Ahmad Fauzi Saari

pemain bola sepak Malaysia

Ahmad Fauzi Saari (lahir 30 April 1982 di Kulim, Kedah) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia bertindak sebagai pemain tengah untuk kelab Felda United FC.

Fauzi Saari
Maklumat peribadi
Nama penuhAhmad Fauzi bin Saari
Tarikh lahir (1982-04-30) 30 April 1982 (umur 42)
Tempat lahirKulim, Kedah, Malaysia
Posisi permainanMidfield
Maklumat kelab
Kelab terkini
Felda United
Nombor11
Kerjaya remaja
2002-2004Kedah FA Piala Presiden
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2004-2011Kedah FA95(40)
2012Johor FC
2013-Felda United
Pasukan kebangsaan
2004Malaysia B-231(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga April 24, 2007

Kehidupan peribadi

Ahmad Fauzi Saari membesar di Ladang Anak Kulim, yang mana bapanya adalah seorang mandur dan ibunya meringankan beban nafkah dengan menoreh getah. Beliau mula bermain bola sepak semenjak zaman persekolahan, biasanya dengan rakan-rakan pelbagai bangsa di estet berkenaan. Pada usia 16 tahun, gaya berlari tanpa henti dan bakanya di dalam bola sepak ditemui oleh gurunya di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang (sebuah sekolah menengah di Serdang, Kedah).

Kemalangan

Pada 28 Januari 2013, beliau terlibat di dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin, Kuala Kubu Bharu, awal pagi hari tersebut.[1]

Anugerah

Kedah

    • Naib Juara: 2003
    • Naib Juara: 2005
    • Naib Juara: 2004


Peribadi

  • 100Plus-F.A.M National Football Awards: 2006/07 - Most Favourite Midfielder


Rujukan