Harrison Ford

Harrison Ford (lahir 13 Julai 1942) ialah seorang pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat. Beliau terkenal kerana peranan beliau sebagai Han Solo dalam trilogi asal Star Wars dan watak tajuk dalam siri filem Indiana Jones. Beliau memenangi Anugerah Saturn pada tahun 1981 dan Anugerah Bambi pada tahun 1997.

Harrison Ford
Harrison Ford di Comic-Con International 2015
mempromosikan Star Wars: The Force Awakens
Kelahiran (1942-07-13) 13 Julai 1942 (umur 81)
WarganegaraAmerika
PekerjaanPelakon
Penerbit
PasanganCalista Flockhart

Kehidupan awal

Ford dilahirkan pada 13 Julai 1942 di Chicago, Illinois, USA. Keluarganya mempunyai keturunan Ireland, Jerman, Rusia dan Yahudi. [1] Beliau belajar di Sekolah Tinggi Timur Maine di Park Ridge, Illinois dan di Kolej Ripon yang terletak di Wisconsin.

Kerjaya

Sebelum beliau menjadi pelakon, beliau bekerja sebagai seorang tukang kayu semasa tahun 1970-an. [2] Beliau ialah salah seorang pelakon yang paling berjaya di dunia. Dalam tahun-tahun awal, dia pergi berjumpa dengan Harrison J. Ford untuk menghentikan kekeliruan antara beliau dan pelakon filem senyap Harrison Ford. [3][4] Filemnya mendapat keuntungan di seluruh dunia sebanyak $5.65 bilion USD. Beliau paling dikenali untuk peranan sebagai Han Solo dari Star Wars dan sebagai Indiana Jones dalam keempat-empat filem Indiana Jones. Sejak itu beliau membentuk hubungan dengan kedua-dua kerjaya bersama dengan Steven Spielberg dan George Lucas.

Kehidupan peribadi

Ford telah berkahwin dengan Mary Marquardt dari tahun 1964 sehingga mereka bercerai pada tahun 1979. Kemudian beliau berkahwin dengan Melissa Mathison dari 1983 sehingga mereka bercerai pada tahun 2004. Kemudian beliau berkahwin dengan Calista Flockhart pada tahun 2010. Beliau mempunyai dua anak lelaki, Benjamin dan Willard dengan Marquardt dan seorang anak lelaki, Malcolm dan seorang anak perempuan, Georgia dengan Mathison. Ford kini menetap di Los Angeles, California.

Filemografi

Anugerah dan penghargaan

Bintang Ford di Laluan Kemasyhuran Hollywood

Ford menerima pencalonan di Anugerah Akademi bagi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Witness, yang mana beliau juga dianugerahkan "Pelakon Terbaik" BAFTA dan pencalonan Anugerah Golden Globe. Beliau menerima pencalonan di Anugerah Cecil B. DeMille di Anugerah Golden Globe 2002 dan pada 2 Jun 2003, beliau menerima bintang Hollywood Walk of Fame. Beliau telah menerima pencalonan anugerah tambahan "Best Actor" untuk The Mosquito Coast, The Fugitive dan Sabrina.

Beliau menerima Hero Award yang pertama bagi kebanyakan peranan ikoniknya, termasuk Indiana Jones dan Han Solo, di Anugerah Scream 2007 dan pada 2008, Spike TV's Guy's Choice Award untuk Brass Balls.[5][6] Kedua-dua peranan tersebut melayakkannya menerima dua Anugerah Saturn bagi Pelakon Terbaik pada 1981 dan 2015.

Ford telah diberi penghargaan beberapa kali atas penglibatannya dalam penerbangan awam, menerima Anugerah Living Legends of Aviation dan Anugerah EAA Freedom of Flight pada 2009,[7][8] Trofi Peringatan Wright Bersaudara pada 2010,[9] dan Anugerah Kemanusiaan Al Ueltschi pada 2013.[10] Pada 2013, Flying Magazine menyenaraikannya nombor 48 dalam senarai 51 Heroes of Aviation.[11]

Harrison Ford menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AFI pada 2000.[12]

TahunPersatuanKategoriKaryaKeputusan
1977Saturn AwardsBest ActorStar WarsTercalon
1981Raiders of the Lost ArkMenang
1984Indiana Jones and the Temple of DoomTercalon
1985Academy AwardsBest ActorWitnessTercalon
BAFTA AwardsBest Actor in a Leading RoleTercalon
Golden Globe AwardsBest Actor – Motion Picture DramaTercalon
1986The Mosquito CoastTercalon
1989Saturn AwardsBest ActorIndiana Jones and the Last CrusadeTercalon
1993Golden Globe AwardsBest Actor – Motion Picture DramaThe FugitiveTercalon
MTV Movie AwardsBest Performance – MaleTercalon
1995Golden Globe AwardsBest Actor – Motion Picture Musical or ComedySabrinaTercalon
1997MTV Movie AwardsBest Fight (vs. Gary Oldman)Air Force OneTercalon
1998People's Choice AwardsFavorite Motion Picture ActorSix Days Seven NightsMenang
1999Favorite Motion Picture ActorRandom HeartsMenang
2000Favorite Motion Picture ActorWhat Lies BeneathTercalon
2006Jules Verne AwardAchievementMenang
2009People's Choice AwardsFavorite Male Movie StarIndiana Jones and the Kingdom of the Crystal SkullTercalon
Saturn AwardsBest ActorTercalon
2011Best Supporting ActorCowboys & AliensTercalon
2013Satellite AwardsBest Supporting Actor – Motion Picture42Tercalon
San Francisco Film Critics CircleBest Supporting ActorTercalon
St. Louis Gateway Film Critics AssociationBest Supporting ActorTercalon
2016Saturn AwardBest ActorStar Wars: The Force AwakensMenang

Rujukan

Pautan luar