Manhattan ialah salah satu daripada lima daerah perbandaran Bandaraya New York yang terletak terutamanya di Pulau Manhattan di muara Sungai Hudson.
Kaunti New York yang memiliki sempadan yang tepat sama dengan daerah perbandaran Manhattan (jangan dikelirukan dengan Bandaraya New York) ialah kaunti yang paling padat penduduknya di Amerika Syarikat. Jumlah penduduknya pada 2008 ialah 1,634,795 orang [1] di dalam kawasan seluas 22.96 batu persegi (59.47 km²), iaitu 71,201 penghuni setiap batu persegi (27,485/km²). Selain itu, Manhattan ialah daerah perbandaran yang ketiga terbesar antara lima daerah perbandaran di New York daripada segi jumlah penduduk, walaupun ia hanyalah daerah perbandaran yang terkecil daripada segi keluasan.
Manhattan juga merupakan salah satu kaunti yang paling kaya di Amerika Syarikat, dengan pendapatan perorangan per kapita melebihi AS$100,000 pada 2005.[2]
Nama Manhattan berasal daripada perkataan Manna-hata, sebagaimana dicatat dalam buku log 1609 oleh Robert Juet, pegawai perahu layar milik Henry Hudson yang bernama Halve Maen (Bulan Separuh).[8] Sebuah peta pada 1610 menonjolkan nama "Manahata" sebanyak dua kali pada kedua-dua tebing barat dan timur Sungai Mauritius (kemudian dinamai Sungai Hudson). Perkataan "Manhattan" bererti "pulau berbukit-bukau" dalam bahasa Lenape.[9] Bagaimanapun, huraian orang India Lenape sendiri kepada mubalighMoravia, John Heckewelder,[10] sedikit berbeza dan tidaklah tepat.[11] Mereka mengatakan bahawa kawasan itu telah digelar sebagai "Manahachtanienk" yang membawa pengertian "pulau yang kesemua kami menjadi mabuk" dalam bahasa Delaware.
Kawasan yang kini merupakan Manhattan telah lama dihuni oleh orang Lenape. Pada 1524, orang Lenape di dalam kanu bertemu dengan Giovanni da Verrazzano, orang Florence yang merupakan penjelajah Eropah yang pertama untuk melewati Pelabuhan New York, walaupun beliau mungkin tidak memasuki pelabuhan sejauh The Narrows.[12] Tidaklah sehingga pelayaran Henry Hudson, seorang Inggeris yang bertugas untuk Syarikat Hindia Timur Belanda, bahawa kawasan itu dipetakan.[13] Dengan tidak sengaja pada 1609, Hudson menemui Pulau Manhattan dan orang asli yang tinggal di sana, sewaktu dalam pelayarannya di sungai yang kini dinamai sempena namanya (Sungai Hudson) sehingga tiba di Albany kini.[14]
Satu kehadiran Eropah yang tetap di Belanda Baharu bermula pada 1624, dengan pengasasan sebuah petempatan Belanda untuk perdagangan bulu di Pulau Governors. Pada tahun berikutnya, Kubu Kota Amsterdam yang kemudiannya dikenali sebagai Amsterdam Baharu (Nieuw Amsterdam, nama asal Bandaraya New York) dibina di Pulau Manhattan [15][16] untuk melindungi pendatang Belanda yang baharu. Tarikh pengasasannya pada 1625 kini diiktiraf sebagai tarikh lahir Bandaraya New York.[17] Menurut Orang kami (ons Volck), sebuah dokumen yang ditulis oleh Pieter Janszoon Schagen, Peter Minuit (tidak disebutnya secara tersurat dalam dokumen itu) memperoleh Manhattan daripada orang asli pada 1626 dengan membayar 60 guilder dalam bentuk barangan perdagangan, sering salah dianggap sebagai bernilai 24 dolar Amerika Syarikat. Berdasarkan pariti kuasa beli, International Institute of Social History di Amsterdam menghitung harga pertukaran itu pada sekitar AS$1,000 wang sekarang.[18]
Pada 1647, Peter Stuyvesant dilantik sebagai Ketua Pengarah Belanda yang terakhir untuk tanah jajahan yang ketika itu masih dikenali sebagai Kubu Kota Amsterdam.[19] Di bawah pemerintahannya, tanah jajahan itu diperbadankan secara rasmi sebagai sebuah kota dengan nama "Amsterdam Baharu" pada 2 Februari1653.[20] Pada 1664, orang British menaklukkan Belanda Baharu dan menamainya semula sebagai "New York", sempena nama Duke York dan Albany dari England, bakal Raja James II.[21] Stuyvesant dan majlisnya merundingkan 24 buah artikel pemindahan sementara dengan pihak British agar menjaminkan kebebasan orang Belanda Baharu, termasuknya kebebasan beragama, di bawah pemerintahan mereka.[22][23]
Bahagian pentadbiran ·Daerah kongres ·Demografi ·Ekonomi ·Geografi ·Kincir angin ·Lambang ·Orang ·Pemerintahan ·Pengangkutan ·Pendidikan ·Pilihan raya ·Politik ·Sejarah ·Tarikan pelancong
Wilayah
Bandaraya New York·Banjaran Gunung Adirondack ·Banjaran Gunung Catskill ·Barat ·Country Utara ·Daerah Ibu Kota ·Holland Purchase ·Kepulauan Thousand ·Laluan Laut Saint Lawrence ·Lembah Champlain ·Lembah Hudson ·Lembah Mohawk ·Lembah Tech ·Metro New York·Penara Allegheny ·Perbatasan Niagara ·Pulau Long·Rabung dan Lembah ·Shawangunk ·Ski country ·Southtowns ·Tanah Tinggi Hudson ·Tasik Finger ·Tier Selatan ·Tengah ·Utara
Kawasan metro
Air Terjun Glens ·Albany / Schenectady / Troy ·Bandaraya New York·Binghamton·Buffalo / Air Terjun Niagara ·Elmira/Corning ·Ithaca·Jamestown ·Newburgh/Middletown ·Poughkeepsie ·Rochester ·Syracuse ·Utica/Rom