Ender's Game (filem)

Ender's Game ialah sebuah filem cereka sains fiksyen aksi Amerika Syarikat 2013 berdasarkan novel berjudul sama karya Orson Scott Card. Ditulis dan diarahkan oleh Gavin Hood, Filem ini dibintangi Asa Butterfield sebagai watak utamanya Andrew "Ender" Wiggin serta sebarisan pelakon termasuk Harrison Ford, Hailee Steinfeld, Viola Davis, Abigail Breslin dan Ben Kingsley.

Ender's Game
PengarahGavin Hood
Lakon layarGavin Hood
BerdasarkanEnder's Game oleh
Orson Scott Card
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiDonald McAlpine
Disunting olehZach Staenberg
Lee Smith
Muzik olehSteve Jablonsky
Syarikat
penerbitan
  • Chartoff Productions
  • Taleswapper
  • OddLot Entertainment
  • K/O Paper Products
  • Digital Domain
Diedarkan olehSummit Entertainment
Lionsgate Films
Tarikh tayangan
  • 24 Oktober 2013 (2013-10-24) (Jerman)
  • 01 November 2013 (2013-11-01) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
114 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
Bahasabahaa Inggeris
Bajet$110 juta[2]
Pecah panggung$125.5 juta[3]

Filem ini ditayangkan di Jerman pada 24 Oktober 2013 disusuli dengan tayangan di United Kingdom dan Ireland sehari kemudian.[4] Ia ditayangkan di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara lain pada November 1, 2013 dan ditayangkan di wilayah-wilayah lain pada bulan Januari 2014.

Plot

Pada masa hadapan, makhluk asing telah menyerang bumi. Sebagai persedian untuk serangan seterusnya, Colonel Graff dan Tentera Antarabangsa berusaha untuk mencari seorang pemimpin masa depan yang boleh menyelamatkan umat manusia. Ender Wiggin, aseorang pemalu tetapi mempunyai minda strategik cemerlang, direkrut untuk menyertai golongan elit, di mana dia dilatih untuk memimpin askar rakan-rakan dalam pertempuran hebat yang akan menentukan masa depan Bumi.

Barisan pelakon

  • Asa Butterfield sebagai Andrew "Ender" Wiggin.[5]
  • Harrison Ford sebagai Colonel Hyrum Graff.[6] E
  • Ben Kingsley sebagai Mazer Rackham.[7]
    • Kyle Russell Clements as Young Mazer Rackham
  • Hailee Steinfeld sebagai Petra Arkanian[8]
  • Abigail Breslin sebagai Valentine Wiggin[6]
  • Viola Davis sebagai Major Gwen Anderson,[9]
  • Aramis Knight sebagai Bean[6]
  • Suraj Parthasarathy sebagai Alai[6]
  • Moisés Arias sebagai Bonzo[6]
  • Khylin Rhambo sebagai Dink[6]
  • Conor Carroll sebagai Bernard[6]
  • Nonso Anozie sebagai Sergeant Dap[10]
  • Jimmy Pinchak sebagai Peter Wiggin[6]
  • Stevie Ray Dallimore sebagai John Paul Wiggin[10]
  • Andrea Powell as Theresa Wiggin[10]
  • Caleb J. Thaggard sebagai Stilson.[11]
  • Jasmine Kaur sebagai Professor [12]
  • Tony Mirrcandani sebagai Admiral Chamrajnagar
  • Brandon Soo Hoo sebagai Fly Molo[7]
  • Cameron Gaskins sebagai Pol Slattery
  • Orson Scott Card sebagai Pilot (kameo)[13]
  • Gavin Hood sebagai Giant (kameo)

Tayangan

Filem ini mengutip $61,737,191 di peringkat domestik dan $63,800,000 di peringkat antarabangsa dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $125,537,191, hanya sedkit di atas bajet produksi sebanyak $110 juta.[3] Variety magazine listed Ender's Game as one of "Hollywood's biggest box office bombs of 2013" when it had made $87 million.[14]

Ender's Game menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Di Rotten Tomatoes, filem ini mempunyai skor 60% berdasarkan 196 ulasan dengan purata rating 6 daripada 10. Di Metacritic, filem ini mendapat skor 51 daripada 100 berdasarkan 39 pengkritik.[15]

Rujukan

Bacaan lanjutan

Pautan luar

Pautan lain