Piala Malaysia

Piala Malaysia merupakan kejohanan bola sepak teragung di Malaysia dan antara kejohanan tertua di rantau Asia. Piala Malaysia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak Malaysia. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921[1][2][3][4] pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah mencecah 100 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.[5][6] Untuk musim 2020, pertandingan ini dibatalkan oleh FAM akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.

Piala Malaysia
ڤيالا مليسيا
Negara Malaysia
Ditubuhkan1921; 103 tahun yang lalu (1921)
Bilangan pasukan16 (Peringkat Kumpulan)
Juara semasaJohor Johor Darul Ta'zim
(Trofi ke-6) (2023)
Kejuaraan terbanyakSelangor Selangor
(33 Trofi)
Rakan TV
Tapak sesawangLaman Rasmi
Musim 2023

Sejarah piala dan kejohanan

Trofi Piala Malaysia 1967-Kini

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an bilamana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu.[7] Ketika itu, perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan di bahagian masing-masing.[8] Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.[9][10]

Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia.[11] Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Hal ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir..[12][13]

Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC.[14][15] Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini ialah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali naib juara. Manakala Perak merupakan juara terbaru dan Piala Malaysia yang kelapan bagi mereka.[16][17][18][19]

Era kejohanan

Piala Malaya

1921 - 1932: Selangor vs Singapura.
Perlawanan akhir pertama telah diadakan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur yang kini menjadi Dataran Merdeka pada 1 Oktober 1921. Ia melibatkan pertemuan sulung antara juara wilayah selatan, Singapura dengan juara wilayah utara, Selangor. Perlawanan dimenangi oleh Singapura dengan jaringan 2 berbalas 1. Perlawanan akhir juga telah dijalankan pertama kali di Stadium Jalan Anson, Singapura pada 1925. Sepanjang tempoh Piala Malaya dipertandingkan, Selangor dan Singapura bertemu diperlawanan akhir hampir setiap tahun. Hanya tiga pasukan sahaja telah memenangi piala ini termasuk Perak.

Piala H.M.S. Malaya

1933 - 1941: Selangor vs Singapura II.
Singapura masih lagi menjadi wakil selatan manakala terdapat beberapa pasukan baru mewakili wilayah utara. Namun Selangor dan Singapura masih lagi bertemu diperlawanan-perlawanan akhir dibawah piala baru iaitu Piala HMS Malaya. Kedah dan Pulau Pinang berjaya menempatkan diri pada perlawanan akhir namun tewas kepada Singapura. Kedah layak pada tahun 1940 manakala Pulau Pinang pada 1934 dan 1941. Kerancakan Piala HMS Malaya terpaksa dihentikan apabila perang dunia kedua meletus dan merebak ke semenanjung Malaysia.

1948-1966: Saingan Empat Negeri
Pasukan-pasukan utara mula menunjukkan kebangkitan pada masa yang sama Selangor dan Singapura masih lagi memberi saingan. Pulau Pinang dan Perak seolah-olah mendapat semangat untuk menjadi kuasa bola sepak tanah air baru setelah perang berakhir. Negeri Sembilan menjuarai buat pertama kali dan edisi awal selepas tamat perang pada 1948. Perlawanan ulangan terpaksa dijalankan setelah terikat dengan Selangor. Selang setahun selepas itu kejutan berlaku apabila pasukan bukan status negeri iaitu Tentera telah layak ke Piala Malaysia sebelum tumbang pada Selangor dan sekali lagi pada 1966. Namun tewas juga pada pasukan Selangor. Pulau Pinang menjuarai sebanyak tiga kali pada 1953, 1954 dan 1958 serta menjadi naib juara pada 1950,1952 dan 1963. Perak juga layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut pada 1959, 1960 dan 1961. Meskipun tewas ketiga-tiga perlawanan, Perak berjaya juga mencipta nama sebagai juara Piala Malaysia pada 1957 sebagai pasukan pertama memenangi piala idaman tersebut di Stadium Merdeka, gelanggang baru Piala HMS Malaya. Pasukan dari pantai timur, Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir akan tetapi tewas pada tangan Singapura.

