Ujian tanpa musnah

Ujian tanpa musnah (bahasa Inggeris: Nondestructive testing) ialah salah satu dari kumpulan teknik analisis yang digunakan dalam industri sains dan teknologi untuk menilai sifat-sifat material, komponen, atau sistem tanpa menyebabkan kemusnahan.[1] Istilah penilaian tanpa musnah (NDE) dan pemeriksaan tanpa musnah (NDI) juga biasanya digunakan untuk menggambarkan teknologi ini.[2] Oleh kerana NDT tidak secara kekal mengubah artikel yang sedang diperiksa, ini ialah teknik yang sangat berharga yang dapat menjimatkan wang dan masa dalam penilaian produk, pemecahan masalah, dan penyelidikan. Enam kaedah NDT yang paling sering digunakan ialah pengujian arus eddy, zarah magnetik, penembusan cecair, radiografi, ultrasonik, dan visual.[3]

Menganalisis dan mendokumentasikan mod kegagalan tanpa musnah juga dapat dilakukan dengan menggunakan perakam kamera berkelajuan tinggi secara terus menerus (movie-loop) hingga kegagalan dikeaan. Mengesan kegagalan dapat dilakukan dengan menggunakan pengesan suara atau pengukur tegangan yang menghasilkan isyarat untuk mencetuskan kamera berkelajuan tinggi.

Rujukan

Bibiliografi