Donny Alamsyah

pelakon lelaki Indonesia

Donny Alamsyah (lahir 7 Disember 1978) ialah seorang pelakon Indonesia, yang paling terkenal kerana peranannya dalam filem-filem aksi Merantau (2009) dan The Raid (2011). Beliau menjadi terkenal di Indonesia menerusi penampilannya dalam filem drama jenayah 2006 9 Naga.[3][4]

Donny Alamsyah
Kelahiran (1978-12-07) 7 Disember 1978 (umur 45)
WarganegaraIndonesia
Nama lainDoni Alamsyah
PekerjaanPelakon, pakar seni mempertahankan diri
Tahun aktif2005–kini
PasanganPutri Anggiareni (k. 2009)[1]
Anak-anak1[2]

Kehidupan awal

Donny dilahirkan di Jakarta pada 7 Disember 1978. Beliau mula mengamalkan seni mempertahankan diri sejak usia kecil. Bapanya merupakan pelatih pencak silat Cimande, memotivasi Donny yang berusia 4 tahun untuk belajar seni mempertahankan diri. Beliau kemudian belajar pelbagai seni mempertahankan diri untuk mencari sesuatu yang sesuai dengannya. Semasa di sekolah rendah, beliau mempelajari karate. Di sekolah menengah, beliau mendalami ilmu kung fu. Semasa sekolah tinggi, beliau belajar Muay Thai, kemudian terus Wing Chun, gusti, tinju, dan aikido.[3][5]

Kerjaya

Kerjaya lakonannya bermula bermula ketika beliau membintangi filem Gie (2005), yang juga dibintangi oleh Nicholas Saputra. Pada tahun 2004, beliau sering menemani rakannya yang pergi untuk menghadiri uji bakat dalam filem Gie. Pada akhirnya, beliau diminta untuk menyertai dalam filem itu dan mendapat peranan di dalamnya.[3] Filem kedua, 9 Naga, pada asasnya menonjolkan reputasinya sebagai pelakon yang menjanjikan. Sejak itu, beliau telah menerima banyak tawaran berlakon. Beliau membintangi beberapa filem aksi yang memerlukannya bersaing, seperti Merah Putih, Merantau, Darah Garuda dan The Raid. Beliau juga membintangi beberapa video muzik dari Ungu, Ari Lasso, Andra and the BackBone dan banyak lagi. Beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Fiilem Indonesia 2008 bago peranannya sebagai Bari (seorang penulis) dalam filem Fiksi, tewas kepada Vino G. Bastian (Radit dan Jani).

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Putri Anggiareni pada 5 Jun 2009. Pasangan ini mempunyai seorang anak.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatanRuj.
2005GieJaka[3]
20069 NagaDonny[6]
2007Sang DewiAliang[7]
2007Dead Time: Kala[8]
2007SelamanyaIpul[9]
2008Fiksi.Bari[10]
2008Takut: Faces of FearAndreOn Show Unit segment[11]
2008DrupadiAdipati Karna[12]
2009MerantauYayan[13]
2009Merah PutihTomasMerah Putih Trilogy[14]
2010Minggu Pagi di Victoria ParkVincent[15]
2010Darah GarudaTomasMerah Putih Trilogy[14]
2011Hati MerdekaTomasMerah Putih Trilogy[14]
2011The RaidAndi[16]
2012Negeri 5 MenaraUstadz Salman[17]
2012Cinta di Saku CelanaAhmad[18]
2012Cita-Citaku Setinggi TanahEmployee of Padang
cuisine restaurant
[19]
2013Kisah 3 TitikAnto[20]
2013Get M4rriedSurgeonPenampilan kameo[21]
2014The Raid 2Andi[22]
2015Di Balik 98Bagus[2]
2015Comic 8: Casino Kings Part 1Isa[23]
2015Bulan di Atas KuburanTigor[4]
20153 (Alif, Lam, Mim)Bima[24]
2015SkakmatDito[25]
2016Comic 8: Casino Kings Part 2Isa[26]
2016IsengLudi[27]
2016Pinky Promise[28]
2017Promise[29]
2017Night BusHaidar[30]
2017KL WanganWazi[31]
2018Insya Allah Sah 2Gani[32]
2018Buffalo BoysYoung Arana[33]
2019GundalaFadli Aziz
2019ZhafaFurqon Ali
2019Darah DagingSalim
2019KL VampiresAgus

Televisyen

TahunTajukWatakSaluran TVCatatanRuj.
2018Heaven and HellChris' direct higher-upHOOQ[34]

Rujukan

Pautan luar