Piala Malaysia

1967-1979: Selangor Gagah, Singapura Tenggelam
Piala baru diperkenal dengan nama Piala Malaysia menggantikan Piala HMS Malaya dan Perak sekali lagi menjadi pasukan pertama memenangi piala baru tersebut. Selangor terus memperkukuhkan status sebagai pasukan yang paling digeruni sepanjang tempoh ini dengan memenangi 9 Piala Malaysia daripada 13 perlawanan akhir. Nasib berbeza terhadap Singapura kerana hanya menjuarai sekali pada tahun 1977 setelah lima kali mencuba. Kekebalan Selangor didorong oleh beberapa pemain berkaliber negara ketika itu. Antaranya Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, mendiang R. Arumugam, Soh Chin Aun, Chow Kwai Lam , Hanafiah Ali dan beberapa pemain lain. Kekuatan pemain-pemain ini disetiap posisi padang telah menaikkan nama Selangor diarena bolasepak tanah air. Hanya pasukan Terengganu sahaja merupakan pasukan baru yang muncul pada perlawanan akhir pada 1973.

1980-1989: Fandi Ahmad Penyelamat Singapura Dan Beberapa Juara Baru
Singapura akhirnya berjaya memenangi pertandingan akhir Piala Malaysia 1980 apabila menumpaskan musuh tradisinya Selangor 2-1. Gol kemenangan Singapura di jaringkan oleh Fandi Ahmad yang pada masa itu berumur 17 tahun. Pahang berjaya medapat Piala Malaysia pada tahun 1983 setelah menewaskan Selangor. Tetapi Selangor membalas dendam keatas Pahang setahun berikutnya. Johor juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dan memenanginya buat kali pertama keatas pasukan yang juga pertama kali melangkah perlawanan akhir iaitu Kuala Lumpur. Paling unik yang dapat dilihat ialah Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia secara "hat-trick" pada 1987, 1988 dan 1989 bilamana mereka menumbangkan musuh yang sama iaitu Kedah. Abdul Rashid Hassan, Serbegeth Singh dan Mat Zan Mat Aris merupakan tonggak penting dalam skuad wargakota pada ketika itu. Walaupun tewas tiga kali berturut pada Kuala Lumpur, Kedah berjaya merangkul Piala Malaysia setahun kemudian.

1990-2000: Selamat Tinggal Singapura
Kedah akhirnya merangkul Piala Malaysia apabila menewaskan Singapura pada 1990 manakala Johor berjaya membalas dendam keatas Selangor pada kekalahan mereka 1986. Trio pemain import Johor yang cukup terkenal ketika itu ialah Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards. Pahang juga tidak melepaskan peluang membawa pulang Piala Malaysia pada tahun berikutnya setelah menafikan Kedah untuk menjuarai kali kedua. Singapura akhirnya memenangi juara berganda pada tahun 1994 apabila pasukan Republik itu menewaskan pasukan Pahang 4-0 di stadium Shah Alam. Namun berita paling mengejutkan ialah penarikan diri oleh pasukan Singapura daripada kancah bola sepak Malaysia. Setelah 70 tahun lebih mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura tidak lagi sebagai pesaing mahupun pencabar bermula tahun 1995. Keputusan dibuat setelah terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara Persatuan Bolasepak Singapura dengan Persatuan Bolasepak Malaysia. Selangor memenangi "hat-trick" pada 1995, 1996 dan 1997. Ini merupakan "hat-trick" kali ketiga bagi Selangor. Azman Adnan, Rusdi Suparman, Chris Kiwomya dan Alexander Freeman antara pemain yang memainkan watak utama dalam kejayaan Selangor. Pada tahun 1998, Piala Malaysia dilangsungkan di Stadium baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Perak sekali lagi mengukir nama sebagai pasukan pertama memenangi piala tersebut selepas menewaskan Terengganu. Pada 1999, Brunei menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali di mana perlawanan akhir yang pertama melibatkan kedua-dua pasukan adalah dari Borneo. Kejayaan Brunei juga menyaksikan Stadium Merdeka digunakan untuk kali terakhir bagi venue akhir Piala Malaysia. Perak menutup abad ke-20 dengan mendakap Piala Malaysia yang terakhir setelah menewaskan Negeri Sembilan.

