Negara Narnia

Dalam siri novel Chronicles of Narnia, Narnia merupakan sebuah negara yang banyak diperihalkan dalam siei tersebut. Nama tersebut datang dari nama banda purba Itali iaitu Narnia (kini Narni), yang mungkin juga dinamakan sempena nama Sungai Nar, yang mengalir di tengah bandar tersebut. Narnia merupakan negara yang mempunyai bukit-bukau dan menjurus ke pergunungan yang rendah di selatan, dan dipenuhi hutan kecuali tanah paya yang terdapat di utara. Negara tersebut disempadani oleh Lautan Timur di timur, banjaran dan gunung tinggi di barat, Sungai Shribble di utara dan pembahagi benua di selatan.

Pusat ekonomi negara tersebut adalah Sungai Besar Narnia, yang memasuki negara tersebut dari barat laut menghala ke arah tenggara lalu ke Lautan Timur. Tampuk pemerintahan terletak di Cair Paravel, di muara Sungai Besar. Komuniti lain sepanjang sungai termasuklah (dari timur to barat) Beruna, Beaversdam, dan Chippingford.

Raja dan Permaisuri Narnia

Hanya sesetngan pemerintah yang dinamakan di dalam buku. Walau bagaimanapun, mesti terdapat banyak Raja dan Permaisuri lain sejak sejarah Narnia bermula yang bertahan hingga 2,555 tahun, dan terdapat sekurang-kurangnya tiga Raja Frank lain dan tujuh Caspian lain.

  • Raja Frank I & Permaisuri Helen
  • Putera pertama Raja Frank?
  • Putera Kedua Raja Frank (Raja pertama Archenland)? (Kemungkinan Frank II)
  • Frank III
  • Frank IV
  • Raja Frank V
  • Empat (atau lebih) Raja (Yang mungkin memerintah bila-bila antara Raja Frank I ke Raja Gale)
  • Raja Gale (Maharaja pertama Kepulauan Lone)
  • Jadis si Penyihir Putih

(Berikut merupaka empat pemerintah yang memerintah serentak)

  • Permaisuri Swanwhite
  • Raja Caspian I si Penakluk
  • Raja Caspian VIII
  • Raja Caspian IX
  • Raja Miraz si Perampas dan pasangannya Prunaprismia
  • Raja Caspian X si Pelayar, juga Raja Caspian sang Nakhoda, bersama anak perempuan Ramandu
  • Raja Rilian yang Tak Tersumpah
  • Empat Raja
  • Raja Erlian
  • Raja Tirian

Gelaran

Gelaran bagi pemerintah Narnia dan Negeri Sekeliling adalah:

  • Raja Narnia,
  • Raja Archenland (gelaran yang diberi kepada Frank I hingga Frank V),
  • Raja Terebinthia (diperoleh oleh Caspian X),
  • Kepahlawanan Darjat Kebesaran Singa,
  • Maharaja Kepulauan Lone (dihadiahkan kepada Gale dari Narnia) & Pulau Naga,
  • Tuan Cair Paravel,
  • Tuan kepada Telmar (dari Caspian I ke Tirian),
  • Pembesar Lantern Waste,
  • Pembesar Galma dan Tujuh Pulau,
  • Baron Ettinsmoor (diperoleh dengan penaklukan Caspian),
  • Orang Kaya Sempadan Baratern
Riwayat Narnia oleh C. S. Lewis
Dunia Narnia

Narnia |Daratan Liar Utara |Ettinsmoor |Telmar |Archenland |Calormen |Lautan Timur |Kepulauan Lone |Terebinthia |Dunia Bawah |Bism

WatakMakhlukTempat