Ahmad Razif Abd Rahman

ahli politik Malaysia

Dato' Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman merupakan bekas Menteri Besar Terengganu ke-14 dan ahli politik dari Barisan Nasional-UMNO. Beliau  dilahirkan di Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu pada 17 November 1965. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Dato' Seri

Ahmad Razif Abdul Rahman

SSMZ (Terengganu)
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk N11 Seberang Takir
Memegang jawatan
9 Mac 2008
Didahului olehMohd Shapian Ali
Majoriti9,340 (2018)
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
13 Mei 2013 – 10 Mei 2018
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Didahului olehAhmad Said
Digantikan olehAhmad Samsuri Mokhtar
Butiran peribadi
Lahir (1965-11-07) 7 November 1965 (umur 58)
Terengganu Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu
KerakyatanMalaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganTo' Puan Seri Hajah Halina Zakaria
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik, Guru
Laman web rasmihttp://ybrazif.blogspot.com/

Pilihan Raya Umum ke-13

Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berjaya mengekalkan kerusi yang disandang di DUN Seberang Takir selepas menang dengan mendapat 9,340 undi mengalahkan calon PAS, Mohd Fazil Wahab (7,456 undi) dan calon PKR, Abu Bakar Abdullah (939 undi).

Menteri Besar Terengganu ke-14

Pelantikan Ahmad Razif telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin  di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 9.18 malam, 13 Mei 2013.

Pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Krisis Politik Terengganu 2013

Pada awal perlantikan beliau berlaku krisis politik Terengganu di mana ia berlaku apabila 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional bertindak keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas dan antara yang keluar sementara menjadi ADUN Bebas ialah ADUN Bukit Besi, ADUN Ajil dan ADUN Kijal. Keadaan tersebut menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu hampir-hampir tumbang.

Darjah Kebesaran

Beliau menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 27 April 2014 dan telah ditarik balik gelaran tersebut pada 22 April 2016.[1]

Pada 8 Disember 2016, beliau telah dikurniakan kembali Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri setelah Tuanku Mizan mengampuni perkenan mengurniakan semula darjah kebesaran tersebut.[2]

Transformasi Terengganu Baharu

Selepas lebih sebulan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman memperkenalkan konsep Transformasi Terengganu Baharu sebagai satu pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri[3]. TTB mempunyai lapan (8) prinsip.[4]

Logo rasmi Transformasi Terengganu Baharu
  1. Inklusif (suara rakyat, suara keramat),
  2. Masjid dan surau sebagai sumber penyatuan
  3. keluarga bahagia, rakyat sejahtera;
  4. Integriti bersih dalaman dan luaran,
  5. Mesra tapi tegas,
  6. Disiplin kerja yang tinggi
  7. Seruan perpaduan
  8. Memperkasa pendidikan

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Terengganu: N11 Seberang Takir[5]
TahunUndiPtsPembangkangUndiPtsBuang UndiMajoritiKeluar
2008Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO)6,44061.24%Muzafeq Assyulzaifuzan Muhammad (PKR)4,01038.13%10,7182,43084.06%
2013Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO)7,73154.84%Zakaria Dagang (PAS)6,22144.13%14,3021,51088.22%
Ahmad Nazri Mohd Yusoff (IND)730.52%
2018Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO)9,34045.30%Mohd Fazil Wahab (PAS)7,45636.20%17,9961,88487.30%
Abu Bakar Abdullah (PKR)9394.60%


Penyandang TerdahuluMenteri Besar Terengganu
2013 – 2018
Penyandang Kemudian
Ahmad SaidAhmad Samsuri Mokhtar

Rujukan

🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahPedofiliaLaman UtamaRacun RihannaErysha EmyraKhas:CariTakdir Itu Milik AkuMetilena biruPeribahasa MelayuRuhainiesNoniswaraMuhamad Akmal SalehUndang Luak RembauMK K-CliqueKhas:Perubahan terkiniSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMalang Si PuteriUndang (Negeri Sembilan)Puaka Cuti SemesterInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHari WesakYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarEkosistemFitopemulihanMandi wajibBumiputeraPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaShaza BaeMalaysiaSheriff: Narko IntegritiQistina KhaledPeristiwa 13 MeiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDarurat Tanah MelayuNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimUniversiti Teknologi MARA