2001-2008: Permulaan Alaf Baru yang Seimbang
Terengganu mendakap Piala Malaysia untuk pertama kali dan merupakan juara yang pertama di abad ke-21 setelah menewaskan Perak pada 2001. Selangor masih bermaya dengan merangkul dua Piala Malaysia pada 2002 dan 2005. Pada tahun 2005 tersebut, Selangor menjuarai tiga kejohanan iaitu, Piala FA, Liga Perdana dan Piala Malaysia. Perlis juga berjaya menempatkan nama sebagai pasukan yang telah memenangi Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 manakala pada tahun 2005 sebagai naib juara. MPPJ FC menjadikan kelab pertama memenangi Piala Malaysia setelah menundukkan Sabah. Kini, Kedah mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi ketiga-tiga piala selama dua musim berturut-turut. Mereka merangkul Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2007 dan 2008.

2009-2013: Negeri Sembilan vs Kelantan
Pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan mewarnai pentas akhir Piala Malaysia dalam tempoh 2009-2013 ini bilamana kedua-dua pasukan bertemu pada 2009 yang dimenangi oleh Negeri Sembilan.

Juara Piala Malaysia

Senarai juara

Piala Malaysia
TahunJuaraKeputusanNaib JuaraStadium
2023Johor Darul Ta'zim 3 – 1 TerengganuStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2022Johor Darul Ta'zim 2 – 1 SelangorStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2021Kuala Lumpur City 2 – 0 Johor Darul Ta'zimStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2020Dibatalkan kerana pandemik COVID-19
2019Johor Darul Ta'zim 3 – 0 KedahStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2018Perak 3 – 3 (4–1 Penalti) TerengganuStadium Shah Alam, Selangor
2017Johor Darul Ta'zim 2 – 0 KedahStadium Shah Alam, Selangor
2016Kedah 1 – 1 (6–5 Penalti) SelangorStadium Shah Alam, Selangor
2015Selangor 2 – 0 KedahStadium Shah Alam, Selangor
2014Pahang 2 – 2 (5–3 Penalti) Johor Darul Ta'zimStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2013Pahang 1 – 0 KelantanStadium Shah Alam, Selangor
2012Kelantan 3 – 2 ATMStadium Shah Alam, Selangor
2011Negeri Sembilan 2 – 1 TerengganuStadium Shah Alam, Selangor
2010Kelantan 2 – 1 Negeri SembilanStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009Negeri Sembilan 3 – 1 KelantanStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008Kedah 3 – 2 SelangorStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2007Kedah 3 – 0 PerakStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2006Perlis 2 – 1 Negeri SembilanStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2005Selangor 3 – 0 PerlisStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2004Perlis 1 – 0 KedahStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003MPPJ 3 – 0 SabahStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2002Selangor 1 – 0 (gol emas) SabahStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001Terengganu 2 – 1 PerakStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000Perak 2 – 0 Negeri SembilanStadium Shah Alam, Selangor
1999Brunei 2 – 1 SarawakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1998Perak 1 – 1 (5–3 Penalti) TerengganuStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
1997Selangor 1 – 0 (gol emas) PahangStadium Shah Alam, Selangor
1996Selangor 0 – 0 (5–3 Penalti) SabahStadium Shah Alam, Selangor
1995Selangor 1 – 0 (gol emas) PahangStadium Shah Alam, Selangor
1994Singapura 4 – 0 PahangStadium Shah Alam, Selangor
1993Kedah 2 – 0 SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1992Pahang 1 – 0 KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1991Johor 3 – 1 SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1990Kedah 3 – 1 SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1989Kuala Lumpur 2 – 1 KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988Kuala Lumpur 3 – 0 KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987Kuala Lumpur 1 – 0 KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1986Selangor 6 – 1 JohorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1985Johor 2 – 0 Kuala LumpurStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1984Selangor 3 – 1 PahangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1983Pahang 3 – 2 (Masa tambahan) SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1982Selangor 1 – 0 TerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1981Selangor 4 – 0 SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1980Singapura 2 – 1 SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1979Selangor 2 – 0 SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1978Selangor 4 – 2 SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1977Singapura 3 – 2 (Masa tambahan) Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1976Selangor 3 – 0 SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1975Selangor 1 – 0 SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1974Pulau Pinang 2 – 1 PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1973Selangor 2 – 1 TerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1972Selangor 3 – 1 PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1971Selangor 3 – 1 PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1970Perak 1 – 0 KelantanStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1969Selangor 1 – 0 Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1968Selangor 8 – 1 Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1967Perak 2 – 1 SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
