KL Wangan

Filem aksi Malaysia 2017 arahan Pekin Ibrahim

KL Wangan (juga dikenali sebagai KL Wangan: Bikin Gempak) merupakan filem aksi Malaysia 2017 diarahkan oleh Pekin Ibrahim.[1] Ia merupakan filem kedua arahannya selepas Mat Moto, dibintangi oleh Pekin sendiri, Faizal Hussein, Kazuto Soon dan Emily Lim.[2]

KL Wangan
PengarahPekin Ibrahim
PenulisPekin Ibrahim
Dihasilkan oleh
  • Rain Aziz
  • Sean Rahman
  • Pekin Ibrahim
  • Abu Zarin Haron (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Muzik olehSebastien Pan
Syarikat
penerbitan
Centro Pictures
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 21 Disember 2017 (2017-12-21) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 7.1 juta
Pecah panggungRM 1 juta

Sinopsis

Filem ini berkisarkan tentang Hong dan Yudi yang berkongsi sejarah mengenai lumba kereta jalanan, dari kereta biasa sehinggalah kereta berkuasa tinggi. Selepas bertahun membawa haluan masing-masing, kedua-dua sibuk mengembangkan perniagaan mereka. Satu hari, mereka secara tidak sengaja bertemu semula di satu perlumbaan tanpa menyedari mereka bersaing sesama sendiri.

Pelakon

Pelakon undangan

Penerbitan

KL Wangan merupakan filem kedua arahan Pekin Ibrahim di dalam kerjayanya sebagai pengarah filem dan ia juga filem sulung terbitan syarikat miliknya, Centrino Pictures. "Wangan" ialah perkataan bahasa Mandarin atau Cina yang bermaskud pelumba malam. Menurut laporan Harian Metro, kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM7.1 juta dengan penambahan hampir mencecah RM200, 000 dari jumlah kos asal.[3]

Filem ini menampilkan penampilan khas daripada ramai pelakon terkenal termasuk Dato' Yusof Haslam dan juga pelakon aksi Indonesia, Donny Alamsyah yang pernah membintangi filem Merantau dan The Raid. Ditanya mengenai pemilihan Donny sebagai pelakon untuk filem arahannya, Pekin berkata beliau bertemu dengan Donny semasa Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) yang diadakan di Sarawak. Faizal Hussein yang terkenal dengan peranan lakonan drama dan filem, memegang watak sebagai Yudi, beliau mengakui watak Yudi merupakan sesuatu yang menjadi kehendaknya ketika proses pra-penerbitan filem ini dijalankan. Ini merupakan kali kedua beliau dan Pekin bekerjasama selepas Bunohan.[4] Kereta yang digunakan dalam filem Fast & Furious membuat kemunculan khas dalam filem ini.[5]

Keluaran dan sambutan

KL Wangan telah ditayangkan secara rasmi pada 21 Disember 2017 di pawagam seluruh Malaysia. Bagi mempromosikan filem ini, Pekin mengetuai sesi jelajah promosi bersama barisan pelakon di 20 lokasi menarik di seluruh negara.[6]

Muzik

Lagu tema filem ini menggunakan judul sama, dinyanyikan oleh Altimet.[7]

Rujukan

Pautan luar