Charlie Brooker

Penyampai. penulis dan penerbit televisyen Inggeris

Charlton "Charlie" Brooker (lahir 3 Mac 1971) ialah seorang penulis satira dan lakon layar, penerbit dan pengacara televisyen dari England, United Kingdom. Beliau terlibat dalam beberapa program terkenal termasuk Brass Eye, The 11 O'Clock Show, dan Nathan Barley serta merupakan pencipta dan pengarah bersama siri Black Mirror.

Charlie Brooker
Brooker pada Mac 2011
Kelahiran
Charlton Brooker

(1971-03-03) 3 Mac 1971 (umur 53)
Reading, England
Pekerjaan
  • Kolumnis
  • penulis lakon layar
  • pengacara
Tahun aktif1998–kini
PasanganKonnie Huq (k. 2010)
Anak-anak2

Awal hidup

Charlton Brooker[1] lahir pada 3 Mac 1971 kepada sebuah keluarga Quaker[2] di Reading, Berkshire.[3] Beliau kemudiannya dibesarkan di Brightwell-cum-Sotwell, Oxfordshire.[2] Beliau pertama kali menulis untuk majalah kanak-kanak Oink! pada dekad 1980-an.[4]

Kerjaya penulisan

Brooker pernah menulis serta mengkarya lerang komik untuk majalah for PC Zone pada pertengahan dekad 1990-an.[5] Penglibatan beliau pernah menyebabkan kontroversi dengan terbitnya sebuah komik provokatif dikaryakan beliau berjudul "Helmut Werstler's Cruelty Zoo" mensatirakan francais permainan video Tomb Raider - penerbitan tersebut begitu mengejutkan sehingga memaksa banyak penjual akhbar menarik balik penjualan majalah tersebut.[6]

Beliau mula menulis ulasan program televisyen untuk bahagian hiburan akhbar The Guardian dari 2000 sehingga Oktober 2010. Di akhbar ini juga beliau menulis beberapa kolum khas seperti "Supposing" (sejak 2005) dan "Screen Burn"[7][8]

Kerjaya televisyen dan filem

Pada tahun 2006, beliau menghasilkan rancangan kritikan media Charlie Brooker's Screenwipe untuk saluran BBC Four. Sebuah program berupa sama untuk laporan berita berjudul Newswipe muncul dalam dua siri dari 2009 hingga 2010. Beliau turut paling dikenali membuat rancangan tahunan mengulas kejadian yang berlaku sepanjang tahun dari tahun 2010 melalui 2010 Wipe [9][10][11][12][13] sehingga 2016.[14] Beliau terpaksa menghentikan seketika siri ini sejak tahun 2017 kerana kesibukan jadualnya menguruskan siri televisyen Black Mirror serta beberapa projek lain.[15]

Pada 2022, beliau menerbitkan siri mockumentary bertajuk Cunk On Earth untuk BBC dan Netflix memaparkan watak wartawan Philomena Cunk yang meranting dari siri Weekly Wipe dihasilkan beliau sebelumnya.[16]

Filemografi

Sebagai pengacara

  • 10 O'Clock Live (2011–2013)
  • Charlie Brooker's Screenwipe (2006–2008)
  • Newswipe with Charlie Brooker (2009–2010)
  • How TV Ruined Your Life (2011) - juga sebagai pencipta
  • How Videogames Changed the World (2013)
  • Charlie Brooker's Weekly Wipe (2013–2016, 2020)[17][16]

Sebagai penulis

  • The 11 O'Clock Show (1999–2000) - 4 episod
  • Black Mirror (2011–kini)
  • Cunk on Earth (2022)[16][18] - bersama, juga sebagai penerbit eksekutif

Karya penulisan

Rujukan

Pautan luar