Piala HMS Malaya
1966Selangor 1 – 0 ATMStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1965Singapura 3 – 1 SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1964Singapura 3 – 2 PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1963Selangor 6 – 2 Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1962Selangor 1 – 0 Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1961Selangor 4 – 2 PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1960Singapura 2 – 0 PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1959Selangor 4 – 0 PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1958Pulau Pinang 3 – 3 (3–1 Ulangan) SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1957Perak 3 – 2 SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1956Selangor 2 – 1 SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1955Singapura 3 – 1 KelantanJalan Rifle Range, Singapura
1954Pulau Pinang 3 – 0 SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1953Pulau Pinang 3 – 2 SingapuraDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1952Singapura 3 – 2 Pulau PinangDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1951Singapura 6 – 0 PerakPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1950Singapura 2 – 0 Pulau PinangPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1949Selangor 3 – 2 ATMPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1948Negeri Sembilan 2 – 2 (2–1 Ulangan) SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1942-1947Tidak Dipertandingkan
1941Singapura 2 – 1 Pulau PinangPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1940Singapura 2 – 0 KedahPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1939Singapura 3 – 1 SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1938Selangor 1 – 0 SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1937Singapura 2 – 1 SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1936Selangor 1 – 0 SingapuraJalan Rifle Range, Singapura
1935Selangor 3 – 2 SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1934Singapura 2 – 1 Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1933Singapura 8 – 2 SelangorJalan Rifle Range, Singapura
Piala Malaya
1932Singapura 5 – 3 SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1931Perak 3 – 1 SingapuraDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1930Singapura 3 – 0 SelangorStadium Jalan Anson, Singapura
1929Selangor
Singapura
2 – 2
(Berkongsi Juara)
Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1928Selangor
Singapura
2 – 2
(Berkongsi Juara)
Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1927Selangor 8 – 1 SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1926Perak 1 – 0 SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1925Singapura 2 – 1 SelangorStadium Jalan Anson, Singapura
1924Singapura 1 – 0 SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1923Singapura 2 – 1 PerakPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1922Selangor 3 – 2 SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1921Singapura 2 – 1 SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

Jurulatih pasukan juara

TahunJurulatihPasukan
2023 Esteban Solari Johor Darul Ta'zim
2022 Héctor Bidoglio Johor Darul Ta'zim
2021 Bojan Hodak Kuala Lumpur City
2020Dibatalkan kerana pandemik COVID-19
2019 Benjamin Mora Johor Darul Ta'zim
2018 Mehmet Durakovic Perak
2017 Ulisses Morais Johor Darul Ta'zim
2016 Tan Cheng Hoe Kedah
2015 Mehmet Durakovic Selangor
2014 Zainal Abidin Hassan Pahang
2013 Dollah Salleh Pahang
2012 Bojan Hodak Kelantan
2011 Mohd Azraai Khor Abdullah Negeri Sembilan
2010 B. Sathianathan Kelantan
2009 Wan Jamak Wan Hassan Negeri Sembilan
2008 Mohd Azraai Khor Abdullah Kedah
2007 Mohd Azraai Khor Abdullah Kedah
2006 Abdul Rahman Ibrahim Perlis
2005 Dollah Salleh Selangor
2004 Norizan Bakar Perlis
2003 Dollah Salleh MPPJ
2002 Ken Worden Selangor
2001 Mat Zan Mat Aris Terengganu
2000 Karl Heinz Weigang Perak
1999 Michael Jones Brunei
1998 Karl Heinz Weigang Perak
1997 Steve Wicks Selangor
1996 Ken Worden Selangor
1995 Ken Worden Selangor
1994 Douglas Moore Singapura
1993 Roberts Alberts Kedah
1992 Mike Brown Pahang
1991 Michael Urukalo Johor
1990 Milous Kvacek Kedah

