dengan tanaman genetik berkemungkinan untuk meenghasilkan anak pokok yang mandul, mendorong kepada kepupusan spesies asal.

Taburan

Tempat asal terung bulu tumbuh tidak jelas diketahui. Taburannya ialah dari India hingga ke bahagian Papua New Guinea, termasuklah semua negara sekitar Asia Tenggara. Terung bulu ada yang ditanam dan ada juga yang tumbuh liar.

Morfologi

Pokok herba atau pokok renek yang kecil, ketinggian antara 1-2 m, mempunyai bulu lebat, biasanya mempunyai duri yang lurus dan tajam.Daun ringkas, bentuk bujur telur yang lebar, panjang 5-40 cm dan lebar 3-40 cm. Tangkain daun 5-16 cm panjang.Bunga dalam jambak mengandungi hingga 10 kuntum, kelopak bunga berwarna putih atau ungu.Buah bulat, ukuran diameter 1.5-3 cm, warna kuning diselaputi rerambut lebat, panjang, warna putih.

Kandungan

Buah terung asam mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, serat, mineral dan vitamin.

Penanaman

Terung bulu ditanam dengan biji dan mengambil masa lebih 2 minggu sebelum bercambah. Biasanya pokok akan mula berbunga antara 3-4 bulan selepas disemai. Lebah ialah agen penting pendebungaan yang paling berkesan. Pokok terung bulu biasanya menghasilkan sebiji atau dua biji buah pad setiap buku. Pokok biasanya terus menghasilkan buah selama satu tahun.

Penyakit/Perosak

Terung bulu biasanya tidak menghadapi sebarang masalah penyakit atau perosak yang serius.

Khasiat

Masakan

Buahnya sering dijadikan sebagai semakin penyedap rasa dalam masakan tradisional Melayu seperti masak lemak ikan darat atau kari.[3], [4] Buah terung ini mempunyai rasa masam yang dapat merangsang selera dan mampu menghilang bau hanyir ikan darat.

Di India, penduduk tempatan menggunakannya sebagai perasa masam dalam masakan kari. Di Thailand, sos khas yang dikenali sebagai nam prek dihasilkan dengan menggunakan buahnya.[5]

Ubatan

Selain itu ia ditanam secara meluas di Asia tropika, ia juga diberikan kepada orang sakit sebagai perubatan tradisi.[6]

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahPedofiliaLaman UtamaRacun RihannaErysha EmyraKhas:CariTakdir Itu Milik AkuMetilena biruPeribahasa MelayuRuhainiesNoniswaraMuhamad Akmal SalehUndang Luak RembauMK K-CliqueKhas:Perubahan terkiniSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMalang Si PuteriUndang (Negeri Sembilan)Puaka Cuti SemesterInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHari WesakYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarEkosistemFitopemulihanMandi wajibBumiputeraPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaShaza BaeMalaysiaSheriff: Narko IntegritiQistina KhaledPeristiwa 13 MeiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDarurat Tanah MelayuNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimUniversiti Teknologi MARA