Selatan

Selatan (Jawi: سلاتن) adalah salah satu arah mata angin dalam kompas. Ia berlawanan arah dengan utara. Selatan biasanya berada di bahagian bawah suatu peta. Hal ini dapat dipastikan pada lembar peta dengan adanya tanda panah yang menunjuk huruf U besar atau utara.

Peristilahan

Perkataan "selatan" terbit hasil pengimbuhan perkataan "selat" yang merujuk kepada selat Melaka sebagai arah dari daratan semenanjung Melayu yang menjadi titik rujukan[1] menggantikan "daya" turunan akar *daya bermaksud "menuju pedalaman atau hulu sungai";[2] komponen lama ini masih kekal dalam istilah "barat daya".[2]

Kata-kata lain yang turut menggambarkan arah angin ini termasuk kidul (Jawi: كيدول‎) serapan bahasa Jawa ꦏꦶꦢꦸꦭ꧀[3] (misalnya dalam ungkapan "Lautan Kidul") dan daksina serapan bahasa Sanskrit दक्षिण dakṣiṇa.[4][5]

Jenis

Ada dua jenis selatan, iaitu:

  1. Selatan asli, dan
  2. Selatan magnetik.

Lihat juga

Rujukan