Pasukan terbaik

Sehingga 8 Disember 2023

Nombor dalam kurungan adalah pasukan yang menjuarai Piala HMS Malaya sebelum namanya ditukar kepada Piala Malaysia.

#PasukanJuaraNaib Juara
1 Selangor
33 (13)
17 (11)
2 Singapura
24 (22)
19 (11)
3 Perak
8 (3)
11 (6)
4 Kedah Darul Aman
5
9 (1)
5 Pulau Pinang
4 (3)
9 (6)
6 Sri Pahang
4
4
7 Johor Darul Ta'zim
4
2
8 Kuala Lumpur City
4
1
9 Negeri Sembilan3 (1)3
10 Kelantan
2
4 (1)
11 Perlis
2
1
Johor21
13 Terengganu
1
6
14 MPPJ
1
-
Brunei
1
-
16 ATM
-
3 (2)
Sabah
-
3
18 Sarawak
-
1

Rekod

Peristiwa

TahunPeristiwa
1921Edisi pertama Piala Malaya dipertandingkan.
1925Piala Malaya dipertandingkan pertama kali di Singapura.
1928Piala Malaya dikongsi bersama oleh pasukan Selangor dan Singapura.
1930Perlawanan akhir antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Singapura menang 3-0.
1931Perak memenangi Piala Malaysia di tempat sendiri ketika perlawanan akhir diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1933Piala Malaya ditukar nama ke Piala HMS Malaya atas nama kapal perang Inggeris HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal ketika itu kapten Buttler telah menyumbangkan piala tersebut.
1941Singapura layak ke perlawanan akhir kali ke-20.
1942-1947Piala Malaya tidak dipertandingkan akibat Perang Dunia Ke-dua.
1948Piala HMS diadakan semula setelah berakhir perang dunia kedua dan buat kali pertama Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir. Perlawanan ulangan juga diadakan antara Negeri Sembilan dan Selangor selepas kedua-dua pasukan terikat pada perlawanan pertama.
1949Perlawanan akhir antara Selangor dengan pasukan bukan berstatus negeri, Tentera.
1950Penyerang Singapura Allahyarham Awang Bakar, membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.
1957Perlawanan akhir pertama di Stadium Merdeka dan Perak telah menjuarainya.
1959Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.
1962Kelantan menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal bilamana Mohammad Che Su menyumbang lapan gol.
1963Selangor menewaskan Terengganu 18-0.
1964Siaran secara langsung pertama ditayangkan ditelevisyen. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.
1967Piala HMS Malaya ditukar nama ke Piala Malaysia. Perak menjuarainya.
1970Kelantan, wakil negeri pantai timur pertama memasuki perlawanan akhir.
1974Perlawanan akhir melibatkan dua pasukan utara antara Pulau Pinang dengan Perak.
1981Selangor bertemu Singapura diperlawanan akhir bagi kali ke-24.
1983Selepas 8 tahun didominasi Selangor dan Singapura, Pahang berjaya buat pertama kalinya menjuarai Piala Malaysia sekaligus menjadi pasukan dari Pantai Timur yang berjaya mendakap piala tersebut
1984Selangor menewaskan Pahang 3-1 di perlawanan akhir, walaupun ketinggalan 1-0 sehingga minit 86 sebelum menjaringkan gol pada minit 87, 89 dan 90.
1985Pertembungan Johor dan Kuala Lumpur merupakan kedua-dua pasukan yang melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk pertama kali.
1989Kuala Lumpur mencapai "hat-trick" selepas memenangi pada 1987, 1988 dan 1989 dengan menewaskan pasukan yang sama iaitu Kedah.
1990Kedah menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali.
