Chelidae

(Dilencongkan dari Chelodininae)

Chelidae adalah salah satu daripada tiga keluarga kura-kura dari suborder Pleurodira. Mereka dikenali sebagai kura-kura leher sisi Austro-Amerika Selatan,[2] kerana kesemua kura-kura ini mendiami kebanyakan kawasan hemisfera selatan bumi merangkumi Australia, New Guinea, sebahagian Indonesia, dan sepanjang benua Amerika Selatan. Semua kura-kura ini berasal dari zaman Cretaceous dan mendiami benua Gondwana pada masa dahulu.[3]

Chelidae
Julat zaman: Albian–Kini
Chelus fimbriatus
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Suborder:Pleurodira
Keluarga:Chelidae
Gray, 1831[1]
Unrecognised rank: familia fix

Lihat Teks

Ciri-ciri

Berbeza dengan kura-kura dari suborder kriptodira, Kura-kura ini dikenali sebagai pleurodira kerana membengkokkan kepalanya ke sisi. Mereka ialah hidupan akuatik, mempunyai kaki berselaput renang dan boleh berada di dalam air dalam jangka masa yang lama. Kura-kura berleher ular, (genus Chelus, Chelodina, dan Hydromedusa) bergantung diet kepada hidupan seperti ikan, invertebrata, dan gastropoda. Manakala selainnya, yang berleher pendek lebih bersifat maun, iaitu menjadikan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sebagai makanan.

Sesetengah spesies seperti Elseya dan Rheodytes yang bersifat akuatik sepenuhnya mempunyai kebolehan respirasi kloaka.[4] Bagaimanapun, sesetengah spesies, seperti Kura-kura Leher Ular (Chelodina longicollis) dari Australia menghabiskan kebanyakan masa di atas darat berbanding di dalam air.

Ahli dari keluarga Chelidae mempunyai saiz yang berbeza-beza. Kura-kura Sungai Murray (Emydura macquarii) mempunyai saiz yang agak kecil, iaitu 16cm,[5] Kura-kura Leher Putar (Platemys platycephala) pula bersaiz sekitar 18cm dan Kura-kura Paya Barat (Pseudemydura umbrina) hanya 15cm. Manakala spesies yang lebih besar seperti Mata mata (Chelus fimbriata) dan Kura-kura Sentap Leher Putih (Elseya albagula) kedua-duanya boleh mencecah sehingga melebihi 45cm panjang.[6]

Morfologi cangkerang

Setiap ahli dari keluarga Chelidae mempunyai morfologi cangkerang yang unik. Karapas mereka mempunyai pendedahan permukaan yang rendah daripada tulang saraf,[7] disebabkan oleh otot longissimus dorsi.[8]

Bahagian dalam karapas menjadi penyangga sebagai mekanisme pertahanan, iaitu meningkatkan kekuatan cangkerang daripada pukulan dan gigitan. Bagaimanapun Thomson (2003[8]) mengatakan ia berpunca daripada pengambilan makanan dan mencegah kilasan dalaman cangkerang. Haiwan ini tidak memiliki mesoplastra, yang menjadikan mereka berbeza daripada Pelomedusidae.

Skut dan elemen tulang karapas Chelidae

Mempunyai skut servik, walaupun tidak ada pada spesies Elseya dan Myuchelys. Selain itu, karapasnya mempunyai empat kostal, lima vertebral dan 12 pasang marginal. Di bahagian dalam, karapasnya terdiri daripada lapan pasang pleural, 11 pasang periferal, satu nuchal pada bahagian depan dan satu suprapygal dan pygal di belakang cangkerang. Mempunyai neural, yang menjadi elemen pada permukaan tulang belakang.[7]

Skut dan elemen tulang plastron Chelidae

Plastron Chelidae tidak mempunyai engsel seperti Kriptodira. Bentuk skutnya yang unik mudah untuk membezakan ciri-ciri Pleurodira. Semua Kriptodira mempunyai 12 skut plastral, manakala Pleurodira mempunyai 13. Lebihan skut ini dipanggil intergular. Manakala kesemua struktur skut yang lain sama pada semua kura-kura: sepasang gular, humeral, pektoral, abdominal, dan anal. Elemen tulang terdiri daripada entoplaston, sepasang epiplastra, entoplastra, hyoplastra, hypoplastra dan xiphiplastra (Pritchard & Trebbau, 1984).[9]

Klasifikasi

Seekor Mata mata, Chelus fimbriatus

Pelbagai teori mengenai ahli dalam keluarga Chelidae telah diketengahkan. Cubaan terawal, bermula era 1970an iaitu dengan mengelaskan berdasarkan sifat-sifat umum mereka, seperti Prinsip pisau Occam bagi menentukan tiga genus kura-kura berleher panjang (Chelodina, Chelus, dan Hydromedusa), yang dikatakan mempunyai pertalian.[10] Pendapat ini diterima, dan sering diselia rapi,[11] kerana perbezaan besar di antara genus tersebut menunjukkan mereka berevolusi secara terasing antara satu sama lain, di mana biarpun mereka mempunyai leher panjang, namun struktur dan fungsinya adalah berbeza.

Sebahagian besar set data tambahan dibangukan menggunakan elektroforesis dan analisis nuklear dan mtDNA; menunjukkan wujud evolusi terasing antara ketiga-tiga klad kura-kura berleher panjang ini.[12][13] Kemuncaknya adalah ketika keputusan analisis semula data morfologi data yang menunjukkan perubahan diet setiap klad yang bersifat piskivor (pemakan ikan),[14] Thomson, 2000.[15] Subkeluarga dalam keluarga Chelidae menunjukkan terdapat monofili kebanyakan spesies Amerika Selatan dan kesemua spesies Australia, dengan Hydromedusa adalah takson saudara mereka.

Keluarga Chelidae mengandungi lebih kurang 60 spesies dengan lebih dua puluh genus:[12]

Suborder Pleurodira

  • Keluarga Pelomedusidae
  • Keluarga Podocnemididae
  • Keluarga Chelidae (Gray, 1831)[1]
    • Sukeluarga Chelodininae (Baur 1893)[16]
      • Genus †Birlimar (Megirian and Murray 1999)[17]
      • Genus Chelodina (Fitzinger 1826) – Kura-kura Leher Ular Australia
      • Genus Elseya (Gray 1867) – Kura-kura Sentap Australia[18]
      • Genus Emydura (Bonaparte 1836) – Kura-kura Leher Pendek Australia
      • Genus Elusor, (Cann & Legler, 1994)[19] – Kura-kura Sungai Mary
      • Genus Flaviemys (Le et al., 2013)[20] – Kura-kura Muka Kuning Punggung Gergaji
      • Genus Myuchelys (Thomson & Georges 2009)[21] – Kura-kura Punggung Gergaji
      • Genus Rheodytes (Legler and Cann, 1980)[22] – Kura-kura Sungai Fitzroy
    • Subkeluarga Chelinae (Gray, 1825)[23]
      • Genus Chelus (Duméril 1806)Mata mata
      • Genus Acanthochelys (Gray, 1873)[24] – Kura-kura Paya Leher Sisi Amerika Selatan
      • Genus Mesoclemmys – Kura-kura Gibba
      • Genus Phrynops – Kura-kura Kepala Katak
      • Genus Platemys (Wagner 1830) – Kura-kura Kepala Datar
      • Genus Rhinemys – Kura-kura Kepala Merah Leher Sisi
      • Genus †Bonapartemys (Lapparent de Broin and de la Fuente 2001)[25]
      • Genus †Lomalatachelys (Lapparent de Broin and de la Fuente 2001)[25]
      • Genus †Prochelidella (Lapparent de Broin and de la Fuente 2001)[25]
      • Genus †Palaeophrynops (Lapparent de Broin and de la Fuente 2001)[25]
      • Genus †Parahydraspis (Wieland 1923)[26]
      • Genus †Linderochelys (de la Fuente et al. 2007)
    • Subkeluarga Hydromedusinae (Baur, 1893)[27]
      • Genus Hydromedusa (Wagler 1830) – Kura-kura Leher Ular Amerika Selatan
      • Genus †Yaminuechelys (de la Fuente et al. 2001)
    • Subkeluarga Pseudemydurinae (Zhang et al., 2017)[28]

Filogeni

Phrynops geoffroanus

Hubungan ini adalagh berdasarkan Georges et al., 2014.[30]

    Chelidae    
                      Hydromedusinae          

  Hydromedusa

  Chelinae    

  Chelus

  Phrynops

  Rhinemys

  Mesoclemmys

  Platemys

  Acanthochelys

  Chelodininae    

  Chelodina

  Pseudemydura

  Elusor

  Rheodytes

  Flaviemys

  Elseya

  Emydura

  Myuchelys

Rujukan

Pautan luar dan bacaan lanjut