Kita Jaga Kita

Lagu dari sebuah filem Ejen Ali: The Movie 2019

"Kita Jaga Kita" merupakan sebuah lagu dari sebuah filem 2019, Ejen Ali: The Movie, yang ditulis oleh Altimet dan Bo Amir Iqram. Lagu ini juga dinyanyikan oleh Altimet dan dua lagi penyanyi iaitu Cuurley dan Malik Abdullah.[1]

"Kita Jaga Kita"
Lagu oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah
daripada album Ejen Ali the Movie: Original Motion Picture Soundtrack
Diterbitkan[1]
Dilancarkan pada24 Oktober 2019 (2019-10-24) (video di akaun rasmi Youtube)[1]
StudioMonster Village[1]
FormatMuat turun digital
GenreTekno
Panjang3:41
Penulis seni kata
  • Altimet
  • Bo Amir Iqram
[1]
Video lirik
Kita Jaga Kita - Altimet x Cuurley x Malik Abdullah Lyrics Video (Ejen Ali The Movie OST) di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu ini mula ditayangkan secara perdana di akaun rasmi Ejen Ali di YouTube pada 25 Oktober 2019.[1] Lagu ini banyak dimainkan dalam treler acah filem selain lagu "Bukalah Matamu".

#KitaJagaKita

"Kita Jaga Kita" mendapat 7.6 juta tontonan setakat 16 Oktober 2021.[1] Ketika bermulanya pandemik COVID-19 di Malaysia pada awal Mac 2020, tagar #KitaJagaKita menyohor kini sempena tajuk lagu ini. Kejadian ini juga mewujudkan satu laman web khas untuk melawan penularan COVID-19 di Malaysia dengan menggunakan URL dengan tajuk yang sama.[2][3]

Altimet yang merupakan salah seorang penyanyi lagu ini bersama Cuurley dan Malik Abdullah, berasa terharu kerana lagunya menjadi pilihan kerajaan Malaysia sebagai lagu tema untuk melawan COVID-19.[4]

Selain itu, variasi tagar tersebut juga wujud seperti #RakyatJagaRakyat yang memperlihatkan ketidakpercayaan sesetengah rakyat Malaysia kepada pihak kerajaan yang dikatakan sambalewa dalam pengurusan pandemik COVID-19 dan seterusnya membahayakan rakyat secara amnya.[5] Sebuah lagi variasi, #SiswaJagaSiswa juga tular pada awal Oktober 2020 yang bertujuan sebagai wadah penyaluran bantuan kepada golongan pelajar institut pengajian tinggi (IPT), terutamanya pelajar baharu yang terkandas susulan keputusan mengejut Kementerian Pengajian Tinggi agar pihak IPT menangguhkan pendaftaran secara fizikal bagi pelajar untuk kemasukan ke kampus IPT pada masa itu.[6]

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahPedofiliaLaman UtamaRacun RihannaErysha EmyraKhas:CariTakdir Itu Milik AkuMetilena biruPeribahasa MelayuRuhainiesNoniswaraMuhamad Akmal SalehUndang Luak RembauMK K-CliqueKhas:Perubahan terkiniSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMalang Si PuteriUndang (Negeri Sembilan)Puaka Cuti SemesterInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHari WesakYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarEkosistemFitopemulihanMandi wajibBumiputeraPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaShaza BaeMalaysiaSheriff: Narko IntegritiQistina KhaledPeristiwa 13 MeiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDarurat Tanah MelayuNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimUniversiti Teknologi MARA