1992Pahang memperoleh gol seawal minit kedua perlawanan dimulakan dan keputusan 1-0 menentang Kedah kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Ia juga merupakan perlawanan antara pasukan utara dan pasukan pantai timur.
1993Kedah dibawah bimbingan jurulatih Robet Alberts mencipta kejuaraan berganda merangkul piala Malaysia buat kali ke-2 mengalahkan Singapura dengan 2-0 dan juga selaku juara liga tahap satu.
1994Aksi terakhir pasukan Singapura dalam kancah bolasepak Malaysia. Singapura menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini dan buat kali terakhir.
1995Jaringan kalah mati pertama oleh Selangor setelah terikat 0-0 dengan Pahang.
1996Aksi pertama daripada pasukan Borneo yang mana ia ialah perlawanan akhir antara Selangor dengan Sabah. Juara juga pertama kali ditentukan menerusi penalti setelah seri pada masa tambahan. Selangor menang penalti 5-3.
1998Perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.Perak menjuarai dengan menewaskan Terengganu.
1999Buat pertama kali dua pasukan dari kepulauan Borneo beraksi diperlawanan akhir antara Sarawak dan Brunei. Brunei menjuarai Piala Malaysia kali pertama dan Stadium Merdeka menjadi pentas Piala Malaysia yang terakhir.
2001Terengganu menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali dan Perlawanan Piala Malaysia Pertama Abad ke 21.
2003Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), pasukan berstatus kelab pertama memenangi Piala Malaysia.
2004Dua pasukan dari utara bertembung pada perlawanan akhir kali kedua antara Perlis dengan Kedah.
2005Selangor menjuarai Piala Malaysia kali ke 32. Selain itu mereka juga memenangi Piala Liga Perdana (liga tahap dua) dan juga Piala FA.
2007-2008Kedah menjuarai Piala Malaysia. Selain itu mereka juga memenangi Piala Liga Super dan juga Piala FA. Kedah juga satu-satunya pasukan di Malaysia yang berjaya menjadi juara "Double Treble" iaitu menjuarai treble untuk dua musim berturut-turut (2007/2008 dan 2008/2009)
2010Kelantan menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali.
2012Dua juara Liga Malaysia iaitu Juara Liga Super, Kelantan bertemu Juara Liga Perdana, ATM pada perlawanan akhir. Fakta menarik, kedua-dua pasukan ini dalam kumpulan yang sama dalam saingan peringkat kumpulan. Kelantan memenangi Piala Malaysia kali kedua disamping memenangi Piala Liga Super (liga tahap satu) dan juga Piala FA.
2013Pasukan Pahang FA berjaya menjadi juara piala malaysia buat kali yang 3 dan menamatkan kemarau kejuaran Piala Malaysia selama 21 tahun, kali terakhir menjadi juara Piala Malaysia Pada tahun 1992, dengan menewaskan Kelantan dengan keputusan 1 : 0
2015Selangor mencapai MISI 33 untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-33.
2016Kedah berjaya merampas Piala Malaysia daripada Selangor. Kedah menang dengan penentuan sepakan penalti (6:5). Lebih bermakna kejuaraan ini bersempena penamatan pemerintahan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2016
2017Johor Darul Ta'zim menjadi juara buat kali pertama sejak penjenamaan baharu pasukan tersebut pada tahun 2012 selepas menumpaskan juara bertahan Kedah 2 - 0.
2018Perak menamatkan penantian 18 tahun untuk menjadi juara Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu. 3 - 3 di masa tambahan.Perak menang melalui sepakan penalti 4:1

