Kenderaan tempur CV90

Kenderaan tempur 90 (CV90) atau Stridsfordon 90 (Strf 90) adalah sebuah kenderaan tempur infantri yang direka oleh firma Hägglunds/Bofors dan kini dikeluarkan oleh BAE Systems Hägglunds dari Sweden. Sehingga kini sejumlah lebih dari 1,000 buah CV90 telah dipesan sejak tahun 1993.

Combat Vehicle 90 (9040A)
Sebuah Strf9040A di dalam perkhidmatan Sweden
JenisKenderaan tempur infantri
Tempat asalSweden Sweden
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1993-kini
Digunakan olehLihat Pengguna
PerangPerang di Afghanistan
Misi Pertubuhan Bangsa Bersatu di Liberia
Sejarah pengeluaran
PerekaHägglunds/Bofors
PengeluarBAE Systems Hägglunds
Jumlah dibinaLebih 1,000
Spesifikasi
Berat23 tonnes
Panjang6.55 m
Lebar3.1 m
Tinggi2.7 m
Krew3 (komander, jurumeriam, pemandu)
7 penumpang

Senjata
pertama
Meriam automatik 40mm Bofors, atau
Meriam 30mm Bushmaster (model eksport)
Senjata
kedua
Mesingan 7.62 mm Browning
EnjinEnjin diesel Scania DSI 14 liter, V8
550 hp (410 kW) 2300 nm
Kuasa/berat24.1 hp/tan
Sistem ampaianbar kilasan
Jarak
operasi
320 km
Kelajuan70 km/j

Pengeluaran

Pengeluaran CV 90 bermula pada tahun 1993, dan lebih dari 1,000 buah kenderaan telah dipesan. Pada November 2000, Finland telah memesan 57 buah CV9030.[1] Kos keseluruhan adalah €250 juta (dalam matawang Euro pada tahun 2008), atau €4.42 juta sebuah.[2] Pada Jun 2004, Finland membuat satu lagi perolehan, menjadikan jumlah keseluruhan pesanan kepada 102 buah.[3] Kali ini kos seunit adalah €2.92 juta (dalam matawang Euro pada tahun 2008).[3]Pada Disember 2005, Denmark memesan 45 buah CV9035 untuk kos sebanyak €188 juta atau €4.18 juta sebuah.[1] Land Systems Hägglunds mengumumkan pada Disember 2004 bahawa Belanda telah memesan 184 buah CV9035 dengan nilai kontrak sebanyak €749 juta (€5.06 juta sebuah). Penghantaran akan dibuat di antara tahun 2007 hingga 2010.[2]

Pengguna

Sedang dinilai oleh pengguna

Galeri

Rujukan

Pautan luar