Kura-kura Sungai Amerika Tengah

(Dilencongkan dari Dermatemys)

Kura-kura Sungai Amerika Tengah (Dermatemys mawii), juga dikenali sebagai hickatee atau tortuga blanca (kura-kura putih),[8] satu-satunya spesies hidup dari keluarga Dermatemydidae. mempunyai saudara terdekat dengan 19 genus yang kini telah menjadi fosil dari zaman Jurasik dan Cretaceous.[8] Spesies ini dijumpai di kawasan sungai berhampiran perairan Atlantik di Amerika Tengah, iaitu selatan Mexico, Belize dan Guatemala.[8] Bersaiz agak besar 60 cm (24 in) dan berat sehingga 22 kg (49 lb); Rekod tekini, mengesahkan terdapat individu dengan berat 14 kg (31 lb) di Mexico atau 11 kg (24 lb) di Guatemala.[8]

Kura-kura Sungai Amerika Tengah
Spesimen dari Zoo Prague
Pengelasan saintifik e
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Klad:Americhelydia
Keluarga:Dermatemydidae
Genus:Dermatemys
Gray, 1847[2]
Spesies:
D. mawii
Nama binomial
Dermatemys mawii
Gray, 1847[2]
Sinonim[7]
  • Dermatemys mawii Gray 1847:55[2]
  • Emys berardii Duméril & Bibron 1851:11[3]
  • Dermatemys abnormis Cope 1868:120[4]
  • Dermatemys salvinii Gray 1870b:50[5]
  • Limnochelone micrura Werner 1901b:298[6]

Etimologi

Nama mawii, adalah penghormatan kepada seorang pengumpul haiwan, Lieutenant Mawe of the British Navy.[9]

Ciri-ciri

D. mawii mempunyai cangkerang belakang (karapas), yang rendah, hampir rata, licin. Mempunyai warna coklat, hampir gelap, kelabu atau zaitun.[8] Cangkerang perut (plastronnya) pula berwarna putih kekuningan.[8] Anak Kura-kura yang lebih kecil mempunyai jungkir di tengah-tengah karapas, dan semakin hilang apabila dewasa. Warna kulitnya sama dengan cangkerang, dengan tanda seakan-akan merah di sepanjang leher dan bawahnya. Kura-kura jantan mempunyai tanda kuning pada sisi kepalanya dan berekor panjang berbanding betina.

Perlakuan dan Habitat

D. mawii ialah haiwan nokturnal, akuatik yang mendiami kawasan singai dan tasik di Amerika Tengah, sepanjang selatan Mexico ke sempadan Guatemala-Honduran border.[8] Bersifat akuatik sepenuhnya dan hanya meninggalkan kawasan air untuk bertelur atau berjemur sahaja

Diet

D. mawii bersifat maun; makan bunga dan tumbuh-tumbuhan.[8]

Rujukan

Templat:Dermatemydidae