Rekod

RekodPasukanCatatan
Juara pertama Piala MalayaSingapura1921
Juara pertama Piala HMS MalayaSingapura1933
Juara pertama selepas PD2Negeri Sembilan1948
Juara pertama di Stadium MerdekaPerak1957
Juara pertama Piala MalaysiaPerak1967
Juara pertama di Stadium Shah AlamSingapura1994
Juara pertama di Stadium Bukit JalilPerak1998
Juara terakhir di Stadium MerdekaBrunei1999
Juara pertama abad ke-21Terengganu2001
Juara terbanyakSelangor33 kali, termasuk 2 kali juara bersama Singapura


RekodPasukanCatatan
Pasukan yang pernah menjuarai hatrikSingapura5 kali (1923-1924-1925), (1928-1929-1930), (1932-1933-1934), (1939-1940-1941) dan (1950-1951-1952)
Selangor4 kali (1927-1928-1929), (1961-1962-1963), (1971-1972-1973) dan (1995-1996-1997)
Kuala Lumpur1 kali (1987-1988-1989)
Pasukan kelab pertama bertandingJohor FC2000
Pasukan kelab pertama juaraMPPJ Selangor2003
Pasukan memasuki perlawanan akhir berturut-turut paling lamaSingapura1921-1941
Pasukan-pasukan berkongsi juaraSelangor & Singapura1928 dan 1929
Pasukan memasuki perlawanan akhir tapi tewas kesemuanyaATM3 kali (1949, 1966 dan 2012)
Sabah3 kali (1996, 2002 dan 2003)
Sarawak1999
Pasukan yang belum ke perlawanan akhirMelaka
Pasukan memasuki perlawanan akhir tiga kali berturut (atau lebih) tapi tidak menang kesemuanyaPerak2 kali (1959-1960-1961) dan (1970-1971-1972)
(kecuali Selangor dan Singapura)Pulau Pinang1 kali (1952-1953-1954)
Kedah2 kali (1987-1988-1989), (2015-2016-2017)
Perlis1 kali (2004-2005-2006)
Negeri Sembilan1 kali (2009-2010-2011)
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi semulaNegeri Sembilan61 tahun (1948-2009)
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi Piala MalaysiaKelantan89 tahun (1921-2010)
Jaringan pasukan terbanyak dalam perlawanan akhirSelangor8 gol (1933 dan 1968)
Singapura8 gol (1927)
Jaringan perlawanan terbanyak dalam perlawanan akhirSingapura - Selangor10 gol (1933)
Jaringan perlawanan terbesar dalam peringkat kumpulanSelangor - Terengganu18-0 (1963)
Penjaring terbanyak dalam perlawanan akhir Abdul Ghani Minhat4 gol (1961)
Penjaring terbanyak dalam satu perlawanan peringkat kumpulan Mohamad Che Su8 gol (1962 Kelantan - Pahang)
Perlawanan paling epik era moden dengan jumlah jaringan terbanyak dalam perlawanan timbal balik Separuh AkhirKedah - Pahang16 gol agregat ( 2019 - Std Darul Aman 3-3 , Std Darul Makmur 5-5 )
Penjaring-penjaring hatrik dalam perlawanan akhir (4 gol) Abdul Ghani Minhat(4 gol)1961
Penjaring-penjaring hatrik dalam perlawanan akhir (3 gol) S.Thanabalan
Ervin Boban
Abbas Saad
MPPJ Juan Manuel Aristegui
Bambang Pamungkas
1968
1991
1994
2003
2005
Jurulatih paling banyak memimpin pasukan juara Ken Worden
Dollah Salleh
Mohd Azraai Khor Abdullah
4 kali ( 1994, 1995, 1996 dan 2002)
3 kali ( MPPJ 2003, 2005 dan 2013)
3 kali ( 2007, 2008 dan 2011)
Pemain paling banyak juara dalam pasukan sama Allahyarham Mokhtar Dahari10 Gelaran (1972-1986)
Pemain paling banyak juara dalam pasukan berbeza Hairuddin Omar

Shukor Adan

3 pasukan ( 2001, 2009, 2010, 2011),

3 Pasukan ( 2002, 2005, 2009, 2011, 2021)

Pemain import membantu pasukan juara hatrik Mehmet Durakovic1995,1996 dan 1997

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar