Natalie Martinez

Pelakon wanita Amerika Syarikat

Natalie Martinez (lahir 12 Julai 1984) ialah seorang pelakon dan model Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan perananya dalam filem 2008 Death Race, kemunculannya dalam beberapa muzik video antara 2003 dan 2011, dan dua siri telenovela pada 2006 dan 2007. Martinez berlakon dalam satu musim drama Detroit 1-8-7, dan menjayakan peranan ulangan dalam musim pertama siri CSI: NY, dan berlakon dalam satu musim siri drama DirecTV Kingdom. Beliau memegang watak sebagai Chase dalam siri mini cereka sains Netflix The I-Land.

Natalie Martinez
Martinez di Anugerah Imagen 2013
Kelahiran
Natalia Martinez

(1984-07-12) 12 Julai 1984 (umur 39)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2006–kini

Kehidupan awal dan pendidikan

Martinez dilahirkan di Miami, Florida dan berketurunan Cuba.[1] Beliau merupakan lulusan Sekolah Tinggi St. Brendan pada 2002.[2] Ibunya juga merupakan salah seorang dari 6 beradik yang semuanya perempuan. Beliau dilahirkan dalam keluarga besar.

Martinez mula menjadi model pada usia 15 tahun sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan. Pada tahun terakhirnya di Sekolah Tinggi St. Brendan pada tahun 2002, ibunya melihat iklan untuk jenama pakaian baru J.Lo. Selepas mengalahkan lebih dari 5,000 gadis remaja lain untuk uji bakat, Natalie berpindah ke Los Angeles.

Kerjaya

Martinez pada 2007

Martinez terkenal dengan peranannya dalam filem 2008 Death Race, dan wataknya sebagai Michelle Miller dalam Fashion House (2006), dibatalkan selepas tiga bulan.

Beliau diuji bakat untuk watak utama dalam siri Chuck, yang juga tampil dalam gambar promosi pada musim pertama, akan tetapi penerbit memutuskan untuk mematikan wataknya sebelum episod pengenalan ditayangkan.[3]

Martinez telah membintangi peranan dalam beberapa siri televisyen lain yang dibatalkan selepas satu musim, termasuk Detroit 1-8-7, APB dan The Crossing. Beliau berlakon dalam musim pertama Under the Dome, muncul dalam musim kedua supaya wataknya dapat dimatikan. Beliau membintangi satu musim Secrets and Lies, dan melakonkan peranan berulang Detektif Jamie Lovato selama satu musim dalam drama jenayah CSI: NY.

Pada September 2018, ia diumumkan bahawa Martinez akan muncul dalam peranan utama Chase dalam siri mini cereka sains Netflix The I-Land.[4] Siri mini itu dikeluarkan pada 12 September 2019.[5]

Kemunculan filem Martinez termasuk End of Watch (2012), Broken City (2013) dan Self/less (2015).[6]

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
2008Death RaceCase
2011Magic City MemoirsMari
2012The Baytown OutlawsAriana
2012End of WatchGabby Zavala
2013Broken CityNatalie Barrow
2015Self/lessMadeline Bitwell
2016The LandEvelyn
2016Message from the KingTrish
2017Keep WatchingOlivia
2019UglyDollsMeghan (suara)
2019El DoradoMaria
2019Battle at Big RockMarianaFilem pendek

Televisyen

TahunTajukPerananCatatan
2006Fashion HouseMichelle MillerPeranan utama (55 episod)
2007Saints & SinnersPilar MartinPeranan utama (62 episod)
2010Sons of TucsonMaggie Morales2 episod
2010El DoradoMaria MartinezSiri mini; 2 episod
2010–2011Detroit 1-8-7Det. Ariana SanchezPeranan utama (18 episod)
2012Widow DetectiveMaya DavisPilot CBS tidak disiarkan
2012–2013CSI: NYDet. Jamie Lovato12 episod
2013–2014Under the DomeDeputy Linda EsquivelPeranan utama (14 episod)
2014MatadorSalmaEpisod: "Enter the Worm"
2015Secrets and LiesJessica "Jess" MurphyPeranan utama (10 episod)
2015–2017KingdomAlicia MendezPeranan utama (16 episod)
2016From Dusk till Dawn: The SeriesAmaru2 episod
2017APBTheresa MurphyPeranan utama (12 episod)
2018The CrossingReecePeranan utama (11 episod)
2019Into the DarkJennifer RobbinsEpisod: "Down"
2019The I-LandChasePeranan utama (7 episod); juga penerbit

Muzik video

Rujukan

Pautan luar