UNDI18


UNDI18 ialah sebuah badan masyarakat madani Malaysia yang bekerja dalam bidang pemerkasaan politik belia Malaysia, pendidikan pengundi, dan pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia.

UNDI18
Persatuan Pengundi Muda (Melayu)
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Tapak webundi18.org
Pengurusan
Pengasas Bersama
  • Tharma Pillai
  • Qyira Yusri
Lokasi
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

UNDI18 telah berjaya melobi pindaan Perlembagaan Persekutuan di Parlimen bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun. Pindaan Perlembagaan ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia dimana sebuah pindaan Perlembagaan disokong oleh semua ahli Parlimen di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pada 2021, UNDI18 juga meneraju pelaksanaan pindaan had umur mengundi setelah lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 melalui semakan kehakiman terhadap kerajaan persekutuan dan protes jalanan. UNDI18 telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching dan Kuala Lumpur yang telah berjaya memberikan hak mengundi kepada belia Malaysia berumur 18-20 tahun.

Sejarah

UNDI18 telah ditubuhkan oleh dua orang mahasiswa iaitu Tharma Pillai dan Qyira Yusri pada tahun 2016 dan telah bermula dibawah naungan Malaysian Students Global Alliance sebagai sebuah inisiatif untuk menurunkan had umur mengundi di Malaysia dari 21 tahun ke 18 tahun. Pada April 2017, UNDI18 telah menghantar sebuah memorandum ke Perdana Menteri pada masa itu Najib Razak untuk menyeru beliau meminda Perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mengandung peraturan had umur mengundi tetapi tidak berjaya pada waktu itu.[1]

Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2019

Ekoran dari Pilihanraya Umum ke-14, kerajaan Pakatan Harapan baharu yang diketuai oleh Mahathir Mohamad telah memulakan kerja-kerja untuk melaksanakan had umur mengundi baru selaras dengan manifesto pilihan raya gagasan tersebut.[2] UNDI18 telah berjaya mendapat sokongan Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu Syed Saddiq[3] serta sokongan dwi-partisan daripada semua ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang untuk menyokong pembaharuan had umur mengundi.[4]

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah dibentangkan ke Dewan Rakyat dan mengandungi bahagian mengenai pendaftaran pengundi automatik bagi semua warganegara Malaysia dan pindaan kepada had umur pencalonan dalam pilihanraya persekutuan dan pilihanraya negeri di Malaysia.[5]

Pada 16 Julai 2019, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah diluluskan oleh semua ahli Dewan Rakyat yang hadir dan merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia dimana sokongan seisi dewan telah diperoleh bagi sesebuah rang undang-undang.[6]

Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri 2019—2022

Ekoran pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur mengundi dan pencalonan dalam pilihanraya persekutuan dan pilihanraya negeri, pindaan kepada undang-undang tubuh negeri juga digubal bagi membenarkan belia berumur 18-20 tahun mencalonkan diri dalam pilihanraya negeri di Malaysia. Setakat Disember 2022, 12 negeri telah meminda undang-undang tubuh negeri mereka bagi membenarkan belia berumur 18 tahun keatas untuk mencalonkan diri dalam pilihanraya negeri.

Pelaksanaan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi Menurunkan Had Umur Calon Pilihanraya Negeri
NegeriPelaksanaan Pindaan Undang-Undang Tubuh NegeriNota
JohorBelum dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Johor tetapi belum mendapat perkenan oleh Sultan Johor.[7][8]
KedahTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 November 2021.[9]
KelantanTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 12 Ogos 2020.[10]
MelakaTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka pada 2 Mac 2022.[11]
Negeri SembilanTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 2 Disember 2021.[12]
PahangTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Pahang pada 10 Disember 2021.[13]
PerakTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 27 Oktober 2020.[14]
PerlisTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perlis pada 21 Mei 2020.[15]
Pulau PinangTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 1 September 2021.[16]
SabahTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah pada 21 November 2019.[17]
SarawakTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Council Negri Sarawak pada 12 November 2020.[18]
SelangorTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor pada 6 Disember 2021.[19]
TerengganuTelah dilaksanakanPindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 12 Ogos 2020.[20]

Tunjuk Perasaan Mana Undi Kami 2021

Pengunjuk rasa semasa Protes Mana Undi Kami di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur

Langkah Sheraton 2020 telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan kemunculan kerajaan-kerajaan jangka pendek. Pada Mac 2021, kerajaan Perikatan Nasional telah mengumumkan penangguhan pelaksanaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen. Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya pada waktu itu mengumumkan pelaksanaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada September 2022 meskipun pihak tersebut sudah pernah mengumumkan jangka masa bagi pelaksanaan pindaan tersebut sebelum Julai 2021.[21]

Protes Mana Undi Kami yang pertama berlangsung pada 27 Mac 2021 ekoran penangguhan pelaksanaan pindaan Perlembagaan yang diluluskan pada 2019 serta penggantungan Parlimen oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada waktu itu. Lebih 200 orang telah berhimpun di Jalan Parlimen, termasuk wakil-wakil dari parti politik dan masyarakat madani.[22]

Semakan kehakiman terhadap Kerajaan Persekutuan 2021

Fail:Lawsuit.jpg
Pengasas bersama UNDI18 bersama pemohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

UNDI18 telah meneraju dua permohonan semakan kehakiman oleh 18 belia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan 5 belia di Mahkamah Tinggi Kuching bagi mencabar tindakan kerajaan dalam menangguhkan pelaksanaan pindaan Perlembagaan tersebut.[23][24]

Pada 3 September 2022, Mahkamah Tinggi Kuching telah mengatakan bahawa penangguhan pelaksanaan pindaan Perlembagaan tersebut sebagai "benar-benar tidak rasional malah tidak sah" dan membenarkan perintah mandamus bagi menggesa kerajaan melaksanakan pindaan Perlembagaan dengan segera.[25]

Kerajaan Malaysia telah dengan melaksanakan pindaan Perlembagaan bagi menurunkan had umur mengundi dan pencalonan serta pelaksanaan pendaftaran pengundi automatik pada 15 Disember 2021.[26]

Pencapaian dan Inisiatif

Parlimen Digital

Pelaksanaan Parlimen Digital

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia pada awal 2020 telah menyebabkan Parlimen digantung disebabkan kegusaran tentang penyebaran COVID-19. Seruan daripada pihak pembangkang dan masyarakat madani untuk mengadakan sidang Parlimen secara maya telah membawa kepada inisiatif Parlimen Digital, iaitu simulasi Parlimen yang diadakan diatas talian dan yang dianjurkan oleh UNDI18 dan beberapa kumpulan belia Malaysia. Parlimen Digital merupakan simulasi Parlimen bersama 222 belia Malaysia yang mewakili setiap kawasan Parlimen di Malaysia. Wakil-wakil tersebut telah terlibat dalam debat dan persidangan Parlimen secara atas talian.

Parlimen Digital telah berlangsung pada 4-5 Julai 2020 dan merupakan bukti konsep bagi kebolehan dan pengetahuan politik belia Malaysia serta kebolehlaksanaan sidang Parlimen secara atas talian bagi menggantikan sidang Parlimen secara fizikal semasa wabak COVID-19.[27]

Vote Malaysia

Bersempenaan dengan Pilihanraya Umum Malaysia ke-15, UNDI18 bersama dengan kumpulan belia Malaysia lain telah menubuhkan inisiatif Vote Malaysia, inisiatif undi pos yang bertujuan untuk mengumpul kertas undi pos dari warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan menghantarnya ke pusat penjumlahan undi pada hari mengundi.

Vote Malaysia telah berjaya mengumpul lebih daripada 35,000 undi pos dari 25 negara yang dikira pada Pilihanraya Umum ke-15.[28]

Rujukan