Barbenheimer

Barbenheimer[a] ialah fenomena menular di media sosial berikutan pengumuman tayangan dua filem pecah panggung Barbie dan Oppenheimer (kata lakur kededua tajuk filem) pada tarikh yang sama yakni 21 Julai 2023 di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Papan iklan tayangan "Oppenheimer" dan "Barbie" 2023 di panggung Scala Kino kota Hof, Bavaria

Keadaan cerita kededua filem yang sungguh berbeza—Barbie komedi fantasi tentang anak patung fesyen Barbie arahan Greta Gerwig—dan Oppenheimerdebaran biografi epik tentang ahli fizik J. Robert Oppenheimer, pengarah saintifik Projek Manhattan, yang membangunkan senjata nuklear pertama semasa Perang Dunia II arahan Christopher Nolan—mendorong kepada reaksi yang lucu dalam kalangan pengguna pengguna Internet, termasuk meme dan barangan cenderamata meraikan penayangan serentak ini. Polygon menyifatkan kedua-dua filem itu sebagai "bertentangan melampau", dan Variety menamakan fenomena itu sebagai "peristiwa filem tahun ini".[3]

Catatan

Rujukan

Bacaan lanjut