Frigat kelas Lupo

Kelas-Lupo adalah sebuah kelas frigat yang dibina oleh firma Cantieri Navali Riuniti (CNR) untuk kegunaan Tentera Laut Itali. Ia telah direka sebagai sebuah kapal perang pelbagai peranan dengan penekanan diberikan untuk penugasan peperangan anti permukaan (ASuW). Kelas ini juga menikmati beberapa kejayaan dalam pasar eksport dengan perolehan telah dibuat oleh Peru dan Venezuela. Terdapat juga pembinaan sejumlah kecil kapal dengan versi yang telah ditingkat upaya yang dikenali sebagai kelas-Soldati.

Frigat BAP Carvajal milik Tentera Laut Peru semasa dalam pelayaran di Laut Selatan pada tahun 2010
Ringkasan kelas
Nama:Kelas Lupo
Pembina:
Pengguna:
Didahului oleh: kelas Alpino
Diganti oleh: kelas Maestrale
Sub-kelas:
  • Kelas-Carvajal
  • Kelas-Mariscal Sucre
  • Kelas-Artigliere (Soldati)
Ditauliahkan:1977
Dirancang:18
Disiapkan:18
Aktif:14
Dibaringkan:1
Dipulihara:3
Ciri-ciri umum
Jenis:Frigat peluru berpandu
Sesaran:2.506 t (2.466 long ton) muatan penuh
Panjang:113.2 m (371 ka) LOA
Lunas:11.3 m (37 ka)
Draft:3.7 m (12 ka)
Jana kuasa:
Halaju:
  • 35 kn (65 km/j) dengan turbin gas
  • 21 kn (39 km/j) dengan diesel
Jarak:4,300 nmi (8,000 km) pada 16 kn (30 km/j)
Anak kapal:185 (20 pegawai)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • - Sistem pengurusan tempur Selenia SADOC 2
  • - 1 x radar amaran awal Selenia SPS-774 (RAN-10S)
  • - 1 x radar pencari permukaan Selenia SPQ-2F CORA OTH
  • - 1 x radar pencari permukaan/udara Selenia SPS-702 (or RAN-11L/X)
  • - 1 x radar kawalan tembakan Selenia SPG-70 (RTN-10X)
  • - 1 x radar kawalan tembakan Raytheon Mk 95
  • - 2 x radar kawalan tembakan Selenia SPG-74 (RTN-20X)
  • - 1 x radar navigasi GEM Elettronica AN/SPN-748
  • - sonar badan Raytheon DE 1160B (SQS-56)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • - sistem ESM SLR-4
  • - sistem ESM SLQ-D
  • - pengumpan torpedo AN/SLQ-25 Nixie
  • - 2 x pelancar pengumpan Breda SCLAR
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:1 x helikopter AB-212ASW
Kemudahan penerbangan:
  • Flight deck: 25.2 m × 11.3 m (83 ka × 37 ka)
  • Hangar teleskopik untu sebuah helikopter bersaiz sederhana

Rekabentuk

Pada awal tahun 1970-an, Tentera Laut Itali berhadapan dengan peningkatan kehadiran tentera laut Soviet di Laut Mediterranean yang membawa ancaman kepada garis komunikasi laut selain garis pantainya yang luas. Bagi menepis ancaman ini, Itali memulakan sebuah program pembesaran tentera laut yang mana termasuk perolehan kapal-kapal frigat yang memfokuskan pada peperangan anti permukaan (kelas-Lupo) dan peperangan anti kapal selam ( kelas Maestrale).

Untuk bahagian pertama program ini, CNR telah mencadangkan sebuah rekabentuk sebuah frigat seberat 2,500-tan berkelajuan tinggi dan dilengkapi dengan persenjataan berat. Kapal ini akan menggunakan sistem penjana kuasa pendorongan CODOG untuk mencapai halaju 35 knot, menjadikan ia sebagai salah sebuah kapal perang terlaju pada waktu itu. Antara sistem persenjataan termasuk 8 SSM, 8 SAM, beberapa sistem meriam, 2 tiub torpedo berkembar tiga dan sebuah helikopter ASW, yang mana setara dengan persenjataan yang dibawa oleh kapal perang yang lebih besar. Frigat kelas-Lupo mampu membawa krew seramai 200 orang.

Kapal-kapal

kelas-Mariscal Sucre
Nombor
Pennant
KapalDibina olehNombor
badan
DibaringkanDilancarkanDitauliahkanStatus
F-21Mariscal SucreCantieri Navali Riuniti, Riva Trigoso85119 November 197628 September 197810 Mei 1980Aktif
F-22Almirante Brión853Jun 197722 Februari 19797 Mac 1981Aktif
F-23General Urdaneta85223 Januari 197823 Mac 19798 Ogos 1981Ditarik keluar dalam perkhidmatan
F-24General Soublette85526 Ogos 19784 Januari 19805 Disember 1981Akan dimodenkan di Cuba
F-25General Salom8547 November 197813 Januari 19803 April 1982Ditarik keluar dalam perkhidmatan
F-26Almirante Garcia (dahulunya José Felix Ribas)85621 Ogos 19794 Oktober 198030 Julai 1982Ditarik keluar dalam perkhidmatan

Rujukan

Sumber

  • Faulkner, Keith, Jane's Warship Recognition Guide. 2nd edition. Jane's Information Group, 1999.
  • (Sepanyol) Rodríguez, John, "Las fragatas Lupo: una breve mirada retrospectiva y perspectivas". Revista de Marina, Year 95, No. 3: 8–32 (July / December 2002).

Pautan luar