Altimet

Penyanyi, penggubah lagu, pelakon dan ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad[2][3][4][5] atau lebih dikenali sebagai Altimet (lahir 27 November 1978)[6] merupakan seorang komposer, penulis lirik, pelakon, penyanyi rap serta ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew yang meraih kejayaan antara 1999 dan 2007.[7] Beliau telah mengumumkan bahawa kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi setelah hari lahirnya yang ke-40 telah tamat, namun masih akan menerima tawaran mengarang lagu bagi pihak lain.[8]

Altimet
Altimet ditemu ramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 14 April 2015.
Kelahiran
Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad

(1978-11-27) 27 November 1978 (umur 45)
PekerjaanKomposer, penulis lirik, pelakon, ahli politik
Tahun aktif1999–kini (sebagai penyanyi)
1999–kini (sebagai komposer dan penulis lirik)
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Lembah Jaya
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehHaniza Mohamed Talha
Ketua Cabang PKR Ampang
Memegang jawatan
9 Julai 2022
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
Butiran peribadi
Parti politik PKR (sejak 2021)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (2021-kini)
Laman web rasmialtimet.com.my

Awal hidup dan pendidikan

Altimet dilahirkan pada 27 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan Syed Abdul Rahman bin Syed Ali Alhadad dan Sharifah Jamalah binti Syed Agil Alsagoff. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya dan Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Universiti Perubatan Antarabangsa di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Altimet mula didedahkan dengan muzik hip hop sejak berusia 11 tahun, minatnya berputik semasa mendengarkan lagu "Bring The Noise" nyanyian Anthrax dan Public Enemy.[9]

Kerjaya muzik

Altimet (tiga dari kanan) ketika bersama Teh Tarik Crew pada awal kemunculannya.

Altimet memulakan kerjaya muzik dengan menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada 1999. Ia turut disertai oleh Mizz Nina, DJ Fuzz , Dr Harin Bala, dan Fiquetional.[10][11] Sepanjang bersama kumpulan ini, Altimet menerbitkan tiga album bersama TTC, Are We Rap Stars Now (1999), How's The Level? (2002) dan What's Next? (2004). Selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2007, beliau memulakan kerjaya secara solo.[11]

Pada November 2013, Altimet bekerjasama dengan penyanyi Singapura, Awi Rafael menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".[12]

Pada tahun 2016, Altimet tampil dengan single "Memang Mudah" di mana beliau bekerjasama dengan rapper, Sasi The Don dan Maya Hanum. Lagu itu dirakamkan sempena ulang tahun ke-9 syarikat pengiklanan, Mudah.my.[13]

Beliau merupakan pemenang trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu "Amboi" pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 pada 11 Februari 2018.[14]

Beliau menamatkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada hari lahirnya yang ke-40 pada 27 November 2018. Namun begitu, beliau masih tetap menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi lain.[15] Konsert The Last Altimet Show yang ditunda sehingga Februari 2019 merupakan penampilan terakhirnya dalam dunia nyanyian.[8]

Penceburan lain

Perniagaan

Altimet mengusahakan jenama pakaian berkonsep Islam untuk orang lelaki dan kanak-kanak di bawah label "Benua Clothing" bersama seorang rakan kongsi yang juga kawan rapatnya, Mohd Nizar Manaf. Label ini mula beroperasi pada awal Mei 2014.[16] Selain itu, beliau turut menguruskan salah satu cawangan kedai gunting rambut Joe Flizzow.[15]

Beliau juga mengumumkan akan menubuhkan sebuah francais kedai gunting rambut dan melabur dalam syarikat piza dan aplikasi pembelajaran al-Quran, Recite.[8]

Penampilan lain

Altimet merupakan antara 120 selebriti popular tanah air yang menjayakan projek insiatif muzik di bawah kendalian Pete Teo, Malaysian Artistes For Unity (MAFU) yang bertujuan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan idea Bangsa Malaysia menerusi lagu dan video. Selebriti yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor, Maya Karin dan lain-lain.[17]

Beliau merupakan salah seorang dari 10 duta baharu 1M4U.[18] Altimet menjadi pelakon dalam filem Rentap sebagai penampilan khas dan menjadi pelakon utama dalam PU Wid di Astro Oasis dan Astro Maya HD.[10]

Selain itu, beliau juga muncul dalam pementasan teater Ola Bola The Musical memegang watak sebagai Sarjan Ahmad.[19]

Kerjaya politik

Altimet secara rasminya menyertai PKR pada April 2021, dengan salah satu tujuan utama ingin melihat ketua PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara serta mengukuhkan penglibatan bidang kesenian dalam politik negara. [20][21] Pada 2023, beliau menjadi calon bagi pihak Pakatan Harapan – gabungan parti PKR – dalam pilihan raya negeri Selangor 2023 di Lembah Jaya.

Keputusan pilihan raya

Dewan Negeri Selangor[22][23]
TahunKawasanCalonUndianPeratusanLawanUndianPeratusanJumlah undianMajoritiKeluar mengundi
2023N20 Lembah JayaSyed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (PH-PKR)26,29857.27Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PN-PAS)19,62042.7345,9186,67869.94%

Kehidupan peribadi

Saya, Altimet yang berjanji telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.[24] Beliau mendedahkannya dalam satu laporan Hlive: - hoi hoi ya hoi

Ya, saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun lalu. Saya kongsikan perkara ini ketika konsert terakhir saya hanya buat peminat yang menyokong saya selama ini kerana selepas ini saya pun sudah tiada lagi dalam industri.[25]

Diskografi

Album studio

Filemografi

Filem

TahunTajukWatak
2014RentapPenampilan istimewa
2018Busker
2019Ejen Ali: The MovieAndik (suara)
2021Hutang 2DGua Mambang
Belaban Hidup: Infeksi ZombieSukma

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2023Riot!: Rebel With a CauseDirinya sendiriAstro PremierPenampilan khas

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2012Umrah KitaPengacaraTV9bersama Noh Salleh & Aizat Amdan
2015Sounds Of Muslims: Austria
2016Sounds Of Muslims: Greece & Macedonia
PU WidToraAstro Oasis
2017Sounds Of Muslims: DenmarkPengacaraTV9
My Mudah StoriesAstro Ria

Teater

TahunTajukPerananCatatan
2018Ola Bola The MusicalSarjan Ahmad[26]

Muzik video

TahunTajukPerananCatatan
2008Here In My HomeDiri sendiriLagu khas untuk Malaysian Artistes For Unity
2014HelloDiri sendiriBersama The Trisno Trio
2016AmboiDiri sendiri
2018BungaDiri sendiri
2018JejagaDiri sendiriBersama A'trez, Minah B & Mat Piah

Konsert dan jelajah

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2018Anugerah Juara Lagu ke-32Persembahan Terbaik"Amboi"Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Penyanyi Lelaki PopularTercalon
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Hazama)Tercalon

Rujukan

